“Macam Hutan” – Lelaki Berang Rumah Ditinggalkan Dengan Longgokan Sampah & Sewa Tak Bayar
Menurut tuan rumah dikenali sebagai Ali, penyewa telah meninggalkan kediaman di Kuantan itu tanpa membayar hutang tunggakan serta longgokan sampah sarap yang banyak.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada masa kini, semakin banyak rumah sewa boleh didapati di setiap kawasan perumahan. Pun begitu, masih ramai di kalangan penyewa yang tidak bertanggungjawab dan mengabaikan kediaman yang dihuni.
Seperti sebelum ini, seorang lelaki tertekan melihat rumah sewa ditinggalkan dalam keadaan yang usang dan kotor. Dalam video tersebut, kelihatan barangan serta sampah sarap bertaburan di atas lantai seolah-olah rumah itu langsung tidak dibersihkan selama ini.
Tiada satu ruangan pun di dalam rumah itu yang dilihat bersih dan terjaga. Sampah, sisa makanan, minyak masak, pakaian, basikal, mop lantai, pisau, kuali masak, semuanya ada.
Baca Artikel Berkaitan: “Penyewaku Dari Lubang Neraka” – Lelaki Stres Lihat Rumah Ditinggalkan Kotor Dengan Sampah Menimbun
Penyewa Rumah Tinggalkan Rumah Tak Terurus, Penuh Sampah Sarap
Baru-baru ini tular satu hantaran di laman TikTok apabila pemilik rumah dikenali sebagai Ali (@ali.rumahrumahnya) berkongsi keadaan sebuah kediaman berlokasi di Kuantan yang ditinggalkan oleh si penyewa.
Menerusi video perkongsian, kelihatan dinding rumah telah diconteng dengan lukisan seolah-olah hasil tangan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, banyak juga pelekat animasi dilekatkan pada dinding yang sama.
Oleh disebabkan terlalu banyak kesan contengan yang susah dipadam, lelaki berkenaan berkata dia perlu mengecat rumah itu semula di bahagian luar dan dalam. Lebih parah, cat pula memakan kos yang tinggi iaitu melebihi RM3,000 bagi rumah dua tingkat itu.
“Apa kau ingat rumah sewa ni bapak engkau punya ke? Dengan rumah bersepah macam ni, dinding semua berconteng.
“Rosak tak payah cakap memang banyak benda rosak. Bersepah dekat depan sampah-sampah engkau tu aku yang kutip. Macam aku pula kena cuci kau punya berak,” kata Ali.

Ali juga berkata keadaan rumah yang terbiar itu dilihat seolah-olah hutan yang penuh dengan semak samun. Keadaan rumah yang kotor juga jelas kelihatan apabila penyewa bertindak meninggalkan longgokan sampah di kawasan sekitar parkir kenderaan.
Tidak terhenti di situ sahaja, pagar jaring kawat juga telah rosak dan tercabut.
Kos Kerugian Rumah Sewa Cecah Belasan Ribu Ringgit
Membuat kiraan tentang kos kerugian yang lain, Ali berkata kerosakan rumah tersebut mencecah berbelas ribu ringgit termasuk tunggakan bulanan yang belum lagi dilangsaikan.
Menurut Ali, dia sudah menghubungi penyewa beberapa kali untuk menjelaskan hutang dan berbincang tentang kerosakan rumah itu. Namun sehingga kini, si penyewa masih belum munculkan diri.
Melihat keadaan rumah yang menyedihkan itu, Ali meluahkan hasrat untuk tidak lagi menyewakan ia dan menjual kediaman tersebut.
@ali.rumahrumahnya Aku dah mula mengemas #renovate #rumahmewah #makeoverhouse #housetour ♬ original sound – ali & rumah-rumahnya
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Lihat Keadaan Rumah Sewa Yang Kotor
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa kecewa melihat sikap penyewa yang tidak bermoral itu.
“Saya ni punya susah nak dapat rumah sewa, diorang ni senang-senang je rosakkan rumah sewa yang selesa 😔,” kata seorang pengguna TikTok.
Segelintir tuan rumah turut berkongsi pengalaman mereka berdepan dengan penyewa yang pengotor sebelum ini.
“Kenapalah buat rumah sewa macam tak ada tuan rumah. Rumah saya dulu pun sama. Masa masuk nak bersihkan, kakak saya sampai muntah. Punyalah kotor,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, seorang individu turut memberi tips kepada golongan pemilik rumah agar kediaman sewa mereka terjaga dengan baik pada masa akan datang.
“Selalu datang buat spot check. Wajibkan (penyewa) bayar deposit dan sentiasa follow up tentang bil air dan api,” jelas lelaki itu.















Baca Artikel Berkaitan: “Pelanggan Dari Neraka” – Wanita Ini Kesal Homestay Ditinggalkan Kotor & Bersepah
Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Pemilik Rumah Terkejut Rumah Sewa Bau Tahi Kucing. Pengotornya!
Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Rumah Antara Pemilik & Penyewa
Untuk info, sebenarnya terdapat beberapa terma penting yang perlu ada di dalam perjanjian sewa rumah.
Lazimnya, ia mengandungi maklumat rumah yang penuh, harga sewa dan deposit, tempoh penyewaan, syarat pembaharuan, tanggungjawab tuan rumah, kewajipan penyewa serta peraturan dan larangan di rumah sewa.

Di sini kami kongsikan antaranya:
- Maklumat premis sewaan termasuk jenis hartanah dan alamat
- Tempoh sewaan yang tidak melebihi tiga tahun
- Jumlah sewa bulanan dan kaedah pembayaran
- Jumlah deposit yang dikenakan oleh tuan rumah
- Pembaharuan kontrak jika sambung tempoh sewaan
- Apa yang tersedia dalam rumah atau premis sebagai contoh perabot, barangan elektrik dan lain-lain
- Perkara yang perlu dibayar oleh penyewa serta pemilik rumah
- Maklumat larangan penggunaan premis bagi tujuan lain
- Peringatan tentang penamatan awal kontrak
- Perkara yang berlaku jika rumah atau premis dijual dalam tempoh sewaan
- Tindakan tuan tanah kalau penyewa tak bayar sewa
Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Terma Penting Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa. Take Note!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram