Now Reading
Ruang Komen IG UNIQLO Jadi Sasaran Bekas Pekerja Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Sistem Pengurusan

Ruang Komen IG UNIQLO Jadi Sasaran Bekas Pekerja Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Sistem Pengurusan

Kebanyakan netizen yang mengeluarkan komen pada sebuah hantaran UNIQLO Malaysia di Instagram mendakwa mereka adalah bekas pekerja yang ditindas oleh pengurusan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


[KEMASKINI]

UNIQLO dalam kenyataan kepada TRP menjelaskan bahawa mereka komited dalam memastikan tempat kerja yang adil, telus serta dihormati untuk semua pekerja.

Dalam pada itu, mereka turut mengambil serius sebarang maklum balas yang diterima daripada pekerja.


Hantaran Instagram UNIQLO Dibanjiri Luahan Tidak Puas Hati Dari Pekerja

Baru-baru ini, UNIQLO Malaysia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram (@uniqlomyofficial) yang mempromosikan jualan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi

Namun ruangan komen hantaran tersebut cukup mengejutkan kerana ia dibanjiri dengan pelbagai komen didakwa dari bekas pekerja-pekerja UNIQLO yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian kami, lebih 800 komen yang ditulis oleh pengguna media sosial di hantaran berkenaan setakat artikel ini ditulis.

Antara luahan yang dikongsikan oleh individu terlibat adalah seperti sistem cuti ‘Annual Leave’ yang tidak profesional apabila membatalkan cuti yang telah diluluskan.

“Saya dah mohon cuti AL tiga bulan sebelum. Saya dah beli tiket kapal terbang semua. Tapi seminggu sebelum tarikh tersebut tiba-tiba cuti saya ditarik balik dan mendakwa saya memohonnya secara ‘last minute’,” dakwa seorang pengguna.

Selain itu, ada di antara mereka yang mendakwa berlaku ketidakadilan dalam pengurusan untuk menaikkan pangkat pekerja selain dipercayai berlakunya ‘favouritism’ dalam kalangan staf.

“Lepas tu mereka naikkan pekerja yang menjadi kegemaran mereka sahaja walaupun kualiti kerjanya ‘hauk’,” luah salah seorang pekerja UNIQLO.

Pada masa yang sama, mereka turut mendakwa bahawa tiada ‘work life balance’ yang diamalkan dalam syarikat berkenaan meskipun gaji yang diberikan agak tinggi.

Sumber: Instagram @uniqlomyofficial

Sumber: Instagram @uniqlomyofficial
Sumber: Instagram @uniqlomyofficial
Sumber: Instagram @uniqlomyofficial
Sumber: Instagram @uniqlomyofficial
Sumber: Instagram @uniqlomyofficial

UNIQLO Belum Keluar Sebarang Kenyataan

Isu ini dilihat telah mendapat perhatian ramai dan pastinya ia turut disedari oleh pihak UNIQLO Malaysia itu sendiri.

Team TRP telah menghubungi pihak UNIQLO Malaysia dan kami juga sedang menunggu kenyataan rasmi mereka berhubung isu ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd