[Video] Wanita Guna Kereta Plat Singapura Selamba Isi Minyak RON95 Undang Kecaman
Perbuatan pemandu kereta Kia Stonic yang mengisi petrol subsidi itu bagaimanapun dihentikan oleh pekerja stesen minyak Shell, Taman Pelangi di Johor Bahru.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Isu warga asing yang menyalahgunakan barangan subsidi yang dikhaskan buat rakyat Malaysia dilihat semakin menjadi-jadi. Antara perkara yang selalu terjadi adalah pemandu kenderaan asing menggunakan minyak RON95.
Seperti sebelum ini, pemandu kereta Honda berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Singapura dilihat sedang mengisi minyak kuning di sebuah stesen minyak.
Situasi itu kemudiannya membuatkan orang ramai berang selain meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik no plat asing yang melakukan aksi sedemikian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Dipercayai Warga Singapura Guna Minyak Subsidi Raih Perhatian
Pemandu Kia Stonic Dengan Nombor Plat Singapura Isi Minyak Subsidi
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Shah Rahim (@_shahrahim) berkongsi situasi di stesen minyak Shell, Taman Pelangi di Johor Bahru.
Menerusi video tular, kelihatan pemandu kereta jenis Kia Stonic berwarna merah sedang mengisi minyak RON95. Namun perkara yang mengundang perhatian adalah kereta tersebut menggunakan nombor pendaftaran Singapura.
Cakna dengan situasi itu, Shah dengan pantas merakam aksi pemandu wanita berkenaan memandangkan minyak pam kuning hanya disubsidikan khas buat rakyat tempatan serta kenderaan yang didaftarkan di Malaysia sahaja.
Kelihatan juga staf stesen minyak tersebut dengan cepat menarik nozel minyak menyebabkan wanita itu tercengang dengan situasi terbabit.
Menurut Shah, pemandu berkenaan dipercayai sengaja meletakkan kenderaan pada pam yang terletak di hujung sekali untuk mengelakkan diri terkantoi menggunakan minyak subsidi.
“Patutlah parking pam hujung,” kata Shah.
Tonton video [DI SINI].
@_shahrahim_ #foryou #foryoupage #fyp ♬ bunyi asal – Ammar Qayyum
Ramai Bengang Lihat Pemandu Stonic Selamba Isi Minyak Subsidi
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu berkata ia adalah situasi yang normal berlaku di Johor kerana Singapura yang berada berdekatan dengan negeri tersebut.
Malah, ramai juga meluahkan rasa bengang melihat riak wajah pemandu wanita itu seolah-olah tidak mengetahui kesalahan dilakukan.
“Sengaja je (pemandu wanita) buat-buat tak faham,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga memuji pekerja stesen minyak yang cepat bertindak selepas menyedari kereta terbabit mempunyai nombor pendaftaran Singapura.
“Sepatutnya memang kena macam tu. Staf petrol pam kena pantau. Kalau tak sampai bila diorang seronok je asyik isi (minyak susbsidi). Terbaik (pekerja Shell),” kata seorang lelaki.











Tekan Butang ‘Emergency’ Jika Nampak Kenderaan Asing Guna RON95
Sebelum ini, seorang lelaki yang juga pekerja stesen minyak Petronas di Sri Hartamas, Kuala Lumpur berkongsi kegunaan butang ‘emergency’ yang ada pada setiap pam minyak.
Pekerja dikenali sebagai Jamal itu berkata bahawa butang terbabit bukan hanya boleh ditekan oleh staf sahaja, malah orang awam juga boleh menekannya.
“Bila korang tekan butang ini (emergency), semua minyak yang keluar akan automatik berhenti keluar daripada pam, korang tekan ‘nozzle’ pun tak akan keluar, jadi jangan takut untuk tekan jika berlakunya kecemasan,” katanya.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menekan butang kecemasan terbabit sekiranya melihat kenderaan dengan nombor pendaftaran asing mengisi RON95.
Singaporean…dengar ni…😂
— MYNEWSHUB (@mynewshub) January 1, 2025
Nampak no plat kereta luar isi minyak kuning? Tekan butang emergency. pic.twitter.com/t0KozdM396
Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Butang ‘Emergency’ Di Pam Minyak Boleh Tekan Jika Nampak Kereta Asing Isi RON95 [Video]
Stesen Minyak Jual Petrol RON95 Kepada Warga Asing Boleh Didenda Hingga RM1 Juta
Terdahulu, pemilik sebuah stesen minyak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) didenda sebanyak RM30,000 atas kesalahan menjual petrol RON95 bersubsidi kepada warga asing.
Mohammad Naziruddin, 61, gagal mematuhi Arahan Pengawal Bekalan iaitu menjual barang kawalan berjadual petrol RON95 sebanyak 48.78 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran asing dari negara jiran, Thailand.

Untuk info, perbuatan tersebut melanggar Peraturan 12A Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu kesalahan di bawah Peraturan 21(1) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Jika disabit kesalahan, individu boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjara bagi tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Laporkan Kepada Pihak KPDN Jika Lihat Kenderaan Plat Asing Guna Minyak Subsidi
Pada 2022, Datuk Sri Alexander Nanta Linggi yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menegaskan semua kenderaan dengan nombor pendaftaran asing tidak dibenarkan untuk mengisi minyak Petrol RON95 di Malaysia.
Sebaliknya, mereka hanya dibenarkan untuk mengisi minyak RON97 sahaja.

Jelas beliau, Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP juga telah melaksanakan pemeriksaan dan mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan terhadap individu dan pengusaha stesen minyak yang cuba melanggar peraturan tersebut.
Jika anda terlihat kes sebegitu berlaku, anda boleh laporkan kepada KPDN melalui laman web aduan rasmi [DI SINI] atau hubungi talian bebas tol: 1-800-886-800
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Jerkah Pasangan Guna Kereta Plat Singapura Isi Minyak RON95 [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads  dan Instagram.Â