[Video] Wanita Jepun Nak Bawa Balik Salji Ke Malaysia, Tapi Suhu Panas Menghalang
Wanita itu dilihat mengaut salji menggunakan mangkuk plastik di sebuah kawasan pergunungan di Hokkaido, Jepun kononnya untuk bawa pulang ke Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi mereka yang belum pernah merasai sendiri pengalaman berada di negara bersalji, pastinya ia tersenarai dalam salah satu ‘bucket list’.
Walaupun orang kata suhunya lebih ‘beku’ dari peti ais, tetapi nak juga merasa sekali seumur hidup, betul tak?
Namun hanya kerana mahu memberikan pengalaman ini kepada mereka yang belum pernah merasainya, siapa sangka seorang gadis dari Jepun terfikir untuk membuat sesuatu di luar jangkaan seperti mana yang tular dia media sosial.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Percutian ‘Next Level’ Hairul Azreen Sekeluarga Ke Gunung Salji Buat Ramai Terpegun
Baca Artikel Berkaitan: Subang Parade Sambut Hari Natal Dengan Tema Wonderland ‘A Very Snowy Christmas’
Baca Artikel Berkaitan: Fenomena Hujan Di Puncak Greenland Yang Pertama Kali Berlaku, Beri Petanda Kurang Baik – Saintis
Wanita Jepun Cuba Bawa Balik Salji Dari Hokkaido Ke Malaysia
Menerusi video dimuat naik di laman Instagram miliknya (@sanana_05), wanita dari Jepun yang melancong ke Hokkaido cuba untuk membawa balik semangkuk salji ke Malaysia.
Namun apakan daya, perbezaan suhu yang sangat ketara iaitu dari negara bersuhu -5 darjah Celcius ke 32 darjah Celcius membuatkan salji tersebut mula mencair.
Tetapi jika dilihat dalam video tersebut, salji itu sebenarnya sudah mencair di dalam kereta api Hokkaido oleh kerana suhunya yang agak suam.

Namun ia mula mencair sepenuhnya semasa tiba di Lapangan Terbang Hokkaido, katanya belum melalui pemeriksaan kastam lagi.
Memetik sumber WeirdKaya, wanita dikenali sebagai Sana itu sebenarnya berhasrat mahu membawa salji berkenaan kepada rakan-rakannya di Malaysia yang belum berkesempatan merasainya sendiri.
Meskipun tidak berjaya membawa pulang salji dari Hokkaido, tapi sememangnya niatnya itu pun sudah memadai.
Ramai Terhibur Lihat Aksi Wanita Ini Mahu Bawa Pulang Salji Dari Jepun
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur selepas melihat kegigihan wanita berkenaan yang cuba untuk ‘terbangkan’ salji itu ke Malaysia.
Malah, keadaan salji yang sudah mencair di Jepun membuatkan netizen tidak dapat menahan ketawa.
“Jangan risau, salji tu ada je dengan awak tapi dalam bentuk air lah,” ujar pengguna media sosial.
Pada masa yang sama, seorang netizen pula berkata ia mungkin petanda kepada gadis berkenaan untuk melancong lagi ke Hokkaido.
Di sebalik itu, ada juga pengguna media sosial yang mempersoalkan sama ada wanita terbabit tidak tahu yang salji boleh mencair.
“Awak tahu tak salji boleh cair? Kenapa tak bawa balik matahari?,” kata netizen.

Rakyat Malaysia Suka Dengan Salji
Semasa sambutan Krismas pada tahun lalu, banyak premis membeli-belah yang menyediakan hiasan unik untuk menarik lebih ramai pengunjung seperti adanya salji palsu yang diperbuat daripada buih sabun.
Kemeriahan itu juga membuatkan situasi di hadapan pusat membeli-belah Pavilion Kuala Lumpur tular kerana sesak dengan orang ramai yang mahu merasai salji palsu.
Nak bergerak pun sesak ya kerana mempunyai jarak yang sangat dekat antara satu sama lain. Sampai kena ada pihak berkuasa yang mengawal orang ramai.
Lebih membimbangkan, ada juga yang dilihat membawa anak kecil dan cuba untuk melalui kawasan tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Orang Ramai ‘Seram’ Lihat Masyarakat Bersesak Di Pavilion KL Untuk Rasa Salji Palsu
Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Salji Di Gunung Kinabalu, Ini Penjelasan MetMalaysia
Baca Artikel Berkaitan: Jadi Tumpuan Orang Ramai, Gunung Di Arab Saudi Kembali Dilanda Salji
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â