Now Reading
[Video] Ramai Pertikai Peniaga Ini Umum Bakal Jual Salad RM12

[Video] Ramai Pertikai Peniaga Ini Umum Bakal Jual Salad RM12

video dikongsikan oleh peniaga itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial yang menyifatkan harga RM12 adalah tidak wajar untuk semangkuk salad.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya dalam membeli makanan, pelanggan tidak hanya mementingkan kualiti makanan dari segi kesegaran dan rasanya.

Sebaliknya harga yang ditawarkan peniaga juga memainkan peranan kepada pembeli, apatah lagi jika makanan yang dijual itu mempunyai harga yang mahal maka saiznya hidangan juga menjadi keutamaan.

Malah ada segelintir yang tidak kisah sekiranya sesuatu makanan itu mempunyai harga yang mahal asalkan berpatutan dengan saiz dan rasa.

Peniaga maklum akan ada menu salad baru, harga diumumkan jadi pertikaian

Baru-baru ini, tular satu video di laman X memaparkan seorang peniaga pencuci mulut yang terkenal memaklumkan mereka akan mengeluarkan satu menu sihat yang berharga RM12 sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan peniaga itu berada di dalam kereta sambil menunjukkan semangkuk salad yang bakal menjadi menu baharu dijualnya.

Dalam video itu, semangkuk salad itu terdapat sayur-sayuran, kepingan biskut rangup, taburan seperti keju, dan kepingan dipercayai daging rangup.

Jelas peniaga itu lagi, pelanggan yang akan membeli salad tersebut perlu mengacaunya terlebih dahulu kerana dia tidak meletakkan perasa atau ‘dressing sauce’ yang banyak dan di letakkan di bahagian bawah.

Dalam video sama, peniaga turut memakan salad menunjukkan kerangupan menu yang dijualnya itu.

Ada yang tak setuju harga salad RM12 dan sifatkan tempat lain lebih murah

Melihat di ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan harga yang diletakkan seperti tidak berpatutan dengan hidangan tersebut.

Malah ada juga yang membezakan harga tersebut dengan harga yang dijual oleh peniaga lain dan menyifatkan ia jauh lebih murah berbanding salad dijual oleh peniaga pencuci mulut itu.

Ada yang berpendapat harga produk makanan yang dijual oleh peniaga tersebut kebanyakannya seperti tidak berbaloi dan terlalu mahal. Bukan hanya itu ada yang mengatakan salad yang dijual di pasaraya elit juga lebih murah dan mempunyai saiz yang besar.

Menerusi semakan kami, sebelum ini peniaga itu ada memuat naik video memaparkan dia memakan salad yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Namun di ruangan komen ramai yang memerli harga yang bakal diletakkan sehingga puluhan ringgit.

Susulan itu dia membalas video terbabit dengan memberi respon harga salad itu hanya RM12 sahaja.

“Darlings (pelanggan) ramai yang perli harga mahal. Import dari Belgium lah apa. Tidak! Tak mungkin Auntie Ja jual salad harga mahal darlings. RM12 darlings. Auntie Ja diet, darlings pun kena diet,” katanya dalam video terbabit.

“Apa-apa dia ni keluar semua tak kena harga weh. Pelik-pelik je fans dia. RM12, untuk salad sahaja. Boleh terima kalau ada isi ayam atau telur sikit. Ni salad kosong..”

“Aku jual salad dekat Ipoh RM8…”

“Aku tak kisah dia nak makan apa, tapi sihat tak semestinya makan sayur je, tak cukup khasiat macam tu…”

“Boleh lah makan salad dulu sebelum cake in bowl. Supaya cake tu ditutupi sayur dalam perut. Jadi perut pun keliru ingat ‘eat clean’

“Niat (nak beli) salad, sampai rumah cake in bowl. Begitulah manusia”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd