“Mana Ibu Bapa Dia?” – Aksi Kanak-kanak Panjat Atas Gelongsor Tinggi Bikin Ramai Kecut Perut
Malah, ada juga yang bimbang sekiranya pihak pengurusan pula yang dipersalahkan sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada si kecil itu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan kanak-kanak sememangnya lincah dan aktif terutamanya kalau di taman permainan. Maklumlah, itu adalah ‘happy place’ mereka.
Sebagai ibu bapa, pastinya mereka juga tidak mahu menghalang anak-anak untuk menikmati waktu tersebut dan membiarkan si kecil bebas bermain.
Namun di sebalik kebebasan yang diberikan, ia bukan bermakna ibu bapa boleh melepaskan tanggungjawab sehingga tidak mengawasi setiap perilaku si kecil di tempat awam.
Baca Artikel Berkaitan: “Berderau Darah Kami!” – Ibu Kongsi Kisah Cemas Anak Autistik Panjat Balkoni Kerana Mahu Ke Rumah Jiran
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-kanak Perempuan Panjat Luar Balkoni Rumah Buat Orang Ramai Kecut Perut
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Kanak-kanak Panjat Kerusi Tepi Tingkap Terbuka Buat Ramai ‘Seriau’
Kanak-kanak Panjat Atas Gelongsor Tinggi Di Taman Permainan
Baru-baru ini, satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@nurishanis) telah membuatkan ramai terkejut selepas menyedari aksi seorang kanak-kanak yang cukup merisaukan.
Dalam video tersebut, kanak-kanak lelaki berkenaan dilihat memanjat sebuah gelongsor tanpa sebarang pengawasan serta alatan keselamatan.
Lebih membimbangkan lagi, gelongsor tersebut agak tinggi dan tiada penghadang selain ia turut dikelilingi dengan wayar lampu berwarna hijau.
Aksi si kecil itu turut disedari oleh pengunjung di kawasan berhampiran dan ramai yang dikatakan tercengang melihat tindakan kanak-kanak berkenaan.
“Baru nak healing naik buai. Ada budak panjat. Ya Allah kering darah tengok,” ujar pemilik video di dalam video tersebut.
Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di sebuah taman tema yang baru sahaja dibuka pada 26 Januari lalu iaitu Wet World Resort Air Panas Pedas, Negeri Sembilan.
Masyarakat Persoal Keberadaan Ibu Bapa Kanak-kanak Itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan keberadaan ibu bapa kanak-kanak itu di kala anaknya sedang memanjat gelongsor tinggi berkenaan.
Malah, ada juga yang bimbang sekiranya pihak pengurusan pula yang dipersalahkan sekiranya berlaku perkara tidak diingini kepada si kecil itu.
“Malas nak komen lebih-lebih nanti dia suruh kita jadi mak pak pula,” tanya netizen.
Segelintir pengguna media sosial pula berpendapat bahawa perkara itu adalah benda biasa yang terjadi terutamanya jika di kawasan perumahan.
“Ni benda biasa kalau dekat taman perumahan, memang ramai budak-budak panjat atas tu. Tapi jadi seram kat sini sebab gelongsor tu tinggi,” kata netizen.
Pada masa yang sama, seorang wanita pula mengatakan bahawa kanak-kanak itu tidak boleh disergah kerana bimbang boleh menyebabkan mengancam keselamatan.
“Bila dah tinggi macam tu, jangan disergah. Takut terperanjat jatuh budak tu. Cuma kita bagi dia kata-kata semangat sampai naik ke atas dengan selamat. Bila dah sampai, tugas parents bagi ceramah sikit dengan anak tu,” kata netizen.

Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa Agar Anak Tak Bersikap Kasar
Buat ibu bapa yang sedang ‘struggle’ untuk mendidik anak, di sini kami sertakan lima perkara yang boleh dilakukan. Antaranya:
- Elakkan menjerit dengan nada tinggi kepada mereka bagi mengelakkan mereka memendam perasaan.
- Elakkan tabiat mengugut anak secara berlebihan agar mereka tidak melakukan sesuatu perkara negatif.
- Jangan terlalu berkeras dengan anak sehingga menghalang kebebasan mereka.
- Tidak memberi respon kepada perbualan mereka.
- Tidak mengajar mereka untuk bertindak agresif sebagai tindak balas respon kepada sesuatu perkara.
Kepada ibu bapa yang sedang buntu dalam mendidik anak, jangan putus asa. Semoga dengan berkat kesabaran anda, anak-anak akan membesar dengan didikan baik pada satu hari nanti.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Penting Jaga Emosi Anak” – Sikap Ibu Bapa Tak Marah Si Kecil Ketika Tumpahkan Air Dipuji Netizen
Baca Artikel Berkaitan: “Perintah Allah SWT Kena Sangat Hati-hati!” – Ini 5 Tips Untuk Mudah Didik Anak Perihal Agama
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.