“Hilang Selera Makan” – Shell Out Dihidang Guna Penyodok Buat Ramai Kembang Tekak
Menerusi video tular, kelihatan dua pekerja restoran sedang membawa hidangan Shell Out dari dapur ke meja makan menggunakan penyodok.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui, tatacara mengendalikan makanan di restoran perlu dititikberatkan bagi menjaga kebersihan serta keselamatan pelanggan.
Namun masih ramai yang tidak peka tentang perkara tersebut dan bertindak menggunakan bahan atau jenis peralatan yang tidak sesuai dalam bidang F&B (food and beverage).
Seperti sebelum ini, tular seorang peniaga wanita yang menggunakan sarung tangan berwarna kuning semasa proses penyediaan makanan. Jelas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sarung tangan yang dikhaskan untuk pencucian itu tidak selamat untuk pengendalian sebarang jenis juadah.
Baca Artikel Berkaitan: “Sarung Tangan Berwarna Kuning Untuk Pencucian, Tidak Sesuai Untuk Makanan” – KKM [Video]
Pekerja Hidang Shell Out Guna Penyodok
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@ajizah.dek.wo) menyaksikan pekerja-pekerja kedai makan sedang menghidangkan juadah Shell Out kepada para pelanggan dipercayai di sebuah restoran di Indonesia.
Kebiasaannya, lauk Shell Out yang banyak akan diletakkan dalam satu mangkuk yang besar sebelum dihidangkan atas meja para pelanggan. Namun lain pula kali ini.
Menerusi video perkongsian, kelihatan dua orang staf kedai sedang membawa Shell Out menggunakan penyodok. Ya, penyodok yang biasanya digunakan untuk mencedok tanah.
Difahamkan, mereka telah membawa juadah itu menggunakan kaedah sama dari dapur hingga sampai ke meja pelanggan. Perjalanan dari dapur itu juga agak jauh di mana pekerja-pekerja berkenaan perlu melalui jalan bertanah yang tidak disimen.

Lauk-pauk seafood itu kemudiannya dituang atas lapisan plastik yang terletak pada meja makan.
Untuk info, perkongsian ini mendapat sebanyak 1.4 juta jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis (22 Januari).
@ajizah.dek.wo sekop viral 🤣🤣🤣🤣🙏
♬ original sound – Tantowi Gilang – tantowigilang
Ramai Geli Nak Makan Shell Out Yang Disaji Guna Penyodok
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mempersoalkan cara kedai makan itu menghidangkan makanan kepada para pelanggan.
Ramai berkata mereka kembang tekak melihat makanan disaji menggunakan penyodok yang jelasnya bukan sejenis perkakas memasak.
“Barang yang diguna iaitu penyodok itu tak sesuai untuk letak makanan. Kegunaan dia untuk cedok pasir, tanah dan seumpamanya. Cat dia mungkin boleh luntur bila bahan panas diletakkan atas penyodok itu. Selebihnya fikirlah sendiri,” kata seorang wanita.
“Macam mana dia simpan penyodok tu nanti? Geli nak makan,” ujar seorang lagi individu.
Malah ramai juga meluahkan rasa bimbang melihat makanan yang dibawa dalam penyodok di persekitaran yang penuh dengan habuk dan debu tanah.
“Staf tu bawa hidangan dalam keadaan terbuka dan terdedah dengan persekitaran habuk dan makanan tu rendah (dekat dengan tanah) 😓,” kata seorang wanita.
Sementara itu, ramai juga berpendapat terdapat pelbagai lagi cara untuk mempromosikan kedai makan daripada menggunakan alat tidak bersesuaian tersebut.






















Peniaga Perlu Hadiri Kursus Pengendali Makanan
Untuk pengetahuan semua, setiap individu yang bekerja dalam industri makanan serta minuman di Malaysia seperti restoran, kafe, kantin sekolah dan bazar harus melengkapkan tiga perkara iaitu Kursus Pengendali Makanan, suntikan typhoid dan menjalani saringan kesihatan.
Vaksin anti-typhoid adalah satu kewajipan dalam golongan peniaga bagi mengelakkan penyakit demam kepialu daripada merebak.

Menerusi kursus yang dijalankan selama beberapa jam itu, bakal peniaga akan didedahkan dengan pelbagai ilmu mengenai kaedah betul bagi mengendali makanan buat pelanggan.
Ini termasuklah cara-cara menyediakan makanan, perkakas masakan yang sesuai, tempoh penyimpanan makanan dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Asal Boleh Masak Je Jual” – Chef Wan Dedah Ramai Peniaga Tak Tahu Cara Betul Kendali Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Ditegur Pakai Sarung Tangan, Konten Balas Dari Peniaga Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.