Now Reading
“Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

“Serious Best Tak Tipu” – Ramai Terinspirasi Dengan Tindakan Sedekah Makan Buat Gelandangan

Lelaki dikenali sebagai Uda bersama rakannya itu dilihat menghulurkan bantuan makanan serta minuman buat gelandangan sekitar Jalan Raja Musa Aziz, Perak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang Muslim, kita dididik supaya tidak berkira untuk berkongsi rezeki dengan individu yang lebih memerlukan daripada kita. Dengan cara itu, anda akan lebih mensyukuri nikmat diberikan Allah SWT selama ini.

Sebelum ini, beberapa pekerja dan pemilik kedai makan mendapat pujian selepas bertindak memberikan makanan kepada seorang lelaki yang dikatakan sudah tidak makan selama dua hari.

Meskipun ia hanya satu eksperimen sosial, namun tindakan mereka yang baik hati itu selayaknya menjadi contoh di kalangan masyarakat.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Eksperimen Sosial Lelaki Tak Makan 2 Hari, Ramai Individu Tampil Kongsi Rezeki

Sedekah Makanan Kepada Gelandangan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@dnsh30_) menunjukkan situasi menyentuh hati melibatkan seorang wanita dan lelaki dikenali sebagai Uda yang membantu golongan individu memerlukan sekitar Jalan Raja Musa Aziz, Perak.

Menerusi video perkongsian, kelihatan Uda bersama rakannya itu berkongsi rezeki dengan golongan gelandangan di kawasan tersebut sekitar jam 9 malam.

Dalam video berkenaan, kelihatan wanita itu sedang gigih menghulurkan bungkusan makanan berat dan sebotol air mineral kepada mereka.

Lebih membuatkan situasi itu sebak apabila ramai di antara golongan gelandangan yang tersenyum menerima bantuan berkenaan seolah-olah bersyukur dengan sikap baik hati Uda dan rakannya.

“Serius best tak tipu. Seronok tengok diorang happy,” jelas Uda.

Menurut Uda lagi, tindakan bersedekah kepada golongan memerlukan itu bersempena ulang tahun kelahirannya. Untuk info, juadah makanan itu disediakan untuk 30 pax.

“Terima kasih orang baik untuk hadiah yang penuh bermakna ni🥰🤍,” kata Uda di ruangan kapsyen.

https://www.tiktok.com/@dnsh30_/video/7461102412502142215

Ramai Ingin Lakukan Perkara Sama Ketika Birthday Tiba

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji tindakan Uda bersama rakan yang tidak berkira untuk menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan itu.

“Terima kasih bang bantu gelandangan di sana. Semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sihat selalu,” kata seorang pengguna TikTok.

Ada juga yang menyifatkan perbuatan bersedekah itu mampu membuatkan seseorang bahagia.

“Sama la. Tiap kali birthday ahli keluarga, saya akan masak dan bagi anak-anak di tadika makan. Ia satu keseronokan. Alhamdulillah,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga meluahkan hasrat untuk melakukan perkara sama iaitu bersedekah setiap kali menjelang hari ulang tahun kelahiran.

“Terima kasih kak beri saya idea untuk sambut birthday saya tahun ini. Semoga semua urusan saya masa birthday tu dipermudahkan,” kata seorang lelaki. .

Sumber: TikTok (@dnsh30_)

Sedekah Akan Tambahkan Rezeki Seseorang

Amalan bersedekah sesama manusia adalah satu perkara mulia tidak kiralah dari aspek wang, pakaian, makanan dan sebagainya. Bahkan, amalan bersedekah ini juga akan menambahkan lagi rezeki anda.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ”

Maksudnya: “Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”

[Riwayat Muslim (2588)]

Memetik perkongsian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berikut adalah antara kelebihan amalan bersedekah di sisi agama Islam:

  • Bukti keimanan hamba kepada Allah SWT.
  • Menghapuskan dosa seseorang.
  • Mendapat naungan di Hari Akhirat.
  • Menjauhkan seseorang daripada api neraka.
  • Masuk syurga melalui pintu sedekah.
  • Terselamat daripada musibah.
  • Ubat kepada sebarang penyakit.
  • Terlindung daripada kematian yang buruk.

Baca Artikel Berkaitan: TikToker Sedekah Duit Pada ‘Stranger’ Lepas Tahu Dia Solat 5 Waktu & Bangun Subuh

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Bayar Tapi Tak Ambil Seekor Pun..” – Pemuda Dipuji, ‘Beli’ Semua Ikan Dijual Peniaga Ini Siap Hulur Sumbangan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd