Now Reading
Tular Video Kereta Langgar Orang Ramai, 4 Individu Kini Ditahan Polis

Tular Video Kereta Langgar Orang Ramai, 4 Individu Kini Ditahan Polis

Kereta jenis Toyota Hilux dan Vios dilihat telah merempuh sekumpulan individu berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kes kemalangan yang membuatkan orang ramai mula bimbang dengan keselamatan diri mereka terutamanya di jalan raya.

Sebagai seorang pemandu berhemah, sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mematuhi segala peraturan yang ditetapkan bagi menjaga kesejahteraan pengguna lain.

Namun insiden yang berlaku baru-baru ini telah mengundang kekecohan kerana telah mengakibatkan kecederaan kepada orang awam.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Lari: Myvi Rempuh MPV Ketika ‘Speeding’ Di Lebuh Raya

Baca Artikel Berkaitan: Tular Toyota Vios Langgar Lari Motosikal Sehingga 2 Individu Tercampak Ke Jalan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rakaman Kereta Langgar Lari Motosikal Hingga Penunggang Terjatuh [Video]

Tular Video Kereta Langgar Orang Ramai Di Jalan Klang Lama

Menerusi sebuah video tular dimuat naik oleh pengguna X (@annazrulan), satu situasi yang mencemaskan diperlihatkan selepas dua buah kereta bertindak melanggar sekumpulan individu berhampiran pusat hiburan di Jalan Klang Lama.

Senario itu membuatkan keadaan bertukar kecoh dan mereka yang berada di kawasan berhampiran kejadian cuba untuk membantu mangsa yang cedera akibat dirempuh.

Jika dilihat dengan teliti, kedua-dua buah kenderaan yang terlibat itu telah melanggar sekumpulan mangsa lebih daripada satu kali dengan membawa keretanya dalam keadaan yang berbahaya serta melawan arus.

Masyarakat Terkejut Lihat Situasi Yang Berlaku

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tercengang melihat situasi yang berlaku. Namun wujud segelintir individu yang menyamakan keadaan yang berlaku seperti di dalam sebuah permainan atas talian iaitu GTA.

Untuk info, permainan tersebut dikenali dengan situasi kehidupan yang penuh dengan jenayah seperti mencuri, memukul orang dan juga melanggar orang ramai di jalan raya.

“Kalau sesiapa pernah main GTA2 2 kat PS1 atau PSP, macam inilah keadaan dia,” ujar pengguna X.

Pada masa yang sama, masyarakat turut terkejut melihat mangsa yang terpelanting selepas dilanggar oleh kenderaan terbabit.

Sementara itu, ada juga netizen yang menyangka insiden ini berlaku di Klang, Selangor. Sebaliknya ia berlaku di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sumber: X

5 Individu Ditahan Disyaki Terlibat Kes Langgar Di Jalan Klang Lama

Memetik laporan Astro Awani, punca kejadian langgar lari melibatkan kenderaan jenis Toyota Vios dan Hilux yang berlaku pada 29 Januari lalu adalah disebabkan oleh perselisihan faham antara kumpulan suspek dan mangsa ketika berhibur.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azry Akmar Ayob turut menjelaskan pihak mereka telah menangkap lima orang lelaki warga tempatan semalam (30 Januari) bagi membantu siasatan.

Tambahnya lagi, mereka kini sedang mengesan tiga lagi suspek dan meminta individu yang terlibat untuk menyerah diri ke balai polis.

“Lima lelaki berkenaan berumur lingkungan 20-an hingga 30-an ditahan di sekitar Banting, Selangor dan didapati mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah 307 Kanun Keseksaan.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Kerana Tak Bayar Cendol, Rupanya Langgar Lari Punca Nissan Almera Dikejar

Baca Artikel Berkaitan: Langgar Peronda Polis, Pemandu Mercedes Putih Larikan Diri

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar 17 Tahun Maut Kes Langgar Lari Depan Sekolah Di Ipoh


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd