“Rasa Salted Caramel” – Lelaki Cuba Makan Ais Krim Vanila Campur Kicap Masin Curi Perhatian
Lelaki dikenali sebagai Ejang itu berkata, trend ais krim vanila digabungkan dengan kicap masin tersebut semakin viral di Indonesia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sekarang ini, semakin banyak makanan unik dengan gabungan pelik boleh didapati di pasaran. Difahamkan, segelintir golongan masyarakat suka bereksperimen dengan makanan serta minuman mereka.
Seperti sebelum ini, tular pula di media sosial apabila sebuah restoran mengolah makanan ringan, keropok Super Ring menjadi milkshake. Super Ring Milkshake berharga RM5.50 itu dibuat selepas diminta oleh seorang pelanggan lelaki.
Tidak pasti sama ada menu Super Ring Milkshake terbabit memang wujud di restoran berkenaan atau sekadar konten semata-mata.
Baca Artikel Berkaitan: “Aneh-aneh Je” – Tular Super Ring Milkshake Raih Perhatian Ramai [Video]
Lelaki Cuba Makan Gabungan Ais Krim Vanila & Kicap Masin
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@cujaang) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ejang berkongsi satu menu yang dikatakan viral di negara jiran, Indonesia.
Jelasnya, ais krim vanila yang dicampur dengan bahan masakan seharian iaitu kicap masin itu telah mendapat reaksi baik penduduk di sana. Oleh disebabkan tertanya-tanya dengan rasanya, Ejang membuat keputusan untuk mencubanya sendiri.
“Diorang kata ais krim vanila kalau campur dengan kicap masin akan rasa macam Salted Caramel. Jadi aku bawa kicap masin dari rumah. Kita tengok betul-betul menjadi ke tak,” ujarnya.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Ejang sedang menuangkan beberapa titis kicap ke atas ais krimnya. Dia kemudian menggaulkannya agar ia lebih sebati.
Tidak sangka dengan rasanya, Ejang meluahkan rasa terkejut kerana gabungan unik dan aneh itu menjadi. Ujarnya, ia sangat sedap dan rasa seolah-olah Salted Caramel seperti yang dijanjikan.
Lelaki Tuang Lebih Banyak Kicap Sebab Rasa Yang Unik
Tertarik dengan rasa itu, Ejang dilihat menuangkan lebih banyak kicap ke atas ais krim vanila berkenaan.
“Tak expect langsung!?😭 Sejujurnya memang ada rasa macam Salted Caramel ya! Korang kena cuba,” tambah lelaki itu di ruangan kapsyen.
Tonton video [DI SINI].
@cujaang TAK EXPECT LANGSUNG !? 😭 srsly memang ada rasa mcm salted caramel ye !!!! korang kena tryyyy #icecream #hack #foodie ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Gabungan Ais Krim Vanila Dengan Kicap Masin Raih Pelbagai Reaksi
Menjengah ke ruangan komen, segelintir individu berkata gabungan antara vanila dan kicap adalah sesuai kerana keseimbangan yang datang daripada rasa manis dan juga masin.
“Bila difikir balik, kicap tu base dia kacang soya. Cuma diperam lama je kan. Bila campur dengan manis dan masin berlemak tu mungkin sedap,” kata seorang wanita.
Malah, ada juga yang sempat berseloroh melihat gabungan ais krim dengan bahan masakan itu.
“Letak cili terus rasa macam ayam gepuk bang,” ujar seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga berkata mereka teringin untuk cuba sendiri sama ada ia sememangnya rasa Salted Caramel atau sebaliknya.
“Okay akan cuba. Mungkin peniaga ais krim pun guna ni sebagai resipi rahsia 😂,” kata seorang lelaki.
Bahkan, ada juga warganet lain yang sudah mencubanya berkata ia adalah sedap.















Baca Artikel Berkaitan: “Berbaloi Ke?” – Harga Ais Krim Kon Cecah RM18 Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: “Kenyang Sampai Malam” – Restoran Tawar Menu Istimewa Roti Canai Inti Nasi Lemak Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.