[Video] Idea Kreatif Sekolah Gantikan Mercun Dengan Belon Ketika Sambutan CNY Raih Pujian
Menerusi video tular, kedengaran belon-belon yang meletup semasa sambutan Tahun Baru Cina itu menghasilkan letupan sama seperti mercun.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum sedia maklum, tidak lama lagi perayaan Tahun Baru Cina yang dinanti-nantikan akan tiba pada Rabu minggu hadapan (29 Januari).
Kemeriahannya boleh dirasai selepas melihat banyak pusat membeli-belah di Malaysia tampil dengan dekorasi menarik sempena CNY 2025. Selain itu, banyak juga acara tarian singa telah dipersembahkan di kebanyakan lokasi sebagai contoh di Pavilion Kuala Lumpur sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Maskot Tarian Singa ‘Layan’ Aksi Silat Lelaki Buat Netizen Terhibur
Tidak terhenti di situ sahaja, kebanyakan sekolah rendah dan menengah turut tampil dengan sambutan besar-besaran Tahun Baru Cina 2025.
Sekolah Di Kuching Gantikan Mercun Dengan
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook menyaksikan sambutan Tahun Baru Cina yang meriah dan riuh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Maong di Kuching, Sarawak.
Menerusi video perkongsian, kelihatan para guru sedang menarik tali panjang yang diikat sekali dengan belon berwarna-warni yang banyak daripada tingkat atas bangunan sekolah.
Kalau anda lihat sendiri video itu, kelihatan sebuah gambaran ular animasi yang besar turut diikat di antara tiang bendera di tapak perhimpunan.
Difahamkan, terdapat objek yang sedikit tajam dilekatkan pada bahagian belakang gambar ular itu membuatkan belon-belon tersebut meletup apabila ditarik melaluinya.
Idea kreatif menggunakan belon yang banyak berbanding mercun sangat berkesan yang mana ia bukan sahaja memeriahkan majlis malah ia juga lebih selamat.
Untuk info, perkongsian ini semakin mendapat perhatian ramai selepas ia dimuat naik semula di laman X (Twitter).
Kreatif betul ni, guna belon sebagai ganti mercun untuk sambutan Tahun Baru Cina 🤩👏
— ًِ (@bckupacc99) January 23, 2025
SMK Sungai Maong. pic.twitter.com/xTDGmyI9cI
Ramai Puji Inovatif ‘Mercun’ Yang Kreatif
Menjengah ke ruangan komen hantaran di Facebook, rata-rata orang ramai memuji penganjur majlis yang melakukan inovasi bagi menggantikan mercun dengan belon.
“Menarik sangat, idea bernas. Semua gembira dalam keadaan terkawal. Bunyi pun nak sama dah macam mercun,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga yang berkata penggunaan belon sebegitu tidak akan mengundang pencemaran udara daripada asap mercun dan juga pilihan yang lebih selamat.
“Cara yang bijak untuk sambut Tahun Baru Cina dengan selamat, mesra alam dan lebih seronok!” ujar pengguna Facebook.
Bukan itu sahaja, ramai juga kagum dengan idea gambaran ular itu bagi menunjukkan tahun ini adalah Tahun Ular mengikut Kalendar Zodiak Cina.
“Wow! Memang bunyi macam mercun🧨. Sangat kreatif! Diorang siap buat (papan visual) kepala ular memandangkan tahun ni Tahun Ular,” kata seorang warganet.











Tahun Ular Melambangkan Kebijaksanaan
Untuk info, 12 haiwan Zodiak dalam Kalendar Cina mempunyai maksudnya tersendiri. Lain sikit daripada tahun sebelumnya, ular melambangkan kebijaksanaan, misteri, dan kesuburan.
Ia juga dianggap sebagai simbol nasib yang baik dan kekayaan. Kalau anda perasan, kebanyakan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini tersedia dengan replika atau patung haiwan reptilia tersebut.

Di bawah ini kami turut sertakan beberapa video sambutan Tahun Baru Cina 2025:
@fadhlinasidek Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina SJKC Yeok Hua Balik Pulau, SPS
♬ original sound – Fadhlina Sidek
Tonton video [DI SINI].
@sethlui.com if you're ever wondering how is CNY celebrated in KL 🧧🐍 📍 Kwai Chai Hong, Lorong Panggung, City Centre, 50000, Kuala Lumpur 🍊9AM – 12AM (opens DAILY) Follow us on Telegram(@sethlui), Instagram(@sethluimy) & Lemon8(@sethlui)! #malaysia #kualalumpur #cny #chinesenewyear #lunarnewyear ♬ original sound – SETHLUI.COM
Tonton video [DI SINI].
@rasah_chakeechin {Admin 2} Sambutan Tahun Baru Cina di SMK Bukit Kepayang. Saya turut memberikan Ang Paw kepada PIBG sekolah ini. #新年 #TahunBaruCina #森州亚沙明天会更好 #RasahJagaRasah #KomunitiCeriaRasah #Rasah #SMKBK #亚沙国会 #谢琪清 #smk ♬ Happy New Year, Spring Festival, Lantern Festival, Happy and Festive Chinese Style II – NEYMusic
Tonton video [DI SINI].
@dannmyy Happy Chinese New Year everyone!!!🧧🙏 #2025 #cny2025 #chinesenewyear #fyp #snake ♬ original sound – 1119 Entertainment
Tonton video [DI SINI].
@ellyrahman16 Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat SJKC Kerdau disambut awal sebab murid bakal cuti sekolah. Syok weh sorg dpt byk angpau. #sjkckerdau #sambutantahunbarucina #tahunular #2025 #tahunbarucina2025 #gongxifacai ♬ original sound – Aqmal Daniel
Tonton video [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: CNY Dah Hari Ke-6, Tapi Kenapa Meriah Dengar Bunga Api Malam Tadi? Ini Penjelasannya
Baca Artikel Berkaitan: CNY 2025: LEGOLAND Malaysia Ingin Cipta Rekod Bina Ular LEGO Terpanjang Di Dunia!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.