PHM Gesa Hentikan Trend Makan ‘Cheese Leleh’, Perangkap Yang Boleh Jejaskan Kesihatan
Jelas Public Health Malaysia (PHM), kalori tambahan dalam keju palsu itu boleh mengundang penyakit kronik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, semakin banyak makanan viral yang anda boleh dapati. Antara snek makanan yang diminati ramai adalah apa-apa makanan yang penuh dengan ‘cheese leleh’. Kalau boleh semua benda nak diletakkan keju.
Trend sebegini menyebabkan ramai sanggup beratur panjang dalam keadaan cuaca panas demi mendapatkan makanan tersebut. Bak kata orang, kerana FOMO (fear of missing out).
Seperti sebelum ini, ramai dilihat menunggu giliran untuk membeli ‘Slime Cheese’ iaitu ‘keju mozarella’ yang dicairkan bersama susu pekat manis.
Namun ramai di kalangan warganet yang meluahkan rasa kurang senang dengan situasi tersebut kerana menganggap trend limpahan keju ini berbahaya untuk kesihatan diri.
Baca Artikel Berkaitan: “Susah Ke Nak Jaga Kesihatan?” – Ramai Persoal Pelanggan Rela Beratur Panjang Demi Slime Cheese
PHM Seru Orang Ramai Henti Ambil Cheese Leleh
Melihat fenomena penggunaan keju melimpah yang semakin berleluasa, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook semalam (22 Januari) menggesa orang ramai terutamanya para peniaga untuk menghentikan trend menu sebegitu.
Menurutnya, ‘cheese leleh’ bukanlah keju asli dan tidak memiliki nutrisi seperti protein, kalsium dan juga vitamin.

Sebaliknya, ‘cheese leleh’ adalah gabungan bahan yang rendah khasiatnya dan mengundang risiko kesihatan seperti:
- Maltodextrin: Bahan pemanis yang menambah kalori tanpa manfaat kesihatan
- Gula dan garam berlebihan: Menyumbang kepada risiko diabetes, tekanan darah tinggi, dan penyakit jantung
- Kalori tambahan: Menggalakkan obesiti yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit kronik
- Zero nutrisi: Tiada manfaat seperti keju asli, hanya rasa yang ‘palsu’
Kadangkala, segelintir peniaga juga menggunakan nama lain bagi menarik minat pelanggan sebagai contoh ‘cheese banjir’.
Baca Artikel Berkaitan: ‘Kuah Banjir’ Punca Berat Badan Naik, Malaysia Negara Obesiti Tertinggi Di Asia Tenggara

Tambah PHM lagi, cheese leleh ini sememangnya sedap dan boleh membuatkan orang ramai ketagih, namun perlu diingatkan ia adalah perangkap berbentuk makanan yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna dalam jangka masa panjang.
“Fikirkan, adakah rasa sebentar itu berbaloi dengan risiko kesihatan anda?” tanya PHM di akhir perkongsian.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hidangan Di Malaysia Dibanjiri Keju Terima Banyak Kecaman Dari ‘Mat Saleh’
Pengambilan Cheese Leleh Buat Anak Terbantut Kerana Tak Cukup Nutrisi
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju bahawa trend makanan yang disertakan dengan perkataan ‘leleh’ perlu dihentikan kerana kalorinya yang banyak.
Segelintir individu turut berpendapat pengambilan keju melimpah yang berlebihan menjejaskan proses tumbesaran anak-anak.
“Sebab tu budak tak tinggi-tinggi tapi lebih kepada gemuk sahaja,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga warganet berkata keju palsu yang perlu dibancuh terlebih dahulu adalah tidak sedap dan membuatkan seseorang berasa cepat muak.








Banyak Keju Digunakan Oleh Pengusaha Tinggi Kandungan Lemak
Sebelum ini, Pakar Pemakanan Hospital Pusrawi, Nor Fazilah Mohd Bajuri juga ada mengulas tentang pengambilan keju meleleh yang semakin berleluasa.
Jelas beliau, kebanyakan keju yang digunakan pengusaha makanan hari ini dipercayai mengandungi peratusan bahan lain yang lebih dari sumber asal keju itu sendiri iaitu susu.
Kata Nor Fazilah, untuk memastikan keju berasa lebih berkrim, sesetengah keju dipercayai turut ditambah peratusan kandungan lemak yang tinggi.

“Kini, keju yang banyak digunakan pengusaha makanan dipercayai ditambah dengan penambah perisa dan pewarna untuk menarik pengguna.
“Tambahan pula, garam adalah bahagian penting dalam proses pembuatan keju kerana ia dapat mengawal kelembapan, tekstur, fungsi dan pertumbuhan mikroba.
“Oleh itu, keju atau cecair berkeju seperti itu bukan sahaja mengandungi tinggi gula, malah tinggi kandungan garam juga,” ulas beliau, memetik Harian Metro.
Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Jual Sate Salut Cheese Di Perak Buat Netizen Geleng Kepala
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
