Now Reading
Penyanyi Indonesia, Kunto Aji Puji Malaysia Airlines Beri Baucar Makanan Lepas Penerbangan Lewat 2 Jam

Penyanyi Indonesia, Kunto Aji Puji Malaysia Airlines Beri Baucar Makanan Lepas Penerbangan Lewat 2 Jam

Baucar makanan bernilai RM35 yang diberikan oleh Malaysia Airlines kepada Kunto Aji itu boleh digunakan di beberapa premis seperti Serai, Taco Bell, Dunkin Donut dan lain-lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila memilih untuk menaiki kapal terbang ke sesebuah destinasi, pastinya anda perlu bersedia dengan sebarang perkara yang tidak dijangka terutama sekali jika berlaku kelewatan.

Ikut nasib juga, kadangkala hanya ‘delay’ 30 minit sahaja. Tetapi kalau lewat sehingga dua hingga tiga jam itu memang garu kepala lebih-lebih lagi jika anda mempunyai jadual yang agak padat.

Oleh kerana kelewatan tersebut, sesetengah syarikat penerbangan akan memberikan sesuatu kepada para penumpang bagi ‘menebus’ masa terluang mereka.

Penumpang Malaysia Airlines Puji Pemberian Baucar Makanan Kerana Penerbangan Lewat

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@kuntoajiw), penyanyi Indonesia iaitu Kunto Aji telah berkongsi kisah ketika dalam perjalanan ke destinasi menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Nak dijadikan cerita, penerbangannya itu berlaku kelewatan selama dua jam daripada yang dijadualkan.

Oleh disebabkan itu, pihak Malaysia Airlines telah memberikan baucar makanan bernilai RM35 kepada setiap penumpang yang boleh digunakan di beberapa premis di lapangan terbang.

Antaranya 4 Fingers, Serai, Costa Coffee, Old Town White Coffee, Taco Bell dan lain-lain.

Pemberian itu secara tidak langsung membuat penyanyi berkenaan meluahkan rasa terkejut dengan kebaikan syarikat penerbangan terbabit.

“Boleh eh syarikat penerbangan bagi baucar makan RM35 (120,000 Rupiah). Selalunya cuma bagi biskut dengan air mineral je. Mereka tak takut rugi ke? Jarang ni berlaku,” ujarnya di ciapan X.

Ramai Kongsi Pernah Diberi Layanan Sama Ketika Penerbangan ‘Delay’

Ruangan komen ciapannya itu turut dipenuhi dengan perkongsian pengguna media sosial yang lain tentang pengalaman mereka semasa berdepan dengan kelewatan pesawat.

Malah, ada juga yang cemburu dengan baucar yang diterima oleh penyanyi berkenaan dari pihak Malaysia Airlines dan turut membandingkan dengan makanan yang diberikan oleh mereka dari syarikat penerbangan berbeza.

Malaysia Airlines Juga Terima Pujian Dari Penumpang Sebelum Ini

Sebelum ini, pendakwah terkenal dari Amerika Syarikat iaitu Dr Muhammad Salah telah memuji syarikat penerbangan Malaysia Airlines kerana telah menyediakan ruangan solat untuk penumpang yang berada di dalam penerbangan.

Malah pramugari tersebut juga membantunya untuk mencari arah kiblat dengan betul sebelum bersolat.

Sumber: Facebook Malaysia Airlines

Baca Artikel Berkaitan: Pendakwah Amerika Syarikat Puji Malaysia Airlines Kerana Sediakan Ruang Solat Dalam Kapal Terbang

Bukan itu sahaja, juruterbang pesawat Malaysia Airlines Airbus A350-900 turut dipuij selepas berjaya melakukan pendaratan dengan selamat di Lapangan Terbang Heathrow, London, England menggunakan teknik ‘crabbing’ ketika bergelut dalam gelora udara.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Aksi Pilot Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Ketika Cuaca Buruk Di London Raih Pujian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd