[Video] “Saya Mesti Sakit” – Michael Ang Kongsi Tak Boleh Ke Tanah Perkuburan
Jelas Michael Ang, kebiasaannya dia akan datang menziarah ke rumah sahaja sekiranya ada mana-mana individu meninggal dunia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap individu pasti mengetahui bahawa di bumi ini terdapat beberapa kehidupan lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan termasuklah alam ghaib yang tidak dapat dilihat menerusi mata kasar.
Namun bercerita mengenai alam ghaib ada segelintir di antara kita mungkin pernah berdepan dengan situasi yang menggerunkan seperti terlihat, dikacau dan sebagainya.
Tidak kurang juga ada yang mempunyai ‘sixth sense’ seperti boleh melihat perkara ghaib, merasai kehadirannya, dan banyak lagi.
Michael Ang akan sakit apabila pergi kubur
Baru-baru ini pengarah terkenal, Michael Ang turut mendedahkan dirinya akan mudah berasa sakit apabila berada di tanah perkuburan.
Perkara itu diceritakan oleh Michael ketika dia menjadi tetamu dalam satu audio siar dikenali sebagai Sembang Seram.
Menerusi klip rakaman yang dikongsikan oleh podcast itu di TikTok, awalnya pengarah itu memaklumkan dia tidak boleh menjalankan pengambaran di mana-mana tanah perkuburan.
“Kalau saya shoot (jalankan pengambaran) kubur, saya mesti sakit. Tu sebab kubur Cina ke, kubur Melayu ke kalau saya shoot, saya dalam kereta je.
“Monitor semua masuk dalam kereta, saya tak boleh pijak kubur tu. Kalau saya pijak, saya mesti sakit,” katanya lagi.
Akan demam, badan rasa berat jika pergi tanah perkuburan
Michael Ang turut menyifatkan dia akan demam atau merasakan badan seperti berat dan sebagainya sekiranya menjejakkan kaki ke tanah perkuburan.
Pengarah drama Titi Kayu itu bagaimanapun mengatakan dia tidak tahu sekiranya ada entiti yang mengikut pulang atau sebagainya yang menyebabkan dia berasa tidak sedap badan.
Jelas Michael lagi sekiranya ada mana-mana individu atau kenalan yang meninggal dunia dia tidak akan pergi untuk hantar jenazah sehingga ke tanah perkuburan.
“Sebenarnya kalau nak percayakan, sejak kecil memang dia orang (keluarga atau rakan) kata saya memang tak boleh
“Jadi katakan saudara, pakcik ke meninggal saya akan pergi untuk ziarah (menghormati) datang dekat rumah. Kan (kalau) Cina letak dekat rumah jadi saya akan pergi dekat situ saja. Saya tak akan pergi kubur.”
Penolong pengarah akan buat arahan jika ada babak di tanah perkuburan
Katanya lagi, dia ada pergi sekitar satu hingga dua orang yang meninggal kerena individu tersebut amat penting namun apabila pulang dia akan jatuh sakit.
Jelasnya perkara itu boleh ditanya kepada mana-mana pelakon yang pernah bekerja dengannya malah babak di kubur akan dilakukan oleh penolong pengarah.
“Kubur tu kalau saya lalu saja ke apa tak apa, tapi kalau saya pergi nak buat sesuatu dekat kubur tu seperti pengambaran ke, orang meninggal ke saya tak boleh,” ujarnya lagi.
Ramai sifatkan perkara dialami Michael Ang kerana lemah semangat
Melihat di ruangan komen, ada yang mendakwa berkemungkinan pengarah itu mempunyai lemah semangat yang membuatkannya tidak boleh ke kubur.
Ada juga yang menyarankan untuk Michael mengamalkan bacaan ayat kursi dan tiga qul sebagai salah pendinding diri.
“Kalau orang Melayu panggil lemah semangat”

“Bila kita tak kuat semangat. Jalan-jalan yang ada disekeliling tu akan cuba mengelirukan kita. Amalkan ayat kursi dan tiga qul sentiasa.”

“Aku bukan setakat kubur, pergi rumah orang meninggal pun tak dapat. Sebab bila tidur saya akan mengigau sampai bawa nyawa. Nak pergi juga kena pastikan ada orang tidur sama.”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.