Now Reading
“Kena Alert Jadi Pengajaran” – Aksi Si Kecil Tahan Pintu Automatik Kaca Hingga Pecah Undang Pelbagai Reaksi

“Kena Alert Jadi Pengajaran” – Aksi Si Kecil Tahan Pintu Automatik Kaca Hingga Pecah Undang Pelbagai Reaksi

Insiden pintu automatik kaca yang pecah itu berlaku di pasaraya Mydin, Gong Badak di Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui kanak-kanak mempunyai ragam mereka tersendiri dan segelintir daripada mereka agak nakal memandangkan mereka tidak mampu lagi untuk berfikiran secara matang seperti golongan dewasa.

Namun apa yang anda boleh lakukan sebagai seorang ibu bapa adalah memantau dan menasihati si kecil jika mereka membuat hal dan melakukan perkara tidak sepatutnya di tempat awam.

Hal ini kerana tingkah laku kanak-kanak yang tidak terkawal mampu mengundang bahaya bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga orang lain yang berada di sekeliling.

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Tolong Jaga Anak” – Kanak-kanak Mandi Laut Walau Ombak Kuat Buat Ramai Bimbang

Pintu Automatik Kaca Pasar Raya Pecah Ditahan Kanak-kanak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@NadiahMohdNor) menyaksikan detik cemas yang berlaku di pasar raya Mydin Gong Badak di Terengganu.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsi, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang menahan pintu automatik kaca di laluan masuk pasar raya berkenaan.

Aksi tersebut mengundang padah apabila pintu yang ditahan itu secara tiba-tiba pecah. Serpihan-serpihan kaca tersebut pula dilihat terjatuh pada si kecil dan lantai pasar raya itu.

Difahamkan kaca itu pecah akibat tekanan tahanan yang kuat. Terkejut dengan perkara yang berlaku, kanak-kanak berkenaan kemudian dengan pantas berlari mencari ibu bapanya.

“Bertahun aku kerja Mydin. Ni baru ada kes. Mana la mak dia masa ni eh?” tanya Nadiah.

@nadiahmakeup97 Bertahun aku kje mydin , ni baru ad kes , mane la mok dia mase ni eh #fyp #mydin #gongbadakterengganu ♬ original sound – NadiahMohdNor

Kanak-kanak Dikejarkan Ke Hospital

Dalam satu hantaran lain, kelihatan orang ramai termasuk pihak pengurusan sedang berkumpul untuk meninjau perkara yang berlaku di lokasi kejadian.

Susulan itu, kanak-kanak terbabit dipercayai mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber: TikTok (@NadiahMohdNor)

“Bila dah jadi macam ni nak salahkan siapa? Anak ke ibu bapa? Anak kecil kalau larang main benda-benda bahaya mungkin dia dengar. Semoga baik-baik sahaja budak tadi 😥,” kata Nadiah di ruangan kapsyen.

@nadiahmakeup97 Bila dah jadi mcm ni nk salahkan siapa? Anak ke ibu bapa? , anak kecil kalau larang main bnde2 bahaya mungkin dia dngr , semoga baik2 sahaja budak tadi 😥 #fyp✨シ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo🥀✨ #fyp #mydin #ganu #gongbadakterengganu ♬ suara asli – dimás

Ramai Minta Ibu Bapa Awasi Kanak-kanak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan kanak-kanak itu.

“Adik tu okay tak? Risaunya kaca masuk mata😭,” kata seorang wanita.

Ramai juga berkata perkata itu berlaku kerana sifat ingin tahu yang terlalu kuat oleh golongan anak kecil yang masih membesar.

“Budak ni bijak. Curiosity dia tinggi. Tapi mak bapak tak peka anak kecil dia main situ. Bahaya,” ujar seorang lelaki.

Sementara itu, ramai juga memberi peringatan kepada golongan ibu bapa untuk sentiasa cakna tentang aktiviti dan kelakuan anak semasa berada di luar rumah.

“Sebagai ibu bapa, kadang-kadang terlepas pandang dengan anak. Tapi tak boleh sampai terus tak pandang anak tu dekat mana. Kalau saya memang takut anak main dekat dengan pintu automatik, lif dan eskalator. Otak ni auto fikir bukan-bukan,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@NadiahMohdNor)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Tegur Individu ‘Judge’ Ibu Bapa Kerana Anak Buat Hal Di Tempat Awam Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: “Bagus Tegur Dari Awal” – Bapa Tegas Didik Anak Solat Raih Perhatian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd