Now Reading
“Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial

“Desperate Sangat Ke Nak Anak Diam?” – Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Tak Kawal Anak Kecil Guna Media Sosial

Coach parenting, Fhais Salim berkata, ibu bapa yang memberikan anak kecil menggunakan media sosial tanpa pantauan adalah tidak berhati perut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap mereka yang bergelar ibu bapa pasti ada kaedah mereka tersendiri dalam mendidik si kecil. Pun begitu, bukan semua perkara yang diterapkan adalah bagus untuk fikiran serta tumbesaran anak.

Jika berada di tempat awam, anda boleh lihat ramai di kalangan anak kecil yang menggunakan peranti canggih untuk menonton kandungan-kandungan dalam media sosial.

Kebanyakan ibu bapa menggunakan taktik itu agar anak tidak melakukan perangai serta berkelakuan baik. Rata-rata anak kecil yang matanya tertumpu pada gajet ini pula akan duduk diam dan buat halnya sendiri. Namun tanpa anda sedari, ia akan memberi kesan buruk kepada kanak-kanak dalam tempoh masa panjang.

Baca Artikel Berkaitan: “Terdedah Konten Seksual” – Pakar Anggap Telefon Bukan Satu Keperluan Untuk Pelajar Sekolah

Coach Parenting Tegur Ibu Bapa Beri Si Kecil Layan TikTok & YouTube Short

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila coach parenting, Fhais Salim (@fhaissalim) berkongsi fenomena yang semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak.

Menurutnya, dia tidak suka untuk menyibuk dalam urusan orang lain. Namun jelas Fhais, semakin ramai di kalangan ibu bapa yang ‘tidak berhati perut’ kerana mengabaikan anak-anak dengan memberikan mereka kebebasan menggunakan platform media sosial.

Sumber: Freepik

“Anak tu masih lagi pakai pampers (lampin) tapi diberikan anak tu tengok TikTok dan YouTube Short tanpa pantauan, tapisan dan sekatan langsung, astaghfirullah al-Azim. Kenapa begitu kejam eh? Tak ada hati perut ke mak ayah ni?

“Tahu tak konten itu merosakkan anak dan anak ni lagi masih pakai pampers (kecilnya) maksudnya otak dia belum ada kecerdikan untuk menapis konten yang dia tengok. Terdesak sangat ke nak anak tu diam?” tanya Fhais.

Ujarnya lagi, peringatan ini adalah penting untuk ibu bapa lebih-lebih lagi generasi Millenial dan Gen Z yang banyak menggunakan teknologi canggih serta media sosial dalam kehidupan seharian mereka.

Ibu Bapa Perlu Tahu Perkara Baik & Tak Baik Untuk Anak

Tambah coach parenting itu lagi, sebagai seorang ibu bapa, anda harus mengetahui perkara yang baik dan juga yang tidak untuk anak kecil yang masih membesar.

“Kasihan anak-anak ni bukan tahu apa pun, diorang tu ikut je apa yang mak ayah bagi,” kata Fhais di ruangan kapsyen.

Fhais dalam masa sama berharap agar tegurannya ini mampu memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk menghentikan perkara tersebut.

@fhaissalim Kasihan anak-anak ni diorang bukan tahu apa pun, diorang tu ikut je apa yang mak ayah bagi.. hmm.. #anak #parenting #parentingjourney #parentingmalaysia #parentingtips #SuperParentClub #parentingislami ♬ original sound – Fhais Salim • Parenting

Ibu Bapa Beri Anak Guna Gajet Untuk Elak Tantrum

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat bersetuju dengan pesanan dan teguran yang dilontarkan oleh Fhais.

“Dah ramai ibu bapa aku jumpa macam ni. Kadang-kadang dekat kedai makan pun biarkan anak main TikTok,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga yang pening kepala dengan perangai anak-anak yang meragam jika tidak diberikan peranti canggih untuk melayari media sosial.

“Macam mana nak buat. Anak-anak dah pandai mengamuk dan tantrum kalau tak dapat telefon. Memang salah saya,” ujar seorang pengguna TikTok.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam

Sementara itu, ramai juga di kalangan ibu bapa yang mengesyorkan aplikasi yang mesra kanak-kanak.

Durioo pilihan terbaik untuk anak-anak. Sekarang interface Durioo dah macam YouTube. Tapi anak-anak bawah dua tahun tetaplah kena kawal masa tayangan dia. RM12 je sebulan, bagi saya berbaloi,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fhaissalim)

7 Cara Elak Anak Ketagih Guna Teknologi Canggih

Buat ibu bapa yang berdepan dengan masalah anak yang terlalu taksub dan ketagih dengan gajet dan media sosial, usah risau. Hal ini kerana, rutin golongan kanak-kanak ini masih boleh ditukar.

Berikut kami sertakan beberapa cara untuk mendidik kanak-kanak yang ketagih teknologi canggih. Antaranya:

  • Jangan jadikan gajet sebagai ‘ubat penenang’ kepada anak yang tantrum
  • Rangsang deria sentuhan anak dengan menggunakan objek fizikal
  • Tunjukkan contoh kepada anak, sebagai contoh tidak menggunakan gajet di depan mereka
  • Beri anak tonton konten berilmiah menerusi televisyen seperti Animal Planet, National Geographic dan banyak lagi
  • Beri permainan yang merangsang daya fikiran si kecil
  • Kerap bawa anak beriadah di luar
  • Belikan anak buku mewarna untuk merangsang kreativiti
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Anak Bawah 13 Tahun Tak Dibenarkan Miliki Akaun Media Sosial – Fahmi Fadzil

Baca Artikel Berkaitan: “Awasi Tontonan Anak-Anak” – Animasi Upin & Ipin Tiruan Ada Kandungan Tidak Senonoh Jadi Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd