[Video] Rider GrabFood Bantu ‘Clear’ Trafik Sesak Kerana Lampu Isyarat Rosak Raih Pujian
Difahamkan kerosakan lampu isyarat telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk di Setia Indah, Johor Bahru.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun terpaksa meredah pelbagai onak duri ditambah dengan cuaca panas dan hujan lebat, namun rider penghantar makanan tetap kuat dalam mencari rezeki buat diri dan keluarga.
Lebih menyentuh hati lagi apabila ada di antara mereka yang baik hati dan sering membantu individu yang berada dalam kesusahan semasa dalam perjalanan untuk melengkapkan pesanan pelanggan.
Jadi tak peliklah mereka ini turut tergolong sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) semasa perarakan Merdeka pada tahun lalu.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Jadi Frontliner!” – Sekumpulan Rider Grab Sertai Perarakan Merdeka Raih Perhatian
Rider Bantu Kawal Trafik Di Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Rosak
Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik di laman TikTok (@momo_jojo_0) yang memperlihatkan aksi seorang rider GrabFood yang cuba untuk membantu mengawal trafik di kawasan berhampiran Setia Indah, Johor Bahru.
Difahamkan kerosakan lampu isyarat telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas yang agak teruk sebelum rider berkenaan mengambil keputusan untuk menawarkan diri bagi mengawal jalan raya.

Aksi rider penghantar makanan itu sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok. Jelasnya kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu (13 Januari) sekitar jam 6:30 petang.
Pada awalnya, individu ini agak terkejut melihat perbuatan lelaki tersebut kerana menyangka kerja tersebut sepatutnya dilakukan oleh anggota polis trafik.
Namun dia berpendapat bahawa tindakan rider berkenaan itu walau bagaimanapun telah melancarkan trafik sekaligus memudahkan urusan orang ramai tanpa disangka-sangka.
“Walaupun apa yang dia buat tu kecil je, tapi dia dah banyak mudahkan urusan orang lain. Memang tabik sungguh kat dia,” ujar pemilik video.
Video berkenaan telah meraih perhatian ramai sehingga mendapat 689, 500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@momo_jojo_0 Guys, just wanna share the more heroic guy of the say yg i jumpa today: 13/1/25 (around 6.30pm) Entab knp jam giler dari Tmn Daya menghala ke Eco Palladium. I dah rasa kending nak keluar bosan stuck dlm jam. Semasa tiba kat traffic light Setia Indah I was SHOCKED to see this Grabfood rider (no plate VLA8556) tengah direct traffic!!! I am thinking OMG WTF ini bukan kerja polis trafik ke? At this hour hujan gerimis jam 6.30 petang everyone rushing balik rumah dah penat kerja & Grabfood and Foodpanda rider busy ambil order sebab peak hour And what is this man doing here?! Yea what u think is correct he is controlling the traffic sebab traffic light rosak! At 6.30pm! Wow wow wow! Really salute to this brother! Guys viral kan him! Tolong share to fb / ig / other social media lets find him out. What a heroic action bro! Salute to u !!!! Small action but it saves & benefits so many people!!! Share this out guys! We need more people like him! #salute #malaysian #melayu #cina #indian #johor #jb #setiaindah #tamandaya #taman #traffic #hero #superman #baik #viral #fyp #grab #grabfood #foodpanda #rider #share #facebook #instagram
♬ Round and Round Mingle Song Squid Game 2 – Chico Guerra
Perbuatan Rider Bantu Kawal Trafik Raih Pelbagai Reaksi
Aksi rider berkenaan yang secara sukarela membantu mengawal keadaan trafik sesak akibat kerosakan lampu isyarat itu telah meraih pelbagai reaksi dari masyarakat.
Ramai yang memuji pemuda tersebut kerana peka dan sanggup berkorban tenaga bagi memudahkan pergerakan orang lain walaupun tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Malah ada yang turut mendoakan agar urusan rider berkenaan dipermudahkan serta dilimpahkan rezeki berlipat kali ganda.
“Kita perlukan orang macam ni sebab saya pun takut kalau nak melintas bila lampu isyarat rosak sebab waktu tu semua orang pentingkan diri dan nak cepat. Tapi lelaki ni memang hero yang tak didendang,” ujar netizen
Namun seorang pengguna TikTok pula mengingatkan agar penghantar makanan itu untuk mengutamakan keselamatan dirinya juga.
“Dia peka dengan keadaan sekeliling. Kalau tak ada yang kawal lalu lintas, memang sesak teruk. Apa-apa pun utamakan keselamatan,” luah pengguna TikTok.

Majikan rider tersebut iaitu syarikat Grab turut mengucapkan terima kasih kepadanya atas kebaikan yang dilakukan dengan penuh prihatin kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, pihak polis berhampiran lokasi iaitu Balai Polis Taman Setia Indah tampil menghargai jasa rider tersebut namun memberi peringatan bahawa aksi itu boleh membahayakan diri dan keselamatan pengguna lain.
“Pihak balai tiba selepas menerima maklumat daripada Ketua Polis Balai dan tiada aduan kerosakn diterima,” kata pihak polis.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



