[Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen
Di beberapa bahagian pada video azan baharu TV3 yang dihasilkan menggunakan AI, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan seperti bunyi robotik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Teknologi kecerdasan buatan atau ‘artificial intelligence’ (AI) seolah-olah sudah sebati dalam industri grafik apabila digunakan bagi menghasilkan reka bentuk seperti poster, logo dan video.
Namun dalam masa sama, terdapat penggiat seni yang menentang penggunaan AI dan menyifatkan ia sebagai menggunakan hasil tangan orang lain tanpa kebenaran.
Malah terdapat kes di mana teknologi AI turut disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi melakukan penipuan.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunting Suara Pakar Guna AI Untuk Promosi Ubat Pil, Polis Kesan Akaun TikTok
Video Azan Baharu Oleh TV3 Guna Teknologi AI
Baru-baru ini, stesen televisyen TV3 telah memperkenalkan video seruan azan baharu yang disifatkan sebagai ‘lebih segar dan inovatif’.
Video yang dihasilkan dengan penggunaan teknologi AI itu memaparkan visual keindahan ciptaan Allah SWT termasuk janin dalam kandungan, angkasa lepas serta keadaan bawah laut.
Dalam masa sama, alunan azan pada video berkenaan turut disebut dengan merdu oleh Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki.
Namun di beberapa bahagian pada video berkenaan, dapat didengari bunyi latar belakang yang tiada kena mengena dengan laungan azan tersebut, contohnya bunyi robotik.
Setelah sekian lama azan di TV3 menjadi panduan harian umat Islam. Kini, memperkenalkan seruan azan versi baharu yang lebih segar dan inovatif, dengan penggunaan AI.
— tv3malaysia (@tv3malaysia) January 15, 2025
Azan baharu yang dibawakan dengan kemerduaan suara Sheikh Abdul Karim Umar Al Makki ini akan mula siaran mulai… pic.twitter.com/nM5RaThviy
Netizen Beri Pelbagai Reaksi & Komen
Menerusi video berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai pendapat dan komen di mana mereka menyatakan video tersebut sepatutnya dihasilkan menggunakan rakaman asli bagi menunjukkan keindahan semula jadi ciptaan Allah SWT dan bukannya yang dibuat menggunakan AI serta kelihatan tidak berjiwa.
Malah, ada yang mempercayai bahawa ‘generated AI’ adalah haram memandangkan ia merupakan satu bentuk plagiarisma.
“Patutnya boleh upah orang rakam video time-lapse langit tanpa guna AI. Betul-betul tunjukkan ciptaan Allah SWT berbanding video dihasilkan guna teknologi yang menyumbang kepada pemanasan global,” tegur seorang individu.
Dalam pada itu, beberapa pengguna X turut menegur bahawa terdapat perkara yang tiada kena mengena dengan solat serta suara latar belakang selain azan dalam video tersebut.
“Untuk audio laungan azan tak perlu ada bunyi latar belakang. Takut lama-kelamaan macam-macam bunyi ditambah lagi lepas ni,” kata seorang individu.
Malah seorang pengguna media sosial memberi idea untuk mengadakan pertandingan menghasilkan video azan yang pasti akan disertai oleh orang ramai.









Melatih Teknologi AI Menghasilkan Jejak Karbon Tinggi
Di samping itu, beberapa individu turut berkata bahawa teknologi AI mempunyai impak terhadap iklim serta alam sekitar, dan tidak sepatutnya digunakan bagi semua perkara.
Berdasarkan Columbia University, teknologi AI meningkatkan jejak karbon (carbon footprint) atau jejak gas rumah hijau memandangkan ia dijanakan menggunakan sumber tenaga yang besar.
Pada 2019, University of Massachusetts Amherst mendapati melatih satu model AI bagi model bahasa boleh menghasilkan lebih 230 tan karbon dioksida yang bersamaan dengan penggunaan lima kereta sepanjang tempoh hidupnya.
Kajian lain pula mendapati melatih GPT-3 dengan 175 bilion parametes menyebabkan pelepasan 502 tan metrik karbon, iaitu bersamaan seperti memandu 112 kereta menggunakan gasolin selama setahun.
Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.