“Malaysia Juga Yang Best” – Kaki Travel Kongsi Kenapa Lagi Suka Malaysia Berbanding Negara Lain
Ternyata Malaysia mempunyai banyak kelebihan tersendiri berbanding di luar negara seperti pilihan makanan dan harga minyak yang murah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila pergi melancong atau menetap di luar negara, mesti anda akan perasan terdapat beberapa perbezaan terutamanya gaya kehidupan masyarakat tempatan di sana.
Ini kerana budaya di setiap negara tidak sama seperti mana yang kita selalu amalkan di Malaysia.
Walaupun ramai yang berpendapat ada banyak benda best di luar negara tetapi bak kata pepatah ‘hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri’.
Rakyat Malaysia Akui Negara Asal Juga Yang Tetap Di Hati
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@injang_nation), pengguna media sosial ini mengajukan soalan kepada mereka yang sering ke luar negara dan bertanya jika pernah berdepan situasi di mana mereka lebih menghargai Malaysia berbanding negara yang dilawati.
For those yang selalu travel ke luar negara, apa benda yang hampa pernah encounter dan rasa “oh kat negara aku jauh lagi bagus la kalau compare pasai benda ni”
— Injang (@Injang_Nation) January 18, 2025
Ini adalah open thread “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri…”
Boleh dikatakan ramai juga yang teringatkan Malaysia apabila berhadapan dengan situasi yang kurang digemari di luar Malaysia.
Antaranya melibatkan beberapa perkara seperti berikut:
#1. Bidet Tandas
Walaupun hanyalah sekadar bidet, tapi tanpa alat ini di tandas, memang tak tenang ya nak ‘membuang’. Kalau tak melunaskan ‘hajat’ tersebut, nanti nak berjalan pun tak seronok.
Kebiasaannya negara yang tidak menyediakan bidet, mereka hanya menyediakan tisu sahaja di dalam tandas.
Bagi sesetengah individu, mereka akan membawa bidet mudah alih atau botol kosong dan mengisi air paip di sinki tandas sebelum dibawa masuk.



#2. Suhu
Suhu dan kelembapan di Malaysia memang tiada tandingannya walaupun tiada musim empat cuaca seperti di negara-negara Eropah.
Untung sungguh Malaysia berada di garisan Khatulistiwa. Tak perlu beli jaket tebal-tebal untuk musim sejuk. Kalau menggigil sebab hujan lama, cukup pakai sweater biasa pun okey.
Selain itu, kulit pun tak cepat meragam bila ada cuaca yang stabil di negara kita. Bila berpuasa pula, tidaklah terlalu lama sehingga berbelas jam seperti mana yang dihadapi oleh penduduk Barat.
Bahkan waktu solat juga tidak jauh berbeza, baik awal tahun mahupun hujung tahun.



#3. Kebersihan
Aspek kebersihan adalah antara perkara yang paling dititikberatkan terutamanya di kawasan kaki lima, tandas, kedai makan dan sebagainya.
Kalau anda melancong ke negara lain seperti Paris, India dan Myanmar, jangan terkejut kalau anda tiba-tiba nampak orang selamba buang air kecil di kaki lima tanpa rasa segan.
Etika yang kurang beradab itu membuatkan sesetengah kawasan juga berbau hancing. Terus rasa nak sembur minyak wangi pada satu badan!
Bersyukur sungguh kebanyakan orang Malaysia beradab dan tak buat perangai sedemikian.



#4. Sistem Pembayaran
Di era kemodenan ini, percaya atau tidak masih ada negara yang jauh ketinggalan dalam bab sistem pembayaran kerana mereka masih menggunakan wang tunai untuk membuat pembayaran.
Sesetengah netizen berkongsi pengalaman mereka apabila melancong ke sebuah negara dan tidak menyangkan premis yang dikunjungi mereka itu tidak menyediakan pembayaran selain dari wang tunai.



#5. Waktu Operasi Premis
Di luar negara, rata-rata premis mereka menamatkan operasi harian sebelum matahari terbenam. Di sesetengah negara, malam mereka seakan-akan ‘mati’ kerana banyak kedai tutup awal.
Berbeza betul dengan Malaysia.
Kalau tiba-tiba lapar pukul 3 pagi sekalipun, masih ada kedai makan yang bukak. Tak lain tak bukan, mestilah kedai mamak? Order roti canai dengan teh ais pun dah cukup.



#6. Harga Minyak
Subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan adalah satu nikmat yang cukup besar buat rakyat Malaysia.
Tahu tak, harga minyak di luar negara memang cekik darah. Jadi tidak hairanlah ramai penduduk mereka yang lebih memilih untuk berbasikal, berjalan kaki atau menaiki pengangkutan awam.
Baca Artikel Berkaitan: Rhyss William Banding Harga Petrol Di Malaysia & UK, Luah Rasa Syukur Tinggal Di Sini



#7. Sistem Kesihatan
Satu lagi perkara yang membuatkan Malaysia masih menjadi ‘juara’ di hati masyarakat adalah kerana sistem kesihatannya yang jauh lebih murah dan mudah untuk diakses berbanding di luar negara.
Di luar negara, kebanyakan hospital dan klinik memerlukan pesakit untuk membuat temu janji terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk berjumpa dengan doktor.
Kalau di Malaysia, tak ada masalah kalau nak ‘walk-in’. Beza kan? Harganya tak perlu cakaplah, memang mahal!



#8. Makanan
Pergilah mana-mana sekalipun, memang tak boleh lawan variasi makanan yang ada di Malaysia.
Nasi lemak, roti canai, nasi ayam, toppoki, sushi, pizza, nasi arab, shawrma, semuanya ada. Tak peliklah kenapa Malaysia digelar sebagai ‘syurga makanan’.
Malah, harganya juga berpatutan dan tidaklah terlalu mahal.



#9. Pengangkutan
Pada masa yang sama, ada juga yang turut membandingkan pengangkutan awam di Malaysia yang katanya jauh lebih baik dari segi fasilitinya.
Kalau anda perasan, banyak ya mat saleh yang buat video teruja dapat naik MRT dan LRT di Malaysia kerana lebih moden daripada di negara mereka.

Konklusinya, ramai rupanya rakyat Malaysia akan tetap pilih negara mereka sendiri walaupun banyak tempat best di negara-negara lain.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Paling Disayangi Di Asia
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Tersenarai Sebagai Negara Ke-10 Dunia Yang Paling Patriotik, Singapura Pun Kalah!
Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Dinobatkan Sebagai Bandar Paling Mesra Di Asia
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.