Now Reading
[Video] Wanita Tunjuk Cara Goreng Keropok Guna Pasir Pantai Buat Ramai Tertanya

[Video] Wanita Tunjuk Cara Goreng Keropok Guna Pasir Pantai Buat Ramai Tertanya

Selain keropok, antara bahan lain yang boleh digoreng menggunakan pasir pantai adalah ikan kering dan ikan bilis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebelum adanya alatan moden untuk memasak, pernah tak anda terfikir macam mana orang zaman dulu ‘berasap’ di dapur lebih-lebih lagi dengan ekonomi yang belum stabil pada ketika itu.

Kesukaran yang dilalui oleh mereka itulah yang membuatkan masyarakat lebih kreatif dan mula menerokai pelbagai kaedah untuk meneruskan kehidupan.

Kalau nak dibandingkan cara hidup penduduk sekarang dan zaman dahulu, memang berbeza sangat!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Kenapa Gigi Bongsu Manusia Moden Tak Tumbuh Menegak? Ini Sebabnya!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Petua Jimat Minyak Masak Tanpa Perlu Tukar Baru & Boleh Dipakai Semula

Wanita Ini Tunjuk Cara Goreng Keropok Guna Pasir Pantai

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@kimiroslan_), seorang wanita memperlihatkan cara untuk menggoreng keropok selain menggunakan minyak masak seperti mana yang biasa dilakukan.

Unik sungguh cara yang dilakukan kerana hanya pasir pantai sahaja yang diletakkan dalam kuali berkenaan.

Dalam video tersebut, wanita itu meletakkan sekeping keropok lekor yang belum dimasak dan menggaulkan pasir pantai di sekeliling makanan berkenaan sebelum ia dilihat mula berkembang tanda sudah masak.

Selain pasir pantai, pasir sungai pun boleh guna juga. Menarik kan?

Sumber: TikTok (@kimiroslan_)

Jelas wanita itu lagi, keropok itu tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak kerana pasir pantai mudah panas.

“Memang sekejap je panas sebenarnya kalau diikutkan tapi kena pakai banyak sikit pasir lah,” ujar wanita terbabit sambil menggoreng keropok.

Dari segi rasa pula, katanya lebih sedap kerana rasa ikan yang lebih menonjol berbanding jika digoreng menggunakan minyak panas.

Selain menggoreng keropok keping, antara bahan lain yang boleh menggunakan cara sama adalah ikan kering dan ikan bilis.

@kimiroslan_

goreng keropok dengan pasir

♬ bunyi asal – mii.. – mii..

Ramai Prihatin Tentang Kebersihan Cara Goreng Keropok Guna Pasir Pantai

Menjengah ke ruangan komen, sesetengah netizen meluahkan rasa bimbang dengan kebersihan keropok tersebut jika menggunakan pasir pantai untuk menggorengnya.

Malah ada juga yang membayangkan jika mereka termakan pasir yang berada di celahan keropok tersebut.

“Macam mana nak pastikan pasir tu tak kotor eh?” soal pengguna TikTok.

Peka dengan keprihatinan masyarakat, seorang netizen tampil menjelaskan bahawa pasir pantai yang digunakan untuk menggoreng itu akan diayak beberapa kali dan dicuci sebanyak empat kali sehingga bersih.

Selain itu, segelintir pengguna media sosial pula berpendapat cara tersebut bukanlah untuk mereka kerana beranggapan ia memakan masa yang lama.

Walau bagaimanapun, sesetengah netizen mendakwa kaedah ini adalah lebih selamat berbanding dari menggunakan minyak dan ia juga bagus untuk penghidap batu hempedu.

Sumber: TikTok (@kimiroslan_)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Peniaga Di Korea Jual Lemang Instant, Masak 3 Minit & Boleh Terus Makan

Baca Artikel Berkaitan: Ini 13 Cara Mudah Untuk Anyam Ketupat Bagi Mereka Yang Baru Belajar. Nak Cuba?

Baca Artikel Berkaitan: “Sedap Ke?” – Lelaki Masak Gulai Ikan Campur 100 Plus Curi Perhatian Ramai [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd