[Video] Tarian Singa Dengan Alunan Muzik Tradisional Kaum India Bikin Ramai Terhibur
Sekumpulan masyarakat kaum India dilihat memainkan alat muzik mereka sambil patung-patung singa berkenaan bergerak mengikut rentak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apa yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang unik adalah kerana kepelbagaian kaum dan budaya dalam kalangan masyarakat.
Yang paling best, kita semua diberikan cuti umum yang sama rata walaupun tidak menyambut perayaan bangsa lain. Bertuah sungguh jadi rakyat di negara ini kan?
Selain itu, kita juga dapat melihat bagaimana perbezaan ini menjadi titik perpaduan bagi rakyat Malaysia dalam mempelajari budaya antara satu sama lain.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Majlis Pernikahan Pasangan Bangsa Cina & Melayu Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: Kawan Bangsa Cina Jemput Pergi Wedding? Jom Kami Bantu Pilih Hadiah Sesuai
Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]
Tarian Singa Menari Ikut Alunan Muzik Tradisional Bangsa India
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@djrevvy_official), kelihatan sekumpulan penari tarian singa yang memakai kostum berwarna merah jambu dan kuning itu sedang ‘layan’ muzik yang didendangkan dengan penuh teruja.
Kebiasaannya lagu yang dimainkan ketika tarian singa adalah berlatarbelakangkan muzik kaum Cina. Namun apa yang menjadikan video ini lebih menarik adalah apabila alunan yang didendangkan adalah asal usul dari bangsa India.

Dalam video berkenaan, sekumpulan masyarakat kaum India yang memakai baju berwarna biru itu dengan penuh bersemangat memainkan alat muzik mereka sambil patung-patung singa berkenaan bergerak mengikut rentak.
Amboi, suka betul ya singa-singa tu!
Video berkenaan telah mendapat perhatian masyarakat sehingga meraih 2.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Orang Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tarian Singa ‘Layan’ Muzik Tradisional Kaum India
Boleh dikatakan rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat gelagat tarian singa itu dilakukan dengan penuh asyik sambil mengikuti alunan yang dimainkan dari alat muzik dipanggil sebagai Urumi Melam.
“Singa tu pun layan je lah walaupun pening macam mana nak ikut rentak muzik,” kata pengguna TikTok.
Malah, ada juga netizen yang memuji penari tarian singa itu pandai mengikut muzik yang didendangkan walaupun berbeza dengan alunan yang biasa dimainkan.
“Pandai lah singa tu kasi Urumi vibe, dengan kita-kita sekali layan,” luah pengguna media sosial.
Aksi tersebut juga membuatkan ramai rakyat Malaysia melihatnya sebagai salah satu simbol perpaduan kerana tidak menyangka tarian bangsa Cina itu juga boleh digabungkan dengan muzik dari bangsa India.
“Tapi aku paling suka lah, tak kira bangsa tetap saling menghormati bangsa apa pun. Terbaik,” ujar netizen.

Sejarah Tentang Tarian Singa Kaum Cina
Tarian singa sememangnya sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina yang disambut oleh masyarakat kaum Cina kerana ia dikatakan memberi berkat dan kesejahteraan dalam kehidupan mereka.
Memetik Sinar Bestari, ada tujuh jenis tarian singa di seluruh dunia dan yang sering dilakukan di Malaysia adalah Singa Selatan.

Tujuh jenis tarian singa tersebut adalah:
- Tarian Singa Utara
- Tarian Singa Selatan
- Tarian Singa Vietnam
- Tarian Singa Jepun
- Tarian Singa Korea
- Tarian Singa Tibet
- Tarian Singa Indonesia
Jadi jangan terkejut kalau anda tengok tarian singa di beberapa negara lain tak sama macam di Malaysia.
Baca Artikel Berkaitan: Individu ‘Culture Shock’ Lepas Pertama Kali Sertai Majlis Kahwin Bangsa Korea
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Seronok Lihat Sekeluarga Sempoi Menari Zapin Di Majlis Perkahwinan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.