Now Reading
Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur

Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur

Menerusi video tular, kelihatan anak perempuan sulung berusia setahun 10 bulan itu sedang mengosongkan kampit beras kerana merajuk dengan ibunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai golongan dewasa akan bersetuju bahawa anak sulung merupakan anak yang paling rapat dengan mereka. Mana tidaknya, si kecil itulah yang membuatkan para penjaga mendapat gelaran sebagai ibu bapa.

Segelintir anak pertama ini juga selalu dimanjakan dengan penuh kasih sayang oleh orang tuanya. Pun begitu, kanak-kanak tersebut juga boleh merajuk sekiranya perhatian terhadap mereka mula dibahagikan untuk adik-beradik yang lain.

Lebih-lebih lagi jika anak itu masih kecil dan perlukan perhatian penuh terhadap mereka sepanjang masa. Kadangkala, nak berjauhan sekejap pun tidak boleh.

Baca Artikel Berkaitan: “Luluh Hati Seorang Ibu” – Wanita Sebak Lihat Hasil Lukisan Anak Sulung, Seolah Tidak Diberi Perhatian

Kanak-kanak Umur Setahun Merajuk Ibu Lahirkan Anak Baru

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang wanita dikenali sebagai Fiona (@mommafiona.bella) berkongsi telatah anak perempuan yang dikatakan sedang merajuk dengan si ibu.

Menerusi video perkongsian, kelihatan si kecil berusia satu tahun itu sedang menaburkan beras ke atas lantai. Difahamkan, anak sulung Fiona itu sedang meragam kerana tidak mendapat perhatian penuh selepas dia melahirkan anak kedua.

“POV: Bila kau merajuk tapi tak ada siapa nak pujuk dan kau baru seminggu dapat adik,” kata Fiona di dalam klip rakaman tersebut.

Lebih mencuit hati adalah reaksi wajah kanak-kanak yang dilihat seolah-olah tidak rasa bersalah sepanjang mengosongkan kampit beras itu. Jelas Fiona lagi, dia hanya mampu terdiam melihat si kecil membuat sepah.

“Memang tak marah langsung waktu ni 😅. Tak tahu datang mana sabar tu. (Umur) setahun 10 bulan dah dapat adik 🥲 Mak nak marah pun terpaksa simpan dulu,” kata Fiona di ruangan kapsyen.  

Anak Sulung Layan Adik Dengan Baik Walaupun Merajuk

Meskipun si anak dikatakan merajuk, dia tetap menyambut dan melayan adik bongsunya dengan gembira.

“Masa warded bersalin pun mengalir air mata video call dgn dia (anak sulung). Alhamdulillah dia sayang adik dia sebab selalu buat benda sama-sama. Dia pun pura-pura main susukan adik!😅,” kata Fiona lagi.

@mommafiona.bella Setahun 10 bulan dah dapat adik 🥲 Mak nak marah pun terpaksa simpan dulu 😲 #anakperempuan #anakpertama ♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra

Gelagat Si Kecil Teraburkan Beras Raih Pelbagai Reaksi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan ragam kanak-kanak perempuan tersebut.

“Nasib baik beras dik, kalau susu dibuatnya begitu mesti mak bertukar jadi Godzilla 😂,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga berkongsi kisah anak sulung yang perlu berdepan dengan perkara sama.

“Saya dulu umur 12 tahun tiba-tiba takhta bongsu kena rampas dengan adik saya. Merajuk bawa diri kayuh basikal,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut menasihati Fiona agar tidak terlepas pandang tentang perasaan si kecil itu walaupun sudah mempunyai cahaya mata baru.

“Bukan mudah dia nak terima tiba-tiba orang beralih perhatian. Yang ni ibu bapa dan orang sekeliling kena main peranan kalau tak dia boleh membesar dengan makan hati. Pernah juga baca (kisah) kakak benci dan dendam dengan adik,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@mommafiona.bella)

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Pasrah, Anak Masukkan Sirap Dalam Lauk Lemak Labu Buat Ramai Geli Hati [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gelagat Anak Jalan Kaki Kerana Merajuk Ayah Lambat Jemput Pulang Dari Sekolah Cuit Hati Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd