Now Reading
“Jangan Bawa Jiwa Racing Kau” – Pemandu Saga Nasihat Rakan Guna LED Pada Cermin Kereta Raih Perhatian

“Jangan Bawa Jiwa Racing Kau” – Pemandu Saga Nasihat Rakan Guna LED Pada Cermin Kereta Raih Perhatian

Kelihatan pemandu Saga itu menasihati rakan untuk tidak memecut di jalan sekitar kampung yang gelap menggunakan aksesori paparan lampu LED pada cermin belakang kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai seorang pengguna jalan raya, adalah penting untuk memastikan anda memandu dengan selamat. Hal ini kerana, sesetengah laluan bukan sahaja diguna oleh manusia, malah sesetengah haiwan juga dilihat melintasi jalan misalnya di lebuh raya.

Seperti sebelum ini, seekor beruang berwarna hitam dilihat berguling di atas lebuh raya dipercayai sedang menahan kesakitan di Kilometer (km) 422, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuala Terengganu menghala ke Kuantan.

Jika dilihat video tular dengan teliti, beruang itu berkemungkinan telah dilanggar oleh kenderaan kerana terdapat serpihan objek yang pecah akibat dirempuh.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beruang Guling Atas Lebuhraya Di Terengganu, Dipercayai Sedang Tahan Sakit Selepas Dilanggar

Pemandu Guna LED Untuk Nasihat Rakan Jangan Pecut Di Jalan Raya

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@alipgelis) menyaksikan situasi jalan raya yang gelap dipercayai sekitar sebuah kawasan kampung.

Menerusi video perkongsian, seorang lelaki dikenali sebagai Alip menunjukkan aksesori milik rakannya yang terletak pada bahagian cermin belakang kereta.

Lain daripada lain, pemilik Proton Saga tersebut memasang lampu LED di mana anda boleh mengubah suai sebarang ayat atau perkataan yang ingin dipaparkan.

Menggunakan teknologi itu sebaiknya, si rakan telah memberi nasihat kepada Alip untuk memandu dengan berhati-hati semasa berada di jalan raya tersebut menerusi paparan LED terbabit.

Walaupun ia agak ‘rare’, namun si rakan dilihat memanfaatkan LED itu dengan memberi peringatan kepada Alip tentang undang-undang jalan raya.

Sumber: TikTok (@alipgelis)

“Perlahan-lahan je dekat sini. Banyak haiwan lintas jalan. Jangan bawa jiwa racing (memecut) kau tu. Simpang ni kau ambil kanan. Ingat, signal bagi,” tulisan yang terpapar pada belakang cermin.

Alip dalam masa sama turut terhibur dengan si rakan yang terlalu asyik menggunakan teknologi canggih walaupun berada dalam perjalanan.

“Padahal boleh je bagi tahu guna telefon, tapi tidak pada member aku ni 🤣,” ujar Alip.

@alipgelis Member terlampau berteknologi.. 🤣🤣🤣 geram pulak aku 🤣🤣🤣 #led #ledscreen #ledlights #plugandplay #usb #proton #protonsaga ♬ original sound – alipgelis

Ramai Suka Idea Guna LED Untuk Ingatkan Pengguna Jalan Raya Tentang Keselamatan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai dilihat geli hati dengan idea bernas si rakan untuk menggunakan aksesori berkenaan sebagai peringatan di atas jalan raya.

Malah ada juga yang berkata LED itu mampu berfungsi untuk memberitahu seseorang jika mereka menyalakan lampu signal secara tidak sengaja.

“Aku rasa aku perlukan (LED ni) sekurang-kurangnya aku boleh beritahu orang yang tak reti tutup signal. Boleh keliru tau. Ni sepanjang jalan dia bagi signal masuk lorongnya tidak. Geram,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, LED ini juga dikatakan boleh membantu mengingatkan individu yang gemar memasang lampu tinggi hingga mengganggu fokus pengguna jalan raya.

“Sesuai untuk bagi sepatah dua kata kepada orang yang selalu pakai lampu tinggi (high beam) atau yang terpaling cerah di alam semesta,” kata seorang pengguna TikTok.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tindakan Lelaki Balas Lampu Tinggi Pada Kereta ‘High Beam’ Sepanjang Jalan Buat Ramai Puas Hati

Sumber: TikTok (@alipgelis)

Lampu LED Pada Cermin Kereta Terpapar Dengan Bacaan Selawat

Terdahulu, sebuah kereta jenis Proton Exora juga dilihat menggunakan LED sebagai aksesori pada bahagian cermin belakang. Namun kali ini, ia digunakan untuk tujuan yang lain.

Menerusi klip hantaran, paparan LED berkenaan disertakan dengan ayat selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW selain mengajak orang ramai untuk berselawat dan menambah pahala.

Lampu LED ini juga dikatakan boleh menghilangkan rasa mengantuk apabila sedang memandu.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Kereta Depan Ajak Buat Pahala” – Paparan LED Dengan Ayat Selawat Jadi Tumpuan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd