[Video] Peniaga Mengadu Gerai Tengah Jalan Diserbu MBPP Raih Kecaman Ramai
Difahamkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah menyerbu gerai terbabit yang dibuka di atas jalan raya dan menarik kereta milik peniaga.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kebelakangan ini, gerai menjual makanan di tepi jalan seolah-olah menjadi satu trend sehingga dikerumuni orang ramai.
Malah, ada yang sanggup beratur sehingga berjam lamanya demi mendapatkan makanan viral berkenaan.
Lebih menyukarkan keadaan apabila tindakan pelanggan beratur di gerai terbabit sehingga menyebabkan kawasan tersebut sesak.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sanggup Beratur Dalam Hujan Untuk Makanan Viral, Tindakan Pelanggan Raih Kritikan Netizen
Baca Artikel Berkaitan: Disoal Mengenai Suntikan Typhoid, Respon Peniaga Kedai Viral Bikin Ramai Geram
Peniaga Bukan Gerai Di Tengah Jalan
Salah satu contoh yang menyebabkan keadaan sedemikian adalah apabila peniaga membuka sebuah gerai makan di hadapan Queensbay Waterfront (Q1) di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Melihat kepada video yang dikongsi oleh peniaga, gerai berkenaan bukanlah dibuka di kaki lima tetapi sebaliknya di atas jalan raya.
Sebuah kereta yang digunakan bagi perniagaan tersebut turut dilihat diparkir di tepi jalan.
Keadaan itu sehingga menyebabkan dua laluan jalan raya terhalang oleh kenderaan yang berhenti demi membeli makanan yang dijual.
MBPP Serbu Gerai, Tarik Kereta Peniaga
Berdasarkan video tersebut, dapat dilihat gerai yang menjual mi segera, ayam goreng dan minuman itu diserbu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) baru-baru ini.
Sebuah kereta dipercayai milik peniaga tersebut juga kelihatan telah ditarik.
“Kami jual makanan, bukan dadah nak ambush macam tu,” luah peniaga wanita berkenaan.
Dia turut mendakwa bahawa pihak MBPP telah menggunakan kekerasan terhadap mereka.
Ramai Kecam Peniaga Buka Gerai Di Tengah Jalan
Tindakan peniaga terbabit yang membuka gerai di tengah jalan dan seolah-olah menyalahkan pihak berkuasa telah menerima kritikan orang ramai.
Mereka mempersoalkan tindakan membuka gerai di atas jalan raya dan turut berseloroh menanyakan mengapa tidak berniaga di depan tol atau di tengah lebuhraya yang pastinya lebih berbahaya.
Ada juga yang menjelaskan bahawa tindakan tersebut boleh mengancam keselamatan sekiranya terdapat lori yang mengalami masalah brek ketika melalui kawasan berkenaan.
Beberapa individu turut bertanya sama ada peniaga terbabit mempunyai permit dan telah mendaftarkan perniagaannya.
“Kerajaan dari dulu sampai sekarang bagi skim pinjaman untuk perniagaan tapi tak peduli,” jelas seorang pengguna media sosial.




George Town Bandar Paling Sesak Di Malaysia
Laporan tahunan Tomtom sebelum ini menobatkan George Town yang terletak di Pulau Pinang sebagai Bandar Paling Sesak Di Malaysia Tahun 2024.
Kadar kesesakan di George Town mencecah 40%, menyebabkan pemandu terpaksa mengambil masa 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer.
Oleh itu apabila ada kesesakan yang disebabkan oleh gerai makan di tepi jalan, sudah tentu perkara ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penduduk setempat yang akan melaporkan perkara itu.
Dalam masa sama, Pulau Pinang juga disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh destinasi terbaik untuk dilawati di Asia Tenggara.
Keadaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah pelancong, sekaligus menyebabkan lebih banyak kesesakan di bandar kecil itu.
Baca Artikel Berkaitan: George Town Dinobat Sebagai Bandar Paling Sesak Di Malaysia, KL Pun Kalah!
Baca Artikel Berkaitan: Pulau Pinang Antara 7 Destinasi Terbaik Untuk Dilawati Di Asia Tenggara
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.