[Video] Wanita Tercengang Kena Bayar RM2,084 Lepas Parkir Kereta 13 Hari Di KLIA
Difahamkan keretanya itu diparkir di KLIA Terminal 1 selama 13 hari dan 17 jam pada 31 Disember 2024 sehingga 13 Januari 2025.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi pemilik kenderaan, antara kos yang perlu diambil kira apabila mahu berjalan-jalan adalah membayar parkir selain tol dan minyak.
Tidak dinafikan sesetengah kawasan terutamanya di pusat membeli-belah dan tempat makan yang agak mewah mempunyai kadar bayaran yang mahal untuk meletakkan kenderaan di kawasan disediakan.
Tapi pernah tak anda bayar tiket parkir kereta mencecah hingga empat digit seperti mana yang berlaku kepada seorang wanita ini? Terbeliak kejap mata.
Wanita Terkejut Kena Bayar Parkir Kereta Berjumlah RM2,084 Di KLIA
Menerusi sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@yaya.tasha), seorang wanita seolah-olah terkesima melihat harga bayaran tiket parkir yang perlu dibayar selepas meletakkan kenderaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 1 (KLIA T1).
Difahamkan keretanya itu diparkir selama 13 hari dan 17 jam pada 31 Disember 2024 sehingga 13 Januari 2025.
Sebelum jumlah bayaran dipaparkan, mereka perlu memasukkan nombor plat kenderaan terlebih dahulu pada mesin berkenaan.
Memang tercengang juga apabila harga parkir yang dipaparkan pada mesin tersebut iaitu RM2,084.
Difahamkan, mereka juga meletakkan kereta di kawasan ‘Preferred Parking’ di mana fasiliti ini memudahkan pengguna untuk mencari kenderaan mereka dengan lebih cepat.

“Tak tahu lah nak suka ke duka,” katanya di ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Video berkenaan sudah pastinya mendapat perhatian ramai sehingga meraih 447,900 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@yaya.tasha Tak tau la nak suka ke duka.. 😂#fyp #fypage #fy #funnymoments
♬ Oh No – Kreepa
Orang Ramai Cadang Cara Lain Jika Mahu Parkir Kenderaan Untuk Tempoh Lama
Bukan sahaja pemilik kenderaan itu, malah rata-rata netizen juga terkejut melihat harga tiket bayaran parkir kereta di KLIA yang mencapai sehingga empat angka bagi tempoh 13 hari.
“Sumpah la RM2,000 untuk parkir 13 hari? Saya parkir kat tempat 5 bintang sekitar Wangsa Maju pun tak sampai RM2,000 sebelum ni. Boleh minta kurang lagi dengan pihak pusat membeli-belah,” ujar pengguna TikTok.
Sementara itu, ramai juga pengguna media sosial yang lain turut memberikan cadangan tentang lokasi yang sesuai untuk meletakkan kenderaan dengan harga berpatutan terutamanya bagi tempoh agak lama.
Siap ada yang tawarkan diri untuk menjadi pemandu separuh masa bagi pemilik kereta itu lagi.
“Kalau RM2,000 lebih baik akak ambil saya jadi part time driver siap jaga kereta akak, saya siap pick up kat lobby, siap saya cuci detailing, siap angkatkan beg, siap bawa pergi makan,” kata netizen.

Berapa Sebenarnya Harga Parkir Sejam Di KLIA T1?
Mesti ramai yang tertanya-tanya, berapa harga parkir untuk satu jam di KLIA T1 ini?
Berdasarkan carian kami di laman web Malaysia Airports, harga caj bagi bayaran ‘Preferred Parking’ adalah seperti berikut:

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Terkejut Harga Satu Jam Parkir Kereta Lebih RM5,000. Biar Betul?
Baca Artikel Berkaitan: “Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam
Baca Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Kereta Dicalar Gara-gara Enggan Bayar Ulat Parkir Di Bukit Bintang
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.