Now Reading
[Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur

[Video] Gelagat Pemandu Tampal Sticker Lesen ‘P’ Penuh Kereta Buat Ramai Terhibur

Pelekat lesen percubaan berwarna merah dengan huruf ‘P’ itu ditampal di setiap pelusuk termasuklah bonet, cermin dan pintu kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila terkenang balik memori ketika mengambil lesen memandu buat kali pertama, mesti anda ada kenangan tersendiri yang diingati sampai sekarang kan?

Tiba-tiba teringat balik rasa gementar ditambah pula dengan cikgu yang garang waktu kelas memandu. Belum dikira berapa kali enjin kereta termati tengah jalan bagi mereka yang mengambil lesen manual.

Tapi bila sudah lulus ujian memandu, memang tidak dapat diungkapkan rasa gembira dan seronok itu. Yang tahu je tahu, YTJT!

Kereta Penuh Dengan Peleket Lesen Percubaan

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@lluq.null), seorang pemilik kereta Honda City dilihat telah menampal lebih 20 pelekat Tanda Pengenalan ‘P’ atau lebih popular dipanggil lesen ‘P’ pada seluruh badan keretanya.

Kebiasaannya, lesen ‘P’ ini harus dipamerkan oleh semua pemegang lesen memandu percubaan motokar selagi mana dia belum bergelar pemandu kompeten (CDL).

Kalau anda tengok betul-betul, memang penuh ya satu kereta dari depan, belakang, kiri dan kanan kenderaan semua ada! Siap dilekatkan di dalam kereta juga pada bahagian tingkap.

Memang ‘rare’ betul kereta Honda City berwarna putih ini. Sekali tengok, confirm ramai yang akan pandang buat kali kedua.

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, pemilik video juga menyebut (tag) pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di ruangan kapsyen untuk mendapatkan perhatian mereka berhubung tindakan dilakukan oleh pemandu berkenaan.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 395,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

Ramai Terkejut Lihat Keadaan Kereta Penuh Dengan Pelekat Lesen ‘P’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga tercengang melihat keadaan kereta berkenaan tersebut yang ‘dihiasi’ dengan pelekat lesen percubaan berwarna merah itu.

Malah, ada yang bergurau kononnya pemandu itu berdendam dengan pihak JPJ sehingga mengambil keputusan untuk menampal pelekat itu di seluruh bahagian kenderaannya.

“Apa la dendam dia dengan JPJ ni,” ujar netizen.

Terhibur dengan situasi itu, sesetengah pengguna media sosial juga berseloroh kononnya mereka baru mengetahui pemandu itu memiliki lesen ‘P’.

“Aku rasa dia ada lesen ‘P’, kata pengguna TikTok.

Sumber: TikTok

Pemegang Lesen ‘P’ Perlu Pamer Pelekat Mengikut Spesfikasi JPJ

Namun sekiranya pemandu berkenaan pemegang lesen memandu percubaan motokar, dia sebenarnya telah melakukan kesalahan.

Ini kerana JPJ telah menetapkan syarat lesen ‘P’ perlu ditampal di sebelah kiri cermin hadapan dan belakang kereta.

Boleh Kena Denda Jika Hias Kereta Dengan Lampu Penuh Satu Kereta

Sebelum ini, tular sebuah kenderaan di jalan raya yang dilihat menghiasi keretanya dengan menggunakan lampu hiasan.

Memang banyak ya lampunya, dari jauh pun boleh nampak kewujudan kereta berkenaan melalui kerlipan lampu berwarna-warni itu.

Walau bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Syahmi Abdul Latif menjelaskan perbuatan menghias kereta dengan lampu hiasan itu sebenarnya adalah salah.

Memetik laporan Berita Harian, pemandu boleh diberikan amaran untuk menanggalkan lampu tersebut atau didenda jika enggan berbuat demikian.

Bagi kesalahan terbabit, pemandu boleh dikenakan denda antara RM100 hingga RM200.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lain Macam Hobi Dia” – Pakcik Hiasi Proton Saga Dengan Aksesori Bikin Ramai Kagum

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi 4 Aksesori Kereta Yang Bahaya Jika Digunakan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd