Now Reading
“Bersih Ke Tak Tu?” – Ramai Persoal Tindakan Pak Arab Pakai Kasut Ketika Solat Dalam Surau

“Bersih Ke Tak Tu?” – Ramai Persoal Tindakan Pak Arab Pakai Kasut Ketika Solat Dalam Surau

Individu dikenali sebagai Shamin mempersoalkan tindakan jemaah lelaki yang dikatakan terburu-buru untuk solat sehinggakan tiada masa untuk menanggalkan kasut sebelum masuk ke surau KLIA2.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui Islam sangat menitikberatkan isu kebersihan dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, kesucian diri juga dituntut oleh para Muslim ketika mengerjakan ibadah khususnya menunaikan solat.

Oleh disebabkan itu, rata-rata tempat ibadah di Malaysia terdiri daripada beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh para jemaah.

Antara peraturan yang selalu dilihat adalah tidak membuang sampah merata tempat dan menanggalkan kasut atau selipar di luar masjid atau surau. Pun begitu, masih ada yang bertindak melakukan sebaliknya.

Lelaki Warga Arab Saudi Pakai Kasut Ketika Solat Dalam Surau

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Shamin (@ahmad_shamin) berkongsi situasi para jemaah lelaki yang sedang mendirikan solat di dalam surau terminal KLIA2, Sepang.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para lelaki sedang solat seperti biasa di atas sejadah masing-masing.

Namun perkara yang mengundang perhatian apabila seorang individu dipercayai warga Arab Saudi telah memasuki surau tanpa membuka kasutnya. Dia juga dilihat menunaikan sembahyang sambil memakai kasut sukannya itu.

“Memang tak menyempat ke nak bukak kasut? Nak terus berlari ke mana tu pak Arab. Adoi laa,” kata Shamin di ruangan kapsyen.

Jelas Shamin, dia menyedari perkara tersebut selepas dia selesai solat. Oleh disebabkan tidak mahu mengganggu, dia hanya berdiam diri tanpa menegur lelaki berkenaan.

@ahmad_shamin

Memang tak menyempat ke nak bukak kasut? Nak terus berlari ke mana tu pak ar*b oi. Adoi laa🤦‍♂️😡

♬ Setanggi Syurga – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Lelaki Warga Arab Saudi Pakai Kasut Dalam Surau Cetus Perdebatan

Perkongsian ini kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada golongan warganet. Ramai individu berpendapat bahawa ia merupakan budaya masyarakat orang Arab yang dibawa ke negara ini.

Segelintir pula berpandangan bahawa jemaah lelaki itu memakai kasut kerana risau hak miliknya diambil orang lain.

“Kadang diorang ni macam takut sangat kena pau (curi) kasut. Perasan juga ada (individu) macam tu dekat sini (Malaysia). Tak pun dia buka tapi dia bawa masuk letak dekat sebelah (ketika solat),” kata seorang lelaki.

Segelintir netizen turut menasihati orang ramai untuk menegur dengan baik sekiranya telihat perkara sebegitu berlaku di depan mata.

Sementara itu, sesetengah pengguna TikTok turut berkata pemakaian kasut tersebut adalah kotor memandangkan individu lain tidak dapat memastikan di manakah lelaki itu berpijak sebelum dia solat di sana.

Sumber: TikTok (@ahmad_shamin)

Buka Solat Sebelum Masuk Surau Atau Masjid Adalah Adab Di Malaysia

Dalam pada itu, ramai juga individu berkata lelaki terbabit tidak membuat sebarang kesalahan dari segi hukum agama.

“Sah solat pakai kasut. Diorang je tak tahu uruf (adat) di Malaysia macam mana,” jelas seorang individu.

Meskipun ia tidak menyebabkan solat tidak terbatal, ramai berpendapat bahawa membuka kasut sebelum masuk ke tempat ibadah berkenaan merupakan adab yang perlu dipraktikkan di kalangan masyarakat.

“Ada perbezaan cara diorang solat, tapi kalau dekat Malaysia kena la ikut cara kita. Dah terang tulis biasanya ‘no shoes allowed’. Hentikan je solat dia suruh buka kasut jaga kebersihan,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@ahmad_shamin)

Hukum Pakai Kasut Ketika Solat

Para ulama memberikan pelbagai pandangan tentang pemakaian alas kaki seperti sepatu, selipar atau kasut semasa solat.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Imam al-Munawi berkata, “Sesungguhnya mereka tidak solat dalam keadaan memakai selipar, maka solatlah kamu jika sekiranya bersih tanpa najis.”

Ini juga merupakan pandangan Imam Syafie.

Sebahagian ulama salaf (terdahulu) pula berkata, sesiapa yang terkena najis pada seliparnya dan kemudian memijak tanah atau bumi, maka ia adalah suci dan hukum solat sambil memakai kasut adalah harus kepadanya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Masjid-masjid Di Sarawak

Imam Badruddin pula menyebut, “Maka jadilah ia sunat dari segi qasad (niat mengerjakan solat) untuk mukhalafah (menyelisihi) perbuatan orang Yahudi dan bukanlah sunnah.”

Walau bagaimanapun, kasut yang dipakai tersebut hendaklah bersih dan suci daripada najis. Nabi SAW bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ : فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.”

[Riwayat Abu Daud (650) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (3889)]

Baca Artikel Berkaitan: “Content Ke?” – Rakaman Lelaki Solat Dalam Banjir Cetus Perdebatan Namun Ada Yang Kata Ianya Sah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Video Budak Perempuan Gurau Depan Pintu & Halang Jemaah Solat Cetus Perdebatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd