[Video] Mat Saleh Dari Scotland Anggap Pulau Tioman Lagi Best Dari Pulau Maldives
Lelaki warga Scotland ini berpendapat Pulau Tioman antara pulau terbaik yang pernah dikunjunginya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau tiba-tiba rasa nak pergi ‘healing’ di tepi pantai, tak perlu fikir tempat-tempat di luar negara kerana Malaysia sendiri pun ada banyak pulau yang cantik-cantik.
Antaranya Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman. Kalau nak jauh sikit, boleh terokai beberapa lokasi di Sabah seperti Semporna dan Sipadan.
Malah, perkara ini juga turut dipersetujui oleh warga Scotland ini telah menetap beberapa tahun di Malaysia bersama keluarganya.
Mat Saleh Beri Pendapat Pulau Tioman Lebih Baik Dari Pulau Maldives
Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@gomalaysia), seorang wanita telah menemu ramah pemuda dari Scotland dan bertanya tentang pulau-pulau di Malaysia.
Tidak lama kemudian, lelaki berkenaan berkongsi pendapatnya bahawa Pulau Tioman adalah lebih baik daripada Pulau Maldives yang cukup terkenal di seluruh dunia.

Jelasnya lagi, ibu bapanya sudah pergi ke merata buah pulau dan masih kekal dengan pendirian bahawa Pulau Tioman sentiasa menjadi ‘juara’ di hati mereka.
“Ibu bapa saya dah pergi Maldives dan mereka kata Tioman lagi baik. Kalau nak terokai pulau, memang Pulau Tioman adalah lokasinya,” ujar lelaki berkenaan.
Malah, dia turut berpendapat bahawa pulau berkenaan antara pulau terbaik yang pernah dikunjunginya.
Namun bagi jejaka berbaju hijau itu, dia meletakkan Pulau Cherating di Pahang sebagai lokasi pilihannya kerana keindahannya yang cukup menawan selain lokasi lain seperti Pulau Perhentian sert Pulau Redang.
Video berkenaan telah meraih perhatian ramai dan mendapat 193,500 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.
@gomalaysia Do you agree with my friend Lewis from Scotland? #ExpatLife #Malaysia #Dilanda #Tioman #Maldives #Perhentian #VisitMalaysia #TropicalParadise #IslandLife #SoutheastAsia #BeachVacation #DivingSpots #Snorkeling #IslandHopping #MalaysianIslands #TravelMalaysia #NatureRetreats #ExoticDestinations #EcoTourism #backpackingmalaysia
♬ original sound – Go Malaysia!
Ramai Setuju Banyak Pulau Di Malaysia Yang Indah-indah Belaka
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata masyarakat turut bersetuju dengan kenyataan warga Scotland itu mengenai keindahan pulau-pulau di Malaysia terutamanya Pulau Tioman.
“Batu karang di Tioman memang cantik sangat. Kalau anda bertuah, boleh terjumpa dengan ikan lumba-lumba di sana,” kata netizen.
Pada masa yang sama, ramai yang turut memberi cadangan kepada pemuda berkenaan untuk berkunjung ke beberapa pulau di Sabah seperti Semporna dan Sipadan.
Malah, Pulau Rawa di Johor juga antara yang dicadangkan oleh mereka.

Pulau Langkawi Dinobat Sebagai Pulau Kedua Terbaik Di Asia
Memetik laporan Conde Nast Traveler, Langkawi juga menjadi kegemaran penduduk seluruh dunia selepas pulau percutian itu telah tersenarai sebagai salah satu pulau di Asia yang menjadi pilihan ramai.

Dalam senarai ‘Top Islands: Reader’s Choice Awards 2024’ bagi kategori Asia, Langkawi berada pada kedudukan kedua terbaik dengan nilai markah sebanyak 92.14 manakala tempat pertama pula diduduki oleh Koh Samui di Thailand.
Lebih membanggakan lagi apabila Pulau Langkawi berjaya menandingi dua buah pulau yang terkenal iaitu Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.
Baca Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Kedua Terbaik Di Asia, Bali & Phuket Pun Kalah!
Tips Untuk Bawa ‘Outfit’ Ketika Bercuti Ke Pulau

Kaum hawa mesti suka part ini. Setiap trip mestilah akan ada gambar-gambar kenangan yang bakal dimuat naik di media sosial, kan?
Sebelum nak bergambar, kena rancang juga nak bawa baju apa apabila bercuti di pulau kan? Jangan bawa satu almari pula ya!
Jom kami kongsikan beberapa tips untuk pilih ‘outfit’ yang sesuai. Antaranya:
- Bawa baju yang ringan dan senang kering.
- Bawa baju-baju yang berwarna kontra seperti kuning, merah, hot pink.
- Sandal bawa yang comel-comel supaya cantik dalam gambar nanti.
Selama bercuti!
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Solo Trip 4H3M Ke Pulau Semporna, Sabah. Baru Betul ‘Healing’ Ya!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.