Now Reading
[Video] Lelaki Terkedu Dimarahi Gelandangan Ketika Ingin Sedekah Makanan

[Video] Lelaki Terkedu Dimarahi Gelandangan Ketika Ingin Sedekah Makanan

Menurut pemuda dikenali sebagai Apek, terdapat orang sekeliling yang menoleh ke arahnya sebaik terdengar jeritan gelandangan itu memarahinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui setiap manusia sentiasa dinasihat dan digalakkan untuk melakukan kebaikan di dunia ini seperti bersedekah.

Ia bukan sahaja untuk kebaikan sendiri seperti mendapat ganjaran pahala, bahkan tindakan memberi sedekah mungkin dapat membantu individu yang berada dalam kesusahan.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ramai yang berlumba-lumba untuk bersedekah dan melakukan kebaikan kepada orang sekeliling mereka.

Lelaki tergamam kena marah ketika nak sedekahkan makanan kepada gelandangan

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila ingin bersedekah kepada seorang gelandangan.

Namun niat mulianya itu menjadi satu tamparan hebat apabila dia dimarahi oleh seorang gelandangan yang berada di sekitar Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Apek Seller di TikTok, awalnya kelihatan dia berjalan di kaki lima pada waktu malam sambil bertanya kepada seorang wanita adakah dia sudah makan.

Niat cuma nak bagi nasi arab sebagai sedekah

Pertanyaan Apek itu kemudiannya dibalas dengan nada marah apabila gelandangan berkenaan menjerit kepadanya ‘Tak mahu!’.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia tergamam lantas berlalu pergi. Malah dia pelik mengapa gelandangan itu perlu bersikap dingin.

“Niat nak sedekah kita pula kena marah. Masa dia jerit ni orang depan aku sampai toleh (memandang) ya. Orang belakang aku sampai lari.

“Mungkin dia nak duit je kot, fikir baik jelah,” kata Apek dalam video berkenaan.

Beli nasi arab RM40

Dalam video itu, Apek turut mengatakan dia ingin memberi wanita itu nasi arab yang dibelinya namun tidak menyangka niat itu dibalas dengan emosi marah.

“Alangkah (kalau) dia tahu nasi arab ni aku beli RM40 mesti dia jual balik. Mungkin dia fikir aku bagi nasi bujang kot,” katanya di ruang kapsyen.

Tonton video di sini.

Netizen sangka mungkin gelandangan itu enggan diri dirakam

Melihat di ruang kapsyen, ada yang mengatakan mungkin wanita itu memberi reaksi seperti itu kerana dia memegang telefon.

Apek lalu menjawab dia merakam perkara itu hanya sebagai langkah keselamatan kerana pernah mempunyai pengalaman buruk sebelum ini.

This image has an empty alt attribute; its file name is lelaki-kena-marah-dengan-gelandangan-6.jpg

Ada juga netizen yang berkongsi pengalaman sendiri ketika memberi makanan kepada gelandangan.

“Dia nampak awak pegang telefon”
This image has an empty alt attribute; its file name is lelaki-kena-marah-dengan-gelandangan-1.jpg
“Pernah saya lagi sedih, niat baik tapi homeless tu pergi campak makanan tu depan awam pula tu ramai orang. Rasa saya pula yang terhina masa tu”
This image has an empty alt attribute; its file name is lelaki-kena-marah-dengan-gelandangan-2.jpg
“Aduh sabar je bang, doa yang terbaik je”
This image has an empty alt attribute; its file name is lelaki-kena-marah-dengan-gelandangan-3.jpg

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd