Now Reading
[Video] Khairul Aming Dijemput Sebagai Panel Penceramah Di Dubai, Ramai Tumpang Bangga

[Video] Khairul Aming Dijemput Sebagai Panel Penceramah Di Dubai, Ramai Tumpang Bangga

Khairul Aming dijemput ke sebuah program dikenali sebagai 1 Bilion Followers Summit yang berlangsung di Dubai selama tiga hari pada 11, 12 dan 13 Januari lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Khairul Aming bukan lagi satu nama yang asing dalam dunia kulinari dan perniagaan di Malaysia memandangkan influencer serta usahawan ini telah menempa pelbagai kejayaan sepanjang kerjayanya itu.

Dua produk keluarannya iaitu Sambal Nyet dan Dendeng Nyet Berapi juga menjadi kegilaan ramai sehingga menerima Malaysia Book Of Records selepas berjaya meraih RM1 Juta terpantas ketika berniaga.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Anugerah Malaysia Book Of Records, Raih RM1 Juta Terpantas Ketika Berniaga

Malah, influencer ini turut memenangi ‘Content of The Year’ dalam majlis TikTok Awards Malaysia edisi pertama pada tahun 2023.

Baca Artikel Berkaitan: “Habiskan Pembelajaran” – Khairul Aming Nasihati Anak Muda Yang Mahu Jadi ‘Content Creator’

Khairul Aming Dijemput Sebagai Penceramah Wakili Malaysia Di Dubai

Kejayaan Khairul Aming ini tidak terhenti di situ sahaja apabila dia juga telah dijemput sebagai salah seorang panel penceramah bagi sebuah program dikenali sebagai 1 Bilion Followers Summit yang berlangsung di Dubai selama tiga hari pada 11, 12 dan 13 Januari lalu.

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@khairulamingfans_), Khairul Aming dilihat memberikan penjelasan bagaimana perniagaan berkembang selain semasa berdepan masalah melibatkan pelanggan.

Sumber: Instagram @khairulaming

Tambahnya lagi, masyarakat kini lebih memilih jenama yang mempunyai pendirian terhadap sesuatu isu.

“Tahun-tahun sebelum ini bila nak keluarkan jenama baru, biasanya akan belanja banyak wang untuk memasarkannya bagi mencipta ‘hype’ mengenainya.

“Tapi sekarang ramai terutama sekali golongan muda, mereka memilih jenama yang boleh dipercayai dan mempunyai pendirian yang sama terhadap isu awam,” ujar usahawan tersebut.

Selain itu, Khairul Aming juga menceritakan bagaimana isu-isu yang timbul dalam perniagaan membantu membina hubungan yang lebih kuat dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Sumber: Instagram @khairulaming

“Selepas 4 tahun buat konten makanan, saya ambil keputusan untuk jadikan jenama saya ‘transparent’ dan ‘authentic’ sejak dari hari pertama.

“Apa yang kami buat adalah setiap kali ada isu yang timbul seperti penghantaran lambat, botol pecah, label yang salah dan sebagainya, saya sentiasa mengetengahkan masalah-masalah itu di khalayak ramai dan memberitahu macam mana kami atasi masalah dari berulang.

“Dari situ pelanggan boleh nampak perkembangan dan audiens saya pula akan semakin percaya dengan apa yang saya lakukan,” ujarnya.

Di akhir video berkenaan, influencer berkenaan memaklumkan perniagaannya yang sudah memasuki tahun kelima masih berkembang maju sehingga ke hari ini dan bakal membuka satu lagi kilang baharu sekitar Mei 2025.

https://www.tiktok.com/@khairulamingfans_/video/7459407987346509074?_r=1&_t=ZS-8t4WHqgN2UU

Ramai Tumpang Bangga Dengan Kejayaan Khairul Aming Bawa Nama Malaysia Di Dubai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa bangga dengan kejayaan yang dikecapi oleh usahawan berkenaan sehingga berjaya membawa nama Malaysia ke luar negara.

Malah, netizen turut menganggap pencapaian Khairul Aming itu boleh menjadi inspirasi buat anak-anak muda.

‘Tahniah. Bangga betul dengan dia. Inspirasi dan kebanggan anak-anak muda,” ujar pengguna media sosial.

Pada masa yang sama, influencer ini juga dipuji masyarakat kerana mengenakan pakaian tradisional ketika menghadiri program di Dubai itu dengan memakai baju Melayu.

“Tabik dengan KA, bangga berbaju Melayu lambang negara kita,” puji netizen kepada Khairul Aming.

Sumber: TikTok

Antara Pencapaian Terbaharu Dalam Perniagaan Khairul Aming

Tidak kekok berkongsi tentang perkembangan dalam perniagaannya, Khairul Aming pada November 2024 telah mengesahkan bahawa kedua-dua produknya itu telah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, dapat dilihat satu sijil halal JAKIM yang tertulis nama kedua-dua produk tersebut telah diserahkan kepadanya.

“Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM,” katanya.

Influencer itu dalam masa sama juga memaklumkan bahawa mereka telah mendapat kelulusan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Khairul Aming sebelum ini menjelaskan melalui pensijilan MeSTI, premis kilang makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sekarang kilang kita diiktiraf selamat, bersih dan juga halal,” katanya.

Di samping itu, dia turut mengumumkan bahawa satu produk baharu juga akan dihasilkan pada tahun ini dan menjadikannya produk ketiga di bawah syarikat Khairul Aming.

Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd