Now Reading
[Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang

[Video] Ramai Sedih Lihat Gajah Sesat Masuk Kawasan Perumahan Di Kluang

Gajah tersebut difahamkan telah memasuki ke sebuah kawasan perumahan di Taman Seri Impian, Kluang, Johor pada Ahad (26 Januari) lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Konflik antara manusia dan haiwan liar sering berlaku di dalam negara lebih-lebih lagi di lebuh raya dan kawasan perumahan yang bersempadan dengan kawasan hutan.

Sebelum ini, kami banyak melaporkan insiden pertembungan pengguna jalan raya dengan sekumpulan gajah terutamanya di kawasan Lebuhraya Timur Barat.

Lebih menggerunkan lagi apabila terdapat gajah yang sehingga menggoncang dan merempuh kereta yang melalui lebuh raya tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pemandu Kongsi Detik Cemas Kereta Digoncang Gajah Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 30 Gajah Tidur Atas Jalan Raya, Trafik Di Tasik Temenggor Terhenti 2 Jam

Seekor Gajah Berjalan Di Kawasan Perumahan

Baru-baru ini, tular pula kisah seekor gajah yang ‘tersesat’ masuk ke sebuah kawasan perumahan di Taman Seri Impian, Kluang, Johor.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram @kluanghariini, kehadiran gajah itu dirakamkan pada jam 2.13 pagi Ahad (26 Januari) lalu.

Video yang dirakam daripada tingkat atas sebuah rumah itu menyaksikan gajah terbabit berjalan sahaja di atas jalan raya. Dapat dilihat juga dia menggunakan belalainya untuk mengusik-usik beberapa pohon renek yang berada di tepi jalan.

Mujur jalan raya yang lenggang menyebabkan tiada pertembungan berlaku antara gajah tersebut dengan mana-mana penduduk.

Orang Ramai Luah Rasa Sedih Lihat Gajah Di Kawasan Perumahan

Melihat video yang dikongsikan itu, orang ramai meluahkan rasa sedih dengan keadaan gajah itu yang tersesat di kawasan perumahan.

Mereka juga berharap agar terdapat pihak seperti Jabatan Perlindungan Hidupan Liar & Taman Negara (PERHILITAN) yang membantu gajah itu untuk pulang ke habitat asalnya.

Namun ada juga yang berkata tidak sepatutnya gajah tersebut dikatakan tersesat memandangkan kawasan itu mungkin menjadi laluan gajah sejak dahulu lagi.

Sebaliknya, ia merupakan habitat gajah yang telah musnah akibat pembangunan dan pendudukan manusia. Seorang individu berkata seekor gajah akan melalui laluan yang sama setahun sekali.

“Ini dikatakan koridor gajah. Maksudnya sempadan mereka. Sedih sempadan mereka telah hilang,” kata seorang pengguna media sosial.

“Gajah antara haiwan yang mempunyai memori teras yang sangat baik. Gajah tak pernah bertukar laluan. Beratus tahun keluarga besar gajah akan lalu di laluan yang sama,” jelas seorang lagi.

Gajah Mempunyai Memori Kuat & Menggunakan Laluan Migrasi Sama Setiap Tahun

Menurut Cleveland Zoological Society, gajah sememangnya merupakan seekor haiwan dengan memori yang kuat. Kumpulan gajah diketuai oleh seekor gajah betina yang berpengetahuan dan mempunyai ingatan kuat seperti mengingati di manakah sumber air terletak.

Masa dan jarak tidak memberi impak kepada gajah untuk membawa kumpulannya ke tempat yang betul, menunjukkan memori yang hebat berkenaan persekitaran spatial.

Berdasarkan SeaWorld Parks & Entertainment, gajah Asia yang merupakan spesies gajah di Malaysia akan melalui laluan migrasi yang sama setiap tahun. Namun jarak migrasi akan berubah mengikut keadaan persekitaran.

Kajian mendapati gajah Asia di hutan di selatan India bermigrasi antara 20km hingga 50km untuk mendapatkan sumber air.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Tak Sempat Brek Langgar Sekumpulan Monyet Melintas Di PLUS

Baca Artikel Berkaitan: “Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kucing Hilang 2 Hari, Rakaman CCTV Tunjuk ‘Diculik’ Harimau Akar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd