Now Reading
[Video] Momen Pelajar Lelaki Nangis Ketika Majlis Perpisahan Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah

[Video] Momen Pelajar Lelaki Nangis Ketika Majlis Perpisahan Buat Ramai Terkenang Zaman Sekolah

Menerusi video tular, kelihatan sekumpulan pelajar dari SMA Repah, Tampin yang berbaris di atas pentas itu tidak dapat menahan sebak selepas bersalaman dengan guru-guru mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai di antara anda akan bersetuju bahawa alam persekolahan merupakan antara momen paling best.

Di situlah pelajar mendapat pelbagai jenis pengalaman seperti membuat kenalan baru, menimba ilmu, dan banyak lagi. Walaupun segelintir golongan anak kadangkala agak malas untuk ke sekolah, namun tidak dinafikan ramai juga yang menghargai waktu-waktu mereka di institusi pembelajaran tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Telatah Murid Cuak & Gelabah Ketika Sertai Aktiviti ‘Night Walk’ Buat Ramai Terimbau Zaman Sekolah

Momen paling sedih apabila pelajar ‘senior’ perlu mengucapkan selamat tinggal kepada cikgu yang diibaratkan sebagai ibu bapa kedua di sekolah.

Murid-murid Menangis Bersalaman Dengan Guru Ketika Majlis Perpisahan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok menyaksikan pelajar-pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Agama Repah di Tampin, Negeri Sembilan (@smarepahtampinn9) sedang turut serta dalam satu majlis perpisahan.

Difahamkan majlis tersebut melibatkan para pendidik dari sekolah berkenaan bersama pelajar-pelajar tingkatan lima yang akan menamatkan pelajaran mereka tidak lama lagi.

Menerusi video perkongsian, kelihatan murid-murid lelaki sedang berbaris di atas pentas untuk memeluk, bersalaman dan memberi kata-kata terakhir kepada guru yang banyak mengajar mereka selama ini.

Namun perkara yang mengundang perhatian apabila sekumpulan murid dilihat tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air sambil mengucapkan selamat tinggal kepada cikgu.

Baca Artikel Berkaitan: “First Time Tengok” – Sekolah Buat Majlis Perpisahan Untuk Pengawal Keselamatan Buat Ramai Sebak [Video]

Kalau lihat video itu sendiri, anda boleh jelas lihat keakraban para penuntut bersama guru mereka. Ada juga yang dilihat seperti tidak mahu melepaskan pelukan dengan si cikgu.

Bak kata orang setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Alhamdulillah, walaupun situasi tersebut sangat sayu, tetapi anda boleh lihat bahawa para murid ikhlas dan menyayangi sekolah mereka.

https://www.tiktok.com/@smarepahtampinn9/video/7445327444158139666

Majlis perpisahan ini bukan sahaja melibatkan murid lelaki. Dalam satu hantaran lain, kelihatan juga pelajar perempuan sedang berbaris untuk salam dan berpelukan dengan ustazah sekolah berkenaan.

Ramai Sebak & Terkenang Waktu Zaman Persekolahan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang dilihat sebak melihat para pelajar yang menangis sepanjang majlis perpisahan tersebut.

“Entahlah. Ibu yang tengok anak-anak dah habis sekolah rendah pun seminggu baru boleh move on. Sedih amat. Apa lagi korang yang hari-hari dengan cikgu ni, lagilah terasa 😭,” kata seorang individu.

Malah situasi itu juga membuatkan ramai terkenang momen semasa berada di alam persekolahan.

“Zaman tamat waktu sekolahlah yang paling sedih, paling sayu tak tahu nak kata apa. Lepas tu nak hadap zaman dewasa pula,” ujar seorang lelaki.

“Rindunya dulu masa tinggal dekat asrama. Majlis perpisahan ni la yang buatkan air mata murid ni jatuh 🥲”  kata seorang lagi pengguna TikTok.

Sementara itu, segelintir individu turut menasihati pelajar untuk tidak melupakan pengorbanan guru walau sudah meningkat usia nanti.

“Semoga semua anak-anak berjaya. Jangan lupa jasa guru-guru, ingat mereka sampai bila-bila,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@smarepahtampinn9)

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Murid Kembali Ke Sekolah Cuit Perhatian Ramai, Siap ‘Flashback’ Momen Waktu Kecil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd