“Ladang Pahala Allah Sediakan” – Ramai Tersentuh Lihat Lelaki Ikhlas Jaga Bapa Uzur
Menerusi video tular, kelihatan anak lelaki dikenali sebagai Sir Zahir itu sedang menemani si bapa yang berkerusi roda membersihkan dirinya di tandas sebuah kedai makan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila sudah meningkat dewasa, kita boleh lihat ibu bapa yang banyak berkorban untuk kita juga meningkat usianya. Ada yang masih diberi kekuatan fizikal, namun ada segelintir yang sudah uzur sehinggakan mereka memerlukan bantuan orang lain.
Sebagai seorang anak yang soleh dan solehah, ramai di kalangan masyarakat yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi menjaga orang tua di rumah. Seperti sebelum ini, seorang lelaki mengambil keputusan untuk berhenti kerja semata-mata kerana mahu menjaga ibunya yang sedang sakit.
Jelas lelaki dikenali sebagai Alif itu, meninggalkan kerjaya korporat adalah keputusan paling sukar tetapi pada masa sama ia adalah yang terbaik pernah dilakukan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Sanggup Berhenti Kerja, Niat Jaga Ibu Uzur Sepenuh Masa
Anak Lelaki Gigih Jaga Bapa Uzur
Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang pensyarah lelaki dikenali sebagai Sir Zahir (@zahir_alauddin) berkongsi kehidupan sehariannya menjaga ayah tercinta yang kini sudah uzur.
Menerusi video perkongsian, kelihatan bapa yang berkerusi roda itu mengajak Sir Zahir untuk bersarapan di kedai makan sekitar Ampang, Kuala Lumpur. Walaupun lelaki berkenaan berkata dia agak risau untuk membawa si bapa keluar, dia tetap memenuhi hasrat orang tuanya itu.
Tibanya di sana, si bapa dilihat sedang duduk sambil berdiam diri seolah-olah berasa tidak selesa tentang sesuatu. Tidak lama selepas itu, bapanya berkata dia terbuang air besar dan meminta untuk dibawa ke tandas.
Sir Zahir kemudian terus membawa si bapa ke tandas untuk mencuci apa-apa yang perlu. Meskipun perlu menolak kerusi roda tersebut, tetapi si anak tidak berkira untuk membantu ayahnya.
“Bukan senang, tapi bukanlah susah mana pun ❤️,” kata Sir Zahir.
Jaga Bapa Seperti Uruskan Anak Kecil
Jelas Sir Zahir lagi, tanggungjawab berbakti kepada bapanya itu seolah-olah terasa seperti menjaga anak kecil yang baru membesar.
“Lebih kurang macam uruskan anak-anak kecil kita je,” tambah anak lelaki berkenaan di ruangan kapsyen.
Lelaki itu dalam ruangan komen turut mengajak orang ramai khususnya golongan anak untuk sentiasa berbuat baik dan menolong ibu bapa sehinggalah hari tua mereka.
@zahir_alauddin Lebih kurang macam uruskan anak2 kecil kita jer #lecturerlife #universitylife #fatherson #unipurple #uitmdihatiku #foryoupagе #foryou #fyp ♬ 오리지널 사운드 – soundtrack_of_life_ – 삶의 사운드트랙
Ramai Sebak Lihat Si Anak Gigih Jaga Bapa Sakit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sebak selain terharu melihat si anak yang tidak berkira menjaga bapa yang sudah uzur itu.
“Syurga buatmu bang, gunalah masa yg kejap ni untuk berbakti sepenuhnya🥰,” kata seorang pengguna TikTok.
Malah ramai juga berkongsi pengalaman mereka menjaga ibu bapa sakit pada ketika ini.
“Saya menangis sebab inilah yang saya lalui sekarang. Saya rancang untuk berhenti kerja atau ambil cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya sebulan. Doakan bapa saya cepat sembuh. Sejujurnya (saya) kuat sebab tak nak dia risau je,” ujar seorang wanita.
“Saya pun dapat rezeki merasa jaga emak sakit. Memang kena tahan diri, banyak kali pesan kat diri sendiri, ‘Emak boleh jaga kau masa kecil-kecil sampai besar, kau mesti boleh juga jaga mak yang mcm baby sekarang,'” kata seorang lagi wanita.
Sementara itu, ramai juga mendoakan agar Sir Zahir sentiasa kuat dan tindakannya menjaga si bapa itu dikurniakan ganjaran pahala disisi-Nya.













Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Tak Semua Mampu Macam Abang”- Anak Lelaki Jaga Ayah Lumpuh Undang Sebak
Baca Artikel Berkaitan: Jaga Bapa Sakit Di HRPB, Wanita Maut Tertidur Dalam Kereta Berkunci
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram