Raih 1.6 Juta Tontonan, Momen Adik-beradik Tak Dapat Tahan Sebak Lepas Disuap Ibu Raih Perhatian
Menerusi video tular, ada di antara adik-beradik tersebut menitiskan air mata sebaik disuap oleh si ibu semasa hari keluarga sedang berlangsung.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ramai di kalangan masyarakat yang sangat rapat dengan ibu atau bapa yang banyak membesarkan mereka.
Namun apabila masing-masing sudah meningkat dewasa, mungkin si anak tidak lagi mempunyai waktu lapang yang banyak untuk bersama dengan orang tua. Kadangkala, bukan sengaja tidak mahu balik ke kampung untuk menziarahi, tetapi ada urusan kerja yang perlu diuruskan.
Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang untuk golongan anak mencari masa dan menganjurkan aktiviti menarik agar dapat menghabiskan masa dan ‘bonding’ bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan bersama ibu bapa tersayang.
Adik-beradik Beratur Tunggu Disuap Oleh Si Ibu
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@kebahagiaanaisyah7992) menyaksikan seorang wanita dikenali sebagai Aisyah bersama keluarganya yang lain sedang menyertai sebuah acara hari keluarga iaitu ‘Pok Mat Kari Family Day’.
Menerusi video perkongsian, kelihatan adik-beradik Aisyah sedang beratur dalam satu barisan panjang untuk menunggu giliran disuap oleh ibu tercinta.
Perkara yang menyentuh hati apabila melihat si ibu yang berusia 82 tahun itu menyuap anaknya makan brownies dengan sangat lemah-lembut. Sama seperti seorang mak yang menyuap anak kecilnya makan.
Walaupun adik-beradik Aisyah sudah meningkat dewasa, namun si ibu tidak berasa janggal dengan situasi tersebut.
Anak-anak Tak Dapat Tahan Sebak Disuap Ibu Tercinta
Lebih tersentuh apabila anak nombor tujuh yang memakai baju berwarna hijau turqoise dilihat menitiskan air mata sewaktu duduk berdepan dengan ibu kesayangan.
Mungkin si anak sudah lama tidak meluangkan masa bersama orang tua hingga menyebabkannya tidak dapat menahan sebak. Si anak juga tidak melepaskan peluang tersebut untuk memeluk dan meminta ampun daripada ibunya.
Beberapa anak yang lain juga tidak dapat menahan kesedihan dan menangis sambil disuap manisan tersebut.
“Suapan kasih seorang ibu yang melahirkan seramai 11 orang anak,” kata Aisyah di ruangan kapsyen.
Untuk info, hantaran ini telah mendapat perhatian ramai selepas meraih 1.6 juta tontonan setakat artikel ini ditulis (22 Januari).
@kebahagiaanaisyah7992 Suapan kasih seorang ibu yang melahirkan seramai 11 orang anak. PMK's Family Family Day PokMatKari #syukurselalu #tentangbahagia ♬ Ibu – Haddad Alwi
Baca Artikel Berkaitan: “Adik Sayang Mama” – Ucapan Terakhir Juruterbang Tragedi Pesawat Terhempas Di Elmina Buat Ibunya
Ramai Sebak Lihat Momen Menyentuh Hati Ibu Suap Anak Makan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak melihat aktiviti hari keluarga itu. Segelintir individu berpendapat suapan air tangan mak itu lain daripada lain dan boleh membuatkan anda beremosi.
“Walaupun mak aku tak sihat tapi kalau makan mesti aku nak kacau juga suruh suap sikit. Lain tau rasa kalau tangan mak kita yang suap. Aku tak tahu sampai bila boleh rasa benda tu, jadi aku minta hari-hari,” kata seorang wanita.
Malah, ramai juga meluahkan rasa terharu melihat si ibu yang masih melayan adik-beradik itu seperti mana mereka masih kecil.
“Walaupun anak-anak dah tua, mak nak suap kek pun masih penyet-penyetkan macam masa kecil-kecil 😭,” kata seorang pengguna TikTok.
Sementara itu, segelintir warganet yang sudah kehilangan ibu bapa juga meminta orang ramai untuk menghargai keberadaan orang tua selagi mereka masih berada di dunia ini.
“Untungnya bila ada seorang ibu. Aku rindu ibu aku, masakan dan kasih sayangnya. Rindu yang tiada penghujung. Yang mana masih ada ibu, jagalah ibumu baik-baik kerana syurga kita ada pada mereka,” kata seorang individu.
















Baca Artikel Berkaitan: “Cikgu Suruh Bagi Orang Yang Kita Sayang” – Anak Istimewa Beri Ibu Bunga Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bahagia Itu Sederhana” – Momen Keluarga Sambut Ulang Tahun Anak Di Parking Hospital Buat Ramai Sebak
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Surprise Bawa Kek Untuk Ibu Ketika Kerja Buat Orang Ramai Terharu
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.