Tour Guide Minta 20% Komisen Bawa Pelancong Asing Makan Durian, Ini Respon Win Pemilik Kedai
Pemandu pelancong itu menyifatkan pemilik premis durian tersebut sebagai kedekut dan membandingkan dengan 20% komisen yang diterimanya ketika membawa pelancong di Johor Bahru.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda perasan, sesetengah peniaga akan memberikan harga yang berbeza kepada pelancong asing iaitu lebih mahal berbanding kebiasaannya demi meraih lebih banyak keuntungan.
Selalunya situasi ini akan berlaku di kawasan tumpuan pelancong asing seperti Batu Feringghi, KLCC, Jonker Street, Batu Caves dan sebagainya.
Tetapi anda rasa patut ke ada perbezaan harga sedemikian?
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja & Puji Tour Guide Dari Sabah Fasih Berbahasa Itali [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Tour Guide’ Kongsi Pengalaman Kurang Senang Ketika Bawa Pelancong Malaysia Ke Paris
Pemandu Pelancong Minta Komisen 20% Dari Peniaga Durian Selepas Bawa Pelancong Asing Sebagai Pelanggan
Berbicara tentang kehadiran pelancong asing, baru-baru ini seorang pemandu pelancong telah menggunakan alasan tersebut untuk mendapatkan keuntungan peribadi daripada hasil jualan peniaga.
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook Malacca Durian Heng, pengusaha kedai durian di Melaka berkongsi satu komen dari seorang pemandu pelancong yang mendakwa premis berkenaan tidak mahu memberikan komisen kerana membawa pelancong makan di kedai berkenaan.
Malah, ‘tour guide’ itu turut menyifatkan pemilik premis durian tersebut sebagai kedekut dan membandingkan dengan 20% komisen yang diterimanya ketika berada di Johor Bahru.

Ini Respon ‘Pedas’ Dari Pemilik Malacca Durian Heng
Premis durian tersebut kemudiannya dilihat memberi respon kepada komen pemandu pelancong tersebut dengan menjelaskan bahawa harga yang diberikan kepada semua pelanggannya adalah sama sahaja.
“Durian Heng praktis bagi harga sama untuk orang tempatan dan pelancong. Jika nak 20%, minta maaf margin kita tak tinggi begitu,” katanya.
Tambah premis itu lagi, mereka tidak mahu menaikkan harga sesuka hati kerana menganggap perkara itu adalah berdosa.
“Kedai saya orang mana-mana pun datang kita tetap bagi harga sama ya, tak ada mark up takut dosa,” ujar Malacca Durian Heng.
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Ragam Pemandu Pelancong Ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang berbeza selepas mengetahui isu yang berlaku di antara peniaga durian ini dan seorang pemandu pelancong.
Sesetengah pengguna media sosial berpendapat amalan meminta komisen seperti ‘tour guide’ tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh merosakkan industri perniagaan serta pelancongan.
“Orang macam ni cukup-cukup bahaya, ini namanya pengemis rasuah,” kata netizen.
Namun ada juga pengguna Facebook yang mendakwa pemberian komisen ini juga diamalkan oleh segelintir peniaga di Pulau Pinang bagi menghargai pemandu pelancong yang membawa ramai pelanggan ke premis mereka.
Sementara itu, netizen juga sempat berseloroh kononnya ‘tour guide’ itu mahukan durian premium secara percuma.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.