[Video] Ramai Puji Murid Gigih Jual Keychain, Cari Modal Sediakan Choco Jar Untuk Jamuan Kelas
Jelas si ibu, anak sulungnya tidak meminta menyediakan snek choco jar untuk jamuan kelas itu kerana faham tentang masalah kewangan dihadapi oleh orang tuanya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap kali sudah sampai akhir tahun, sudah tentu sekolah akan menganjurkan pelbagai acara untuk para murid. Antara aktiviti paling ditunggu-tunggu oleh anak kecil ini adalah jamuan kelas besar-besaran.
Waktu itulah kanak-kanak ini akan teruja bagi merasa makanan dan juadah disediakan golongan ibu bapa buat rakan-rakan sekelas yang lain. Kadangkala, ada yang siap bawa bekas dari rumah untuk bawa lebihan makanan dari jamuan itu.
Kebiasaannya, penyediaan makanan bukan satu paksaan dan merupakan ihsan ibu bapa itu sendiri. Namun segelintir pelajar akan berasa agak terkilan jika tidak dapat berkongsi rezeki dengan rakan yang lain.
Kanak-kanak Perempuan Sediakan Makanan Jamuan Guna Duit Sendiri
Baru-baru ini, tular satu hantaran menyentuh hati di laman TikTok (@sweetnazya1) menyaksikan seorang kanak-kanak perempuan sedang menyediakan snek buat rakan sekelas bersempena dengan anjuran jamuan akhir tahun.
Perkara yang mencuri perhatian adalah modal untuk menyediakan snek choco jar mini itu merupakan hasil titik peluh anak sulung itu sendiri.
Jelas si ibu dikenali sebagai Nazya, dia pada awalnya tidak meletakkan nama dalam senarai ibu bapa yang menyediakan makanan untuk jamuan tersebut. Hal ini kerana dia tidak mempunyai simpanan mencukupi bagi menyediakan juadah yang banyak untuk rakan sekelas anak sulungnya itu.
Namun disebabkan rakan-rakan yang lain menyediakan sesuatu, kanak-kanak perempuan berkenaan juga teringin melakukan perkara sama dan berusaha keras bagi mengumpul modal untuk jamuan terbabit.
Jual Keychain Untuk Kumpul Duit Sediakan Snek Jamuan Kelas
Nazya meluahkan rasa terkejut dan terharu selepas mengetahui si kecil bertindak menjual keychain secara senyap-senyap dan menggunakan hasil tersebut untuk menyediakan snek berkenaan.
Murid perempuan itu juga dikatakan sanggup tidur lewat kerana membuat keychain.
“Lima hari lepas cikgu bagi tahu nak buat jamuan, saya dapat tahu dia jual keychain Gooka. Dia simpan duit tu dan dapat la hasil menjual. Terus dia pergi beli barang nak buat tu. Bekas pun comel je sebab modal kecil🥺.
“Kakak, terima kasih. Kita susah-susah dulu kakak. percayalah tak lama lagi Allah bagi kita pula merasa senang,” luah si ibu.
Nazya bagaimanapun menegaskan bahawa guru kelas tidak memaksa untuk membawa makanan tetapi ia merupakan inisiatif anaknya sendiri.
Ibu Syukur Anak Faham Keadaan Kewangan Ibu Bapa
Nazya dalam masa sama berterima kasih kepada anak sulungnya kerana sentiasa memahami situasi ibu bapa yang agak susah dari segi kewangan.
“Kita tak kaya duit tapi kita kaya kasih sayang. Alhamdulillah sangat. Mama bersyukur sebab anak-anak mama faham keadaan.
“Nak makan itu ini, bila mama kata nanti, dia okay je. Nak pergi jalan sana sini bila mama kata tak ada rezeki lagi, tak pernah melawan. Syukur sangat,” tambah si ibu.
@sweetnazya1 Kepada Guru Kelas Anak2 sy yg lihat vtt ni..Maaf d atas kekurngn kami utk jamuan sekolah esok. ikutkan sy xnk letak nama sbb sy xda modal nk bt.memng btul2 xda.bkn lawak2 🥺.Tp anak sy yg ni dy nk bt sbb smua nama kwn2 ada katanya..dn dy tkut cikgu kta kat mama sma,dy yg buh nama dlm gp.. 5 hari lpas cikgu bgtaw nk bt jamuan.sy tataw dy mnjual keychain gooka yg acik kt tiktok ni beli utk dy dlu..dy impun duit tu dn dpt la kt dy hasil mnjual. trus dy p bli brng nk bt tu. Bekas pun comel ja laa sbb modal kecik🥺.. Kakak.. Terima kasih 🥺..kita susah2 dlu kakak. percayalaa xlama lagi Allah bg kita plak merasa senng.. Ujian Allah bg kt kita xlama. sat ja.. smpai masa giliran kita lak Allah bg snyum happy😊.. sy taw dlm ni ad brapa org yg knal anak sy sbb sklh anak kita skli. seandainya skls. maafkan kami ya kalau ap yg kmi bt ni x sdp dn kurng🙏..kakak… bila kita xda duit, xda mknn… mama ngn papa akan redah bakau , redah sungai utk mncari mknn bt kita skluarga.. Bila sekolah bt apa2. kakak lak brusaha bt mxm2 .. Terima kasih krn saling memahami. . 😊. Allah uji kita sbb Allah syg kak.. Kita xkaya duit tp kita kaya kasih syg..Alhamdulillah sgt.Mama bsyukur sbb anak2 mama paham keadaan..nk mkn itu bila mama kata nt ,okeyy ja.nk p jln sana sini bila mama kta xda rezeki g.xpnh mlawan.syukur sgt..🥰.. #fyp #ujianhidup #kisahhidup #fypシ #waqiwaqiah92 #story #portlucksekolah #jamuansekolah ♬ suara asli – VIONA86
Ramai Puji Kanak-kanak Gigih Cari Duit Sendiri
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji murid perempuan itu kerana pandai berdikari tanpa mengharapkan bantuan ibu bapanya.
“Bagus anak puan. Dia seorang yang berani berdikari berusaha sendiri untuk nampak sempurna di mata kawan-kawan 🥰. Anak macam ni pasti akan berjaya satu hari nanti,” kata seorang wanita.
Malah ramai juga berhasrat untuk membantu dengan menyokong bisnes kecil-kecilan yang dilakukan oleh murid perempuan tersebut.
Sementara itu, ramai juga tersentuh dengan niat si kecil yang mahu menyediakan juadah jamuan kerana mahu mengelak mana-mana pihak mengata tentang ibu dan ayah.
“Sayang, bagus sangat awak ni. Tak mahu orang kutuk-kutuk ibu awak, sanggup usahakan sesuatu. Biar ada, dari tak ada langsung. Semoga awak membesar jadi anak yang solehah dan berjaya,” kata seorang individu.












Baca Artikel Berkaitan: “Kesian Dia Nampak Lemah” – Kanak-kanak Jual Jagung Ketika Demam Buat Ramai Hiba
Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak 9 Tahun Guna Duit Raya Belikan Cincin Emas Untuk Ibu [Video]
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Remaja Gigih Tolong Ibu Berniaga Untuk Beli Telefon
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram