Now Reading
“Garisan Lurus Pun Nampak Bengkok” – Lelaki Dedah Mata Hampir Buta Akibat Terlalu Stres

“Garisan Lurus Pun Nampak Bengkok” – Lelaki Dedah Mata Hampir Buta Akibat Terlalu Stres

Doktor mengesahkan lelaki ini menghidap Central Serous Chorioretinopathy (CSC) selepas mendapati terdapat bengkak dan gelembung di dalam bota mata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap manusia tanpa mengira umur pastinya tidak boleh lari dari perasaan stres terutamanya apabila berdepan masalah kewangan, rumahtangga, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

Stres yang tidak dikawal dengan baik bukan sahaja menyebabkan anda lebih serabut, malah tahap kesihatan juga boleh terjejas kerana berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya.

Lebih membimbangkan lagi apabila stres yang melampau juga boleh membawa maut kerana ia dianggap sebagai ‘pembunuh senyap’ dalam tubuh badan kita.

Baca Artikel Berkaitan: 67% Pekerja Di Malaysia Rasa ‘Burnout’ Di Pejabat, Alami Stres Lebih Dari Sekali Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Ibu Bapa & Sekolah Kejar Gred A Punca Murid Stres, Bukan UPSR – Pakar

Baca Artikel Berkaitan: “Rasa Nak Berhenti Kerja”- Netizen Luah Stres Hadap Trafik Sesak Setiap Hari Di KL & Selangor

Lelaki Ini Kongsi Kisah Bagaimana Dia Hampir Buta Disebabkan Terlampau Stres

Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok (@yes_iman), seorang lelaki menceritakan bagaimana penglihatannya hampir buta oleh kerana terlalu stres.

Jelas pemuda ini, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan matanya apabila pandangannya terganggu dengan kewujudan satu gelembung.

“Hari tu aku nak shoot video dekat studio macam biasa, tapi aku perasan lantai studio aku macam lekuk. So aku macam pelik kenapa ada lekuk. Bila aku pijak rata je. Aku tengok dekat dinding pun sama juga. Dinding tu macam lekuk.

“Garisan yang lurus pun jadi macam bengkok. Aku macam boleh rasa yang ada benda tak kena dengan mata aku,” ujarnya.

Sumber: TikTok (@yes_iman)

Nak dijadikan cerita, keadaan matanya bertambah teruk pada keesokan hari selepas muncul satu bulatan berwarna kekuningan dan kelabu di tengah-tengah penglihatannya yang semakin kabur.

Pada mulanya dia menganggap mungkin masalah rabunnya adalah puncanya.

Namun selepas diteliti oleh pekerja di kedai optikal, mereka sendiri memberitahu bahawa matanya mempunyai masalah dan diminta untuk rujuk kepada doktor pakar.

Doktor Tunjuk Kondisi Matanya Yang Bengkak Dan Bergelembung

Selepas membuat pemeriksaan mata di hospital, lelaki bernama Iman ini diberitahu oleh doktor bahawa mata kirinya mengalami bengkak serta gelembung dan keadaan ini dipanggil sebagai Central Serous Chorioretinopathy (CSC).

Dalam video sama, pemuda ini juga menyelitkan rakaman seorang doktor yang menjelaskan bagaimana masalah ini boleh terjadi.

Sumber: TikTok (@yes_iman)

Ia disebabkan peningkatan hormon steroid dalam badan bertambah sehingga boleh mengakibatkan kebocoran pada salur darah terutamanya pada salur darah di bahagian tengah bola mata.

Kebocoran itu kemudiannya membentuk gelembung pada retina dan menjadikannya dapat dilihat menerusi penglihatan seseorang.

Iman juga menceritakan dia perlu menjalani pembedahan sekiranya keadaan matanya itu tidak pulih dalam tempoh dua bulan atau menjadi semakin teruk.

“Doktor cakap dia bagi aku masa dua bulan sebelum puasa ni, kalau masih ada juga, benda tu susah nak hilang. Kalau tak reda juga atau makin teruk, aku kena buat pembedahan atau laser, seram juga,” katanya.

Sumber: TikTok (@yes_iman)

Dalam video sama, doktor telah memberikan ubat bagi merawat masalah yang dihadapi dan Iman dinasihatkan untuk melakukan pembedahan pada bahagian mata jika keadaannya tidak pulih dalam tempoh ditetapkan.

Selain itu, doktor juga meminta agar pemuda ini untuk tidak terlalu stres, mendapatkan tidur yang mencukupi dan tidak duduk di hapadan komputer lebih daripada satu hingga dua jam.

Di akhir video, Iman juga memberi nasihat kepada orang ramai agar memantau kesihatan tubuh badan dan peka sekiranya badan memerlukan rehat bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini.

https://www.tiktok.com/@yes_iman/video/7463447151096499474

Orang Ramai Beri Pelbagai Pendapat Untuk Bantu Lelaki Ini

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa kesihatan adalah nilai yang paling berharga dalam hidup walaupun dikurniakan dengan harta yang melimpah-ruah.

Selain itu, orang ramai juga memberi nasihat untuk mengubah gaya hidup dengan memperbanyakkan senaman serta riadah seperti mengambil udara segar di taman dan mendedahkan diri dengan cahaya matahari.

Pada masa yang sama, mereka juga menekankan tentang rehat yang secukupnya kerana ia secara tidak langsung menjadi punca kepada perubahan hormon dalam tubuh badan.

Sumber: TikTok

Ini Tips Untuk Kurangkan Stres

Bagi anda yang sering berhadapan dengan stres, jom kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda dalam mengurangkan stres. Antaranya:

  • Bertenang dan tarik nafas dalam-dalam
  • Berkongsi perasaan dengan seseorang yang boleh dipercayai
  • Berurut
  • Beribadat
  • Mendengar muzik
  • Bersenam
  • Berfikiran positif
Sumber: Pexels

Selain itu, ada juga makanan yang boleh menjadikan stres anda lebih terkawal seperti:

  • Minuman panas
  • Coklat gelap (Dark chocolate)
  • Ikan
  • Pisang
  • Air

Ingat ya, jangan stres sangat. Tak bagus untuk badan. Happy happy je okey? 😊

Baca Artikel Berkaitan: Jom Lihat 10 Tips Untuk Mengawal & Menangani Stres Atau Tekanan

Baca Artikel Berkaitan: Ketahui 5 Jenis Makanan Yang Boleh Redakan Stres

Baca Artikel Berkaitan: Apa Beza Stres & Burnout? Ini Fakta Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd