Now Reading
[Video] Kelibat Bas Khas Hantar Anjing Pergi Sekolah Buat Ramai Teruja

[Video] Kelibat Bas Khas Hantar Anjing Pergi Sekolah Buat Ramai Teruja

Bas sekolah khas yang membawa seekor anjing itu telah membuatkan ramai terhibur serta cair melihat kecomelannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anjing merupakan salah satu binatang yang sering menjadi haiwan peliharaan. Namun kebiasaannya ia dibela oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Walau bagaimanapun, wajah dan sikap penyangnya sentiasa membuatkan hati orang ramai cair apabila melihat anjing.

Meskipun ia dilihat seperti garang namun anjing sama seperti kucing apabila sering menjadi peneman setia tuannya.

Bukan hanya itu, terdapat segelintir pemilik anjing turut menghantar haiwan peliharaan mereka ini ke sekolah khas untuk dididik.

Ada bas sekolah khas bawa anjing

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sebuah kenderaan khas membawa anjing yang meraih perhatian orang ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Atirah Khairuddin, awalnya kelihatan perakam berada di dalam kereta sedang menyusuri di sebuah jalan.

Namun sewaktu melalui jalan tersebut, terdapat sebuah kenderaan yang tertera ‘Bas Sekolah Anjing’ berwarna kuning mencuri perhatian Atirah.

Anjing duduk diam ketika dibawa menaiki bas

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Atirah rasa teruja melihatnya, malah turut kelihatan terdapat seekor anjing berwarna putih tompok coklat berada di dalam bas berkenaan.

Kelihatan anjing itu begitu baik dan dilihat duduk dengan diam sewaktu berada di dalam bas terbabit.

Atirah turut memaklumkan dia melihat bas anjing itu di sekitar kawasan berdekatan Hartamas, Kuala Lumpur.

https://www.tiktok.com/@atirahkhairuddin/video/7461617622551973128?_r=1&_t=ZS-8tGbr07kG8Y

Ramai teruja lihat anjing naik bas

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut teruja melihat bas tersebut malah ada yang mengatakan kebiasaannya bas itu dilihat berada di luar negara.

Tidak kurang juga yang mencadangkan mungkin selepas ini bas untuk kucing juga boleh diwujudkan.

Ada yang mengatakan sekolah anjing ada di dalam Malaysia dan ia akan dilatih untuk menjaga kawasan rumah.

“Anjing pun pergi sekolah. Budak-budak sekarang je malas pergi sekolah. Lepas tu habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dia buat macam dia pencen.”

“Nak juga hantar kucing, speech delay dah lama sangat ni hmm”

“Dekat Malaysia pun dah ada sekolah anjing, biasa tengook yang luar negara punya.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  Twitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd