Now Reading
[Video] Tular Staf PUSPAKOM Ditampar, Didakwa Bengang Lori Tak Lulus Pemeriksaan

[Video] Tular Staf PUSPAKOM Ditampar, Didakwa Bengang Lori Tak Lulus Pemeriksaan

Kejadian pemandu lori didakwa tampar staf itu yang berlaku pada Rabu lalu (14 Januari) di Puspakom cawangan Johor Bahru.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi setiap kenderaan yang membawa muatan berat, mereka perlu melakukan pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat.

Dengan hanya satu kesilapan kecil, ia boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya sehingga meragut nyawa dan lebih membimbangkan lagi apabila sudah banyak kes sedemikian dilaporkan berlaku.

Sebagai contoh, pernah tular kes kemalangan maut di Melaka yang berlaku disebabkan oleh tayar hadapan sebelah kanan lori berkenaan tercabut di tengah lebuh raya sebelum ia dilanggar oleh bas yang kemudiannya merempuh tiga kenderaan lain.

Baca Artikel Berkaitan: Kemalangan Di Melaka: 7 Maut & 33 Mangsa Cedera Libatkan

Pemandu Lori Didakwa Tampar Staf Puspakom Kerana Bengang Lori Tak Lulus Pemeriksaan

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@AzazelLazza), tular rakaman CCTV memaparkan aksi seorang lelaki dipercayai pemandu lori yang bertindak agresif terhadap kakitangan Puspakom.

Kejadian tersebut yang berlaku pada Rabu lalu (14 Januari) di Puspakom cawangan Johor Bahru itu didakwa berpunca daripada rasa tidak puas hati pemandu berkenaan dengan keputusan pemeriksaan lorinya yang tidak melepasi syarat kelulusan.

Dalam video berkenaan, individu tersebut dilihat memanggil staf terbabit sambil menunjukkan sekeping kertas sebelum bertindak menamparnya di bahagian muka.

Meskipun dikasari sedemikian rupa, staf Puspakom berkenaan tidak membalas dengan perbuatan kasar kepada si pelaku.

Namun situasi menjadi lebih tegang sehingga didatangi dua lagi kakitangan Puspakom ke arah pemandu lori tersebut.

Ramai Bengang Lihat Pemandu Lori Tampar Staf Puspakom

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa tidak puas hati melihat tindakan biadap pemandu yang bersikap agresif terhadap kakitangan Puspakom itu.

Malah, ramai yang berpendapat pemeriksaan teliti yang dilakukan oleh Puspakom adalah satu prosedur yang penting dan tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan kelulusan.

“Benda macam ni patut kena pantau dan perlu ambil tindakan segera. Naya cik oi dah tunai amanah dan tanggungjawab tapi lima jari melayang ke kepala,” ujar netizen.

Selain itu, wujud sesetengah individu yang menganggap staf yang bertugas pastinya sudah sedaya upaya untuk memeriksa dengan penuh teliti. Namun apabila ada pemandu yang tidak berpuas hati, mereka juga yang akan menerima ugutan.

“Kalau tak buat kerja betul-betul, boleh kaya. Buat kerja betul-betul kena ugut lempang,” kata netizen.

Sumber: X

Kenderaan Perdagangan Perlu Jalani Pemeriksaan Berlaku Di Puspakom

Trend kemalangan sebegini menyebabkan orang awam tertanya-tanya memandangkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 mewajibkan semua kenderaan perdagangan termasuklah lori dan treler menjalani pemeriksaan berkala di Puspakom setiap enam bulan.

Ketika pemeriksaan, pihak Puspakom akan memeriksa bahagian-bahagian penting pada kenderaan selain memastikan ia mengikut standard yang ditetapkan.

Ini termasuklah pemeriksaan bahagian atas yang merangkumi sistem brek, tayar serta gandar, sistem enjin, badan kenderaan selain pelbagai ujian seperti brek, meter laju, gelincir sisi dan lain-lain lagi.

Sumber: Puspakom

Sekiranya ia dalam kondisi memuaskan dan mengikut undang-undang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), barulah pihak pemeriksa akan memberikan kelulusan dan kebenaran untuk kenderaan tersebut digunakan.

Persoalan yang timbul dalam kalangan rakyat Malaysia adalah tempoh enam bulan tersebut tidak mencukupi sehingga menyebabkan kes sebegini terus berlaku.

Sehubungan itu JPJ pada 24 Disember lalu menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkrompomi bahkan akan melaksanakan penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap kenderaan perdagangan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd