[Video] Pengunjung Pantai Sura Kutip Kerang Terdampar Dibawa Ombak Besar
Kejadian yang dikenali sebagai ‘fenomena kerang’ itu terjadi apabila haiwan moluska tersebut dibawa naik dari dalam laut ke pantai oleh ombak besar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Fenomena ombak besar di sekitar Terengganu kerap dilaporkan sejak kebelakangan ini ekoran angin kuat dibawa Monsun Timur Laut.
Situasi sedemikian berbahaya kepada nyawa manusia, seperti yang terjadi di Pantai Geliga Bukit, Kemaman apabila seorang lelaki hampir dilibas kayu balak yang dibawa ombak besar.
Namun, dalam menghadapi ujian sedemikian, masyarakat setempat dapat juga menikmati kebaikan daripada fenomena ombak besar.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Hampir Dilibas Dengan Kayu Balak Dari Ombak Besar
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Dibasahi’ Ombak Tinggi Di Terengganu Raih Perhatian Ramai
Orang Ramai Kutip Kerang Di Pantai Sura
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok (@sufiisoulhi), orang ramai dilihat berkerumun di sebuah pantai yang terletak di Terengganu.
Menurut pemilik video, Sufii, pengunjung Pantai Sura di Dungun berbuat demikian agar tidak terlepas peluang bagi mengutip banyak kerang yang terdampar di atas pasir pantai.
Tambahnya, keadaan yang dikenali sebagai ‘fenomena kerang’ itu terjadi apabila haiwan moluska tersebut dibawa naik dari dalam laut ke pantai oleh ombak besar.
Dapat dilihat orang ramai tidak kira muda dan tua mengutip kerang yang kemudiannya diletakkan ke dalam bakul, pukat dan baldi.
@sufiisoulhi Fenomena Kerang naik ke pesisir pantai di Pantai Sura, Dungun. Muncul kerang selepas ombak besar. Ramai komuniti dungun tak lepaskan peluang #dungun #kerang #fyp #terengganu
♬ suara asli – 𝖄 𝖔 𝖌 𝖆 199X –
Baca Artikel Berkaitan: Ini 3 Cara ‘Simple’ Untuk Cuci Kerang Dengan Mudah. Senang & Cepat!
Orang Ramai Diingatkan Agar Berhati-hati Di Pantai
Menjenguk ke ruangan komen, ada yang berkata mereka juga sempat ke pantai berkenaan dan berjaya mengutip seguni kerang.
Namun seorang wanita memaklumkan bahawa dia terpaksa berpatah balik sewaktu dalam perjalanan ke sana kerana keadaan jalan raya yang begitu sesak.
Orang ramai juga menyifatkan fenomena itu sebagai satu ‘pelangi’ saat Terengganu diuji dengan keadaan ombak besar.
Namun dalam kegembiraan tersebut, beberapa pengguna media sosial mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sewaktu ke pantai tersebut.
Ini kerana kelihatan ombak di laut masih kuat dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai terutamanya anak-anak kecil.
Di samping itu, beberapa individu menerangkan bahawa fenomena ini pernah terjadi di pantai sama sejak mereka kecil lagi.







Bukan Semua Pantai Sesuai Untuk Mandi-Manda
Selain daripada ombak besar, mereka yang berkunjung ke pantai juga diingatkan agar berhati-hati dengan fenomena arus karau atau ‘rip current’ walaupun air laut kelihatan tenang.
Fenomena ini terjadi apabila terdapat ruang yang diapit ombak di kedua-dua belah kiri dan kanan. Seseorang yang mandi di kawasan tersebut boleh ditarik arus deras secara tiba-tiba.
Malah, sebelum beriadah di mana-mana pantai di Terengganu, pastikan anda menyemak dahulu jika kawasan tersebut sesuai untuk mandi.
Ini kerana terdapat pantai di Terengganu yang merupakan pantai terbuka dan terdedah kepada Laut China Selatan, menjadikannya tidak sesuai untuk aktiviti bermandi-manda.
Antara pantai yang dilarang mandi di negeri itu ialah Pantai Batu Burok dan Pantai Pandak Chendering di Kuala Terengganu serta Pantai Teluk Bidara dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Lemas Ditarik Ombak, Ini Cara Kenal Pasti ‘Rip Current’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.