Now Reading
Mahu Elak Jalan Sesak Sebab Tahun Baru Cina, Ahli Perniagaan Balik Kampung Naik Helikopter

Mahu Elak Jalan Sesak Sebab Tahun Baru Cina, Ahli Perniagaan Balik Kampung Naik Helikopter

Dua buah helikopter itu mendarat di Bahau, Negeri Sembilan bagi membolehkan mereka melaksanakan tradisi pulang ke kampung isteri pada hari kedua Tahun Baru Cina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila ada cuti perayaan, lebuh raya pastinya dipenuhi dengan kenderaan sehingga boleh menyebabkan kesesakan trafik mencecah 24 jam lebih-lebih lagi mereka yang mahu pulang ke negeri Pantai Timur.

Bagi sesetengah individu yang tak sanggup untuk menghadap trafik itu, mereka akan mengambil alternatif lain seperti menaiki bas dan kapal terbang.

Tetapi hanya sesetengah golongan sahaja yang mampu untuk menggunakan cara paling unik ini iaitu dengan menaiki pesawat peribadi atau helikopter.

Ahli Perniagaan Balik Negeri Sembilan Naik Helikopter

Terbaharu, seorang ahli perniagaan dilihat tampil dengan cara unik untuk balik ke kampung halamannya di Bahau, Negeri Sembilan bagi meraikan Tahun Baru Cina.

Di kala orang ramai sedang melakukan rutin mereka semasa perayaan tersebut, tiba-tiba dua buah helikopter mendarat di sebuah padang yang luas.

Siapa sangka padang tersebut yang pada mulanya tidak dipandang oleh masyarakat kemudiannya menjadi tarikan ramai selepas munculnya helikopter tersebut.

Bukan satu, tapi dua ya!

Sumber: Facebook Malaysia News Eyes

Menurut sumber, helikopter berkenaan adalah milik seorang ahli perniagaan di mana dia dan keluarganya mahu melaksanakan tradisi tahunan dengan mengunjungi keluarga isterinya pada hari kedua Tahun Baru Cina.

Katanya tahun-tahun sebelum ini cuma guna satu helikopter sahaja tetapi dua helikopter digunakan untuk perayaan kali ini sehingga mencetuskan perbualan dalam kalangan penduduk setempat.

Memang ramai sungguh yang ambil gambar ketika kenderaan itu mendarat. Macam pertunjukan pula ya!

Di kala saudara-mara berebut parkir di rumah, keluarga ini pula datang dengan helikopter peribadi. Memang ‘rare’.

Ramai Sebenarnya Golongan T20 Yang Naik Helikopter Ke Destinasi Mereka

Bagi sesetengah golongan yang berduit, pengangkutan helikopter adalah salah satu pilihan mereka untuk menuju ke sesebuah destinasi tanpa perlu melalui kesesakan lalu lintas di jalan raya.

Sebelum ini, pernah tular sebuah video memaparkan sekumpulan pelanggan yang sanggup ‘terbang’ ke Langkawi semata-mata untuk makan tengah hari.

Malah, mereka juga sudah mendapatkan kebenaran dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bagi melakukan penerbangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Baru Tahu! Rupanya Kita Boleh Pusing KL Naik Kapal Terbang, Hanya RM800 Untuk 30 Minit [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tular Pelajar Di Hantar Ke Sekolah Naik Helikopter, Polis Rujuk Kes Pada CAAM Untuk Tindakan Lanjut


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd