Now Reading
“Si Bulus Ni Tak Berdosa” – Ramai Hiba Lihat 4 Anak Kucing Dicampak Ke Sungai

“Si Bulus Ni Tak Berdosa” – Ramai Hiba Lihat 4 Anak Kucing Dicampak Ke Sungai

Seorang lelaki dikenali sebagai Faiz yang bertindak menyelamatkan kucing-kucing itu turut meluahkan rasa kecewa melihat kes pembuangan kucing yang semakin meningkat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes penganiayaan terhadap haiwan-haiwan jalanan seperti anjing dan kucing dilihat semakin berleluasa pada masa kini. Ada yang mendera, membunuh, dan membuang si bulus ini dengan kejam di tempat yang tidak sepatutnya.

Terdahulu, seorang lelaki menemui seekor kucing yang dipenuhi cat di badannya. Kucing yang berada dalam keadaan lemah itu dilihat seolah-olah sedang meminta pertolongan orang sekitar.

Baca Artikel Berkaitan: “Kalau Tak Suka Binatang, Jangan Zalim” – Kucing Disimbah Cat Putih Undang Kecaman Netizen [Video]

Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan masyarakat tidak bertanggungjawab yang membuang makhluk comel ini di lokasi berbahaya. Sebagai contoh, seekor kucing sebelum ini disumbat dalam guni sebelum diikat dan dicampak ke sungai.

Baca Artikel Berkaitan: “Kenapa Kejam Sangat?” – Lelaki Selamatkan Kucing Diikat Dalam Guni & Dicampak Ke Sungai [Video]

Lelaki Jumpa 4 Ekor Anak Kucing Dalam Bagasi Dibuang Ke Sungai

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Faiz (@faiz_is_me) mendedahkan perbuatan manusia tidak bermoral yang mana sebanyak empat ekor anak kucing dicampak ke dalam sungai.

Menerusi video perkongsian, kelihatan kucing-kucing tersebut terapung dalam sebuah bagasi terbuka di sungai terbabit.

“Apakah tiada harapan untuk mengurangkan masalah begini? Dibuang dan terbiar. Adakah mereka tidak ada hak untuk merasa nikmat hidup seperti kita?” luah Faiz.

Menurut lelaki itu, dia telah pun menyelamatkan kesemua si bulus dengan selamat.

Kalau anda lihat sendiri klip rakaman tersebut, kucing-kucing terbabit tidak disediakan makanan dan hanya beralaskan lapik pada bahagian dalam bagasi.

Mandulkan Kucing Betina Mampu Atasi Masalah Pembuangan Kucing

Walaupun kes penganiyaan kucing semakin meningkat, lelaki ini yakin bahawa isu itu dapat diatasi sekiranya semua pihak prihatin dan memberi kerjasama.

Jelas Faiz di ruangan komen, salah satu cara untuk menangani masalah kucing dibuang adalah dengan memandulkan kucing betina agar pembiakan haiwan itu dapat dikawal.

@faiz_is_me Saya yakin kita boleh atasi #faizcatsitter #jagakucingdenganbetul #cat #straycat ♬ Sad Music – Max-Music

Ramai Kecewa Dengan Sikap Manusia Yang Tidak Ada Hati Perut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa hiba melihat nasib anak-anak kucing yang dicampak ke sungai itu.

“Kesiannya mereka (kucing). Dibuang seperti sampah. Adakah nyawa mereka tiada harga😭,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga individu mengingatkan masyarakat bahawa haiwan juga merupakan makluk Allah SWT yang perlu dilayan dengan penuh ihsan.

“Kadang manusia ni lupa yang dia duduk dekat bumi Tuhan. Kucing juga berhak ya (hidup dengan aman),” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut memberi saranan agar penduduk taman perumahan menyediakan tempat perlindungan untuk kucing terbiar.

“Kalau setiap perumahan buat satu shelter kucing kan bagus. Jadi kucing-kucing tu ada tempat berteduh dan makan. Tak perlu kurung pun. Biasa kucing ni kalau jumpa tempat, dia akan tidur dan makan di sana,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@faiz_is_me)

Boleh Ke Buang Kucing Sesuka Hati?

Sebelum ini, Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Kedah dan pendakwah Datuk Syeikh Faisol Haji Omar pernah menjelaskan hukum seseorang membuang haiwan peliharaan seperti kucing.

Antara faktor individu membuat keputusan untuk membuang si bulus adalah kerana ia membuang najis merata tempat, tidak boleh kawal bilangan kucing terlalu banyak, merosakkan harta benda di rumah dan sibuk bekerja.

Sumber: Freepik/Cat Explore

Berdasarkan faktor berikut, Syeikh Faisol berkata hukum membuang kucing adalah harus seandainya tindakan itu tidak menimbulkan bahaya dan memusnahkan haiwan peliharaan tersebut.

Namun begitu, hukum terbabit boleh bertukar menjadi haram sekiranya haiwan itu dibuang di kawasan yang boleh membahayakan nyawa sebagai contoh semak samun dipenuhi haiwan liar, lebuh raya dan sebagainya.

Sumber: Nur Hazwani/TRP

Mengikut pengalaman sendiri pula, penulis berharap agar individu memastikan kucing itu sudah cukup besar agar ia pandai berdikari dalam mencari makan dan minumnya jika anda masih mengambil keputusan untuk membuang si bulus berkenaan.

Dalam konteks ini, anak kucing tersebut masih perlu dijaga ibunya selain mendapatkan susu untuk nutrisi badan. Jika anak-anak kucing terbabit tidak mengambil susu mencukupi, ia boleh menyebabkan tumbesaran mereka terbantut.

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Buang Kucing? Ini Penjelasan Pegawai Agama

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lapah Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Tawar Ganjaran RM3,000 Jika Dapat Jejak Pelaku


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd