Aksi Tukang Masak Tambah Ais Dalam Gulai Daging Kawah Undang Pelbagai Reaksi
Difahamkan teknik menambah ketulan ais dalam gulai daging kawah itu adalah cara yang biasa dilakukan oleh masyarakat negeri Kedah ketika masak lauk kenduri.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila mahu memasak hidangan melibatkan daging, pasti ramai yang mencari pelbagai tips untuk menjadikan daging yang dimasak tidak terlalu liat dan mudah dimakan.
Kalau tanya pada atuk dan moyang kita, mesti ada sahaja cara-cara yang agak unik dikongsikan oleh mereka bagi memasak daging supaya ia menjadi lembut seperti meletakkan sudu besi di dalam hidangan berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Elak Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging, Boleh Beri Bahaya Pada Tubuh Badan
Selain itu, teknik yang digunakan oleh seorang tukang masak di Kedah baru-baru ini juga menarik perhatian ramai apabila aksinya itu dimuat naik di media sosial.
Tukang Masak Tambah Ais Dalam Gulai DagingKawah
Dalam satu video dimuat naik di laman TikTok (@telcostore), seorang tukang masak dilihat menambah ketulan ais pada gulai daging di dalam beberapa kawah.
Katanya ais tersebut merupakan ‘bahan rahsia’ mereka semasa masak di rumah kenduri dan cara tersebut dipercayai agak popular di negeri Kedah.

“Secret ingredient masak di rumah kenduri. Gulai ke teh ais? Kalau yang rajin masak di rumah kenduri area Kedah ni mungkin dah biasa tengok macam ni,” ujar pemilik video di ruangan kapsyen.
Walau bagaimanapun, tukang masak dan pemilik video tidak menyatakan tujuan mereka menggunakan ais dalam masakan terbabit.
Video berkenaan meraih perhatian ramai sehingga mendapat 1.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Orang Ramai Beri Pelbagai Pendapat Selepas Lihat Aksi Tukang Masak Tambah Ais Dalam Gulai Kawah
Kebanyakan netizen yang melihat cara tukang masak itu menggunakan ais dalam masakan kendurinya mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai yang turut memberikan pendapat masing-masing.
Sesetengah pengguna media sosial menganggap teknik menambah ketulan ais berfungsi untuk membuang lemak daging.
Namun ada juga netizen yang menjelaskan bahawa fungsi ais berkenaan adalah untuk melembutkan daging dalam gulai kawah.
“Letak ais untuk turunkan suhu gulai supaya daging akan masak lembut secara perlahan tanpa mengeringkan gulai. Kenapa ais bukan air? Ais lebih berkesan sebab lebih cepat turunkan suhu,” kata pengguna TikTok.
Meskipun sesetengah pihak mempersoalkan cara yang diamalkan, tetapi wujud juga individu yang berpendapat setiap orang mempunyai teknik yang berbeza dalam bidang masakan.
“Terpulang atas cara masing-masing lah kan. Macam cara saya dan mak saya, kami datang kenduri dan makan je senang,” ujar netizen
Pada masa yang sama, seorang pengguna media sosial memberitahu bahawa dia pertama kali melihat teknik menambah ais dalam masakan itu.

Ini Tips Untuk Lembutkan Daging
Sebenarnya, ada banyak lagi cara untuk melembutkan daging dalam masakan. Yang penting ia mudah dah selamat untuk kesihatan tubuh badan.
Antara tips yang boleh digunakan adalah seperti berikut:
- Potong daging secara melawan arah urat.
- Rebus daging sambil menutup periuk dan tanpa meletakkan garam.
- Rebus daging bersama kurma.
- Rebus daging dengan nenas.
- Rebus dengan soda bikarbonat.
- Goreng daging tanpa minyak dan membiarkan air daging keluar dengan sendiri.
Semoga tips ini dapat membantu anda memasak daging dengan lebih empuk!
Baca Artikel Berkaitan: Risau Liat? Ini 5 Cara Lembutkan Daging Dengan Mudah
Baca Artikel Berkaitan: Daging Korban Tak Sesuai Buat Stik, Rupanya Ini Sebabnya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masak Daging Wagyu Untuk Anak, Ramai Puji ‘Effort’ Nabila Huda Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â