[Video] Pemandu Kongsi Detik Cemas Kereta Digoncang Gajah Raih Pelbagai Reaksi Orang Ramai
Kereta itu dilihat bergoyang selepas kawanan gajah cuba menggoncangnya menggunakan belalai mereka.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan kewujudan haiwan liar di kawasan terbuka yang kerap kali dilihat sejak kebelakangan ini membuatkan orang ramai mula timbul rasa takut dan bimbang dengan keselamatan mereka.
Ini kerana pernah berlaku kes maut apabila seorang lelaki meninggal dunia selepas dilambung dan dipijak seekor gajah di Mersing, Johor.
Selain ular, monyet, harimau belang dan gajah juga antara binatang yang seringkali tiba-tiba muncul di jalan raya dan kawasan terbuka.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Beranak Lalui Detik Cemas, Gajah Rempuh Kereta Di Atas Lebuh Raya
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gajah Ceroboh Masuk Stor Makanan Kem Tentera Di Ipoh, Perak
Baca Artikel Berkaitan: “Terdapat Pendarahan Di Kepala” – Pelajar Sekolah Parah, Motosikal Ditunggangi Terlanggar Gajah
Sekumpulan Gajah ‘Goncang’ Kereta Pemandu Di Lebuh Raya
Baru-baru ini menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@hakimzulkiflii), sebuah keluarga berdepan detik mencemaskan apabila kereta yang dinaiki mereka telah dihampiri sekumpulan gajah ketika melalui Lebuhraya Timur Barat Gerik–Jeli.
Dalam video tersebut, haiwan-haiwan itu cuba untuk melintasi jalan tetapi beberapa ekor gajah pula dilihat mendekati kenderaan pemilik video dan mula menggoncangkan kereta terbabit
Kalau anda lihat rakaman dashcam yang dikongsikan itu, memang boleh nampak yang kereta mereka sedang bergoyang ketika cuba digerakkan oleh kumpulan gajah tersebut.
Kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu (18 Januari) itu walau bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kecederaan kepada pemilik video dan keluarganya.
Video berkenaan telah mendapat perhatian ramai sehingga meraih 1.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Gajah Goyang Kereta
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi selepas melihat situasi di mana sekumpulan gajah dikatakan cuba untuk menggoncangkan kereta itu.
Meskipun ia merupakan satu detik yang cukup mencemaskan, tetapi sesetengah pengguna media sosial menganggap video tersebut pastinya akan menjadi kenangan yang paling tidak dapat dilupakan.
“Video ni mahal sebenarnya, kenangan,” ujar netizen.
Malah, ada juga yang sempat bergurau kononnya gajah-gajah itu hanya mahu mengusik mereka sekeluarga sebelum beransur ke tempat lain.
Pada masa yang sama, beberapa pengguna TikTok juga tertanya-tanya apa yang berlaku dilakukan sekiranya berdepan dengan detik sama di jalan raya.
Seorang netizen tampil dengan pendapatnya agar pemandu meletakkan gear di butang P dan menarik brek sebelum mematikan enjin serta lampu kerana mendakwa gajah agak sensitif dengan bunyi.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.