[Video] Cef Terkenal Nobatkan Nasi Goreng Kampung Paling Sedap, Kalahkan Nasi Goreng Peru & Vietnam
Cef Andy Hearnden menyifatkan Nasi Goreng Kampung mempunyai rasa yang pedas yang seimbang dengan aroma ikan bilis goreng yang menaikkan lagi seleranya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai hidangan dan tidak dinafikan ia juga menjadi tarikan kepada para pelancong untuk ke negara ini.
Bagi pelancong yang pertama kali ke Malaysia, mereka pastiya tidak ketinggalan untuk mencuba menu seperti Nasi Lemak, Sate, Nasi Kandar, Rendang, Roti Canai dan sebagainya.
Malah, penyanyi terkenal iaitu Dua Lipa sendiri pun tak sabar nak datang semula ke negara ini untuk menikmati hidangan lauk rendang dan minuman kopi.
Baca Artikel Berkaitan: Dua Lipa Suka Rendang & Kopi Di Malaysia, Akui Tak Sabar Kembali Ke Negara Ini
Cef Dari New Zealand Sifatkan Nasi Goreng Kampung Dari Malaysia Sebagai Juara
Menerusi video dimuat naik di laman Facebook Andy cooks, seorang cef terkenal dari New Zealand bernama Andy Hearnden telah menyifatkan Nasi Goreng Kampung dari Malaysia sebagai hidangan paling enak jika dibandingkan dengan versi dari negara Peru serta Vietnam.
Dalam video berdurasi 9:55 minit itu, Andy telah menunjukkan aksi dirinya memasak tiga variasi nasi goreng dari tiga negara yang berbeza menggunakan resepi asal.
Selepas mencuba kesemua menu yang dimasaknya itu, Andy menyifatkan Nasi Goreng Kampung dari Malaysia adalah yang paling menyelerakan terutama sekali apabila dimakan bersama telur mata.

Jelasnya lagi, apa yang membuatkan nasi goreng berkenaan memberikan rasa yang cukup mengagumkan adalah rasa pedas yang seimbang ditambah pula dengan ikan bilis goreng yang membangkitkan lagi selera.
“Wow ini yang paling sedap saya makan, pedasnya memang menakjubkan lebih-lebih lagi dimakan dengan telur mata cair. Saya memang suka betul. Dalam ketiga-tiga menu nasi goreng ini, Nasi Goreng Kampung adalah pemenangnya,” ujar Andy.
Andy sebelum ini memberitahu bahawa nasi goreng kegemarannya adalah dari Korea dan Thailand. Nampaknya, Nasi Goreng Kampung pun sudah tersenarai sebagai salah satu hidangan kegemarannya.
Rakyat Malaysia Bangga Cef Popular Suka Nasi Goreng Kampung
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia meluahkan rasa bangga apabila tukang masak terkenal itu memilih hidangan Nasi Goreng Kampung sebagai ‘juara’ di hatinya.
Malah, ada juga pengguna media sosial yang memberitahu bahawa jika mereka yang memasak hidangan berkenaan mula bersin semasa proses menumis pes, ia bermakna cara menu tersebut dimasak adalah betul.
Siap ada yang kata masakannya itu nampak lagi sedap berbanding nasi goreng Uncle Roger.
Bukan itu sahaja, mereka turut menggelarnya sebagai ‘Uncle Andy’ kerana sudah pandai memasak menu nasi goreng yang cukup popular di Malaysia.

49% Pelancong Datang Ke Malaysia Disebabkan Mahu Cuba Menu Di Negara Ini
Kalau anda nak tahu, Malaysia diiktiraf sebagai destinasi ke-5 lokasi ‘syurga makanan’ paling popular di Asia kerana 49% pelancong asing bersetuju bahawa makanan yang unik merupakan tujuan utama mereka melawat ke negara ini.
Tinjauan tersebut telah dilakukan oleh platform perjalanan digital popular, Agoda yang mana ia melibatkan 4,000 responden selepas mereka selesai membuat tempahan ke destinasi pilihan pelancongan.
Memetik Agoda, berikut adalah lima negara yang dipilih sebagai syurga makanan terbaik:
- Korea Selatan: 64%
- Taiwan: 62%
- Thailand: 55%
- Japan: 52%
- Malaysia: 49%

Antara makanan popular yang menjadi tumpuan pelancong asing adalah:
- Nasi lemak bungkus
- Nasi lemak ayam goreng berempah
- Char Kuey Teow (Pulau Pinang)
- Mi Hokkien (Pulau Pinang)
- Cendol (Pulau Pinang)
- Hinava (Sabah)
- Mi Tuaran (Sabah)
- Manok Pansoh (Sarawak)
Senang kata kalau tak ‘food hunting’ waktu melancong ke Malaysia, memang rugi besar!
Baca Artikel Berkaitan: Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia
Baca Artikel Berkaitan: 11 Makanan ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Anda Patut Cuba Selain Nasi Lemak
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.