Now Reading
[Video] VAT69 Komando PDRM Mendarat Atas Bumbung Rumah Sewaktu Latihan Payung Terjun Raih Perhatian Ramai

[Video] VAT69 Komando PDRM Mendarat Atas Bumbung Rumah Sewaktu Latihan Payung Terjun Raih Perhatian Ramai

Insiden itu sebenarnya berlaku ketika kursus asas payung terjun statik VAT69 pada tahun 2022 di Taiping, Perak namun baru sahaja tular di media sosial.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anggota polis merupakan sebahagian daripada pasukan keselamatan yang bertanggungjawab dalam menjaga negara dan rakyat sesebuah negara.

Dalam menggalas tanggungjawab tersebut, banyak latihan yang harus dilalui seperti latihan fizikal dan latihan senjata.

Malah, tugas anggota polis meletakkan mereka dalam keadaan yang berisiko serta terdedah kepada bahaya, termasuklah maut.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Anggota Polis Maut & Seorang Cedera, Balai Polis Ulu Tiram Diserang

Insiden Mendarat Atas Bumbung Rumah Berlaku Pada 2022

Baru-baru ini, tular satu video dikongsikan di TikTok (@4remark) menunjukkan dia sedang melipat payung terjun di atas bumbung rumah.

Kedengaran juga bunyi penggera keselamatan yang mungkin dicetuskan akibat hentakan kuat pada bumbung rumah terbabit.

Dia yang sebelum ini merupakan seorang pegawai VAT69 Komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkongsi semula pengalamannya pada tahun 2022 ketika menjalani kursus asas payung terjun statik VAT69 bersama Pasukan Khas Laut (PASKAL) dan Unit Tindakhas (UTK) di Taiping, Perak.

Katanya, dia ketika itu memikirkan nasibnya sama ada akan terkorban atau mengalami patah riuk pada tubuh badannya.

“Tak tahu siapa yang rakam masa ini. Alhamdulillah hidup lagi. Lepas itu sambung terjun lagi,” ujarnya.

@4remark

masa ni fikir habis la aku.. tak mati, patah riuk..😂😂 pengalaman landing dan lipat payung statik atas bumbung rumah amoi… 🤭🤭 bagus rumah ada security alarm. tak tahu sape yg rakam time ni. alhamdulilah hidup lagi, lepas tu sambung terjun lagi…😂 just share pengalaman kejadian 2022. asas taktikal payung terjun statik Vat69 bersama Paskal dan UTK di Taiping.

♬ original sound – Lvibes

Tersasar Dari ‘Drop Zone’ Tetapi Tetap Terjun

Di ruangan komen, anggota tersebut menjelaskan bahawa dia telah terkejut sehingga termenung kira-kira dua minit selepas mendarat di atas bumbung rumah berkenaan.

Namun apabila seorang lelaki dipercayai penduduk setempat bertanyakan keadaannya, barulah dia segera bangun dan melipat payung terjunnya.

Apabila dinyatakan oleh seorang pengguna media sosial, dia mengesahkan bahawa dia merupakan penerjun terakhir dari kumpulannya.

Menurutnya, dia telah tersasar dari ‘drop zone’ (DZ) apabila anggota pertama telah lambat terjun.

Tuan Rumah Tidak Minta Ganti Rugi Bagi Bumbung Yang Rosak

Tambah anggota itu lagi, bumbung rumah tersebut turut hancur apabila sebelah kakinya telah masuk ke dalam.

Di samping itu, seorang individu turut bertanya siapakah yang akan menanggung kerugian sekiranya terjadi situasi seperti di atas sebelum diberitahu bahawa pihak pasukan terbabit yang akan membayar kerugian.

Namun bagi insiden di atas, tuan rumah yang berbangsa Cina tidak meminta sebarang ganti rugi. Dia sebaliknya berkata nyawa anggota tersebut lebih mahal dan dia boleh memanggil kawannya untuk membaiki bumbung yang rosak.

Orang Ramai Teruja Lihat Anggota VAT69 Komando Mendarat Atas Bumbung

Melihat situasi yang luar biasa itu, beberapa individu berkata mereka sering melihat latihan payung terjun. Ada yang berharap agar terdapat anggota yang tersasar hingga mendarat di depan rumah.

Ada juga yang berseloroh apa akan terjadi sekiranya mendarat hingga termasuk ke dalam tandas di sebuah rumah.

Malah, ada yang siap menyamakan situasi itu dengan drama Korea ‘Crash Landing On You’!

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial berkongsi kisah kenalan mereka mendarat di luar drop zone termasuk atas pokok rambutan, di kebun nanas, malah di atas motosikal yang sedang parkir di bendang!

Namun dalam keterujaan orang ramai melihat situasi tersebut, seorang wanita berkongsi bahawa arwah ayahnya yang merupakan bekas Komando VAT69 telah terkorban akibat kegagalan payung terjun kedua.

“Minta sedekahkan al-Fatihah pada ayah saya ya. Ex Komando VAT69, Idrus bin Johar,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anggota Polis Bayar Kos ‘Repair’ Lepas Tahan Motosikal 2 Kali Langgar Lampu Merah Kerana Brek Rosak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Polis Trafik Dipuji, Sanggup Berkaki Ayam Demi Bersihkan Longkang Tersumbat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd