Now Reading
[Video] Lelaki Hampir Dilibas Dengan Kayu Balak Dari Ombak Besar

[Video] Lelaki Hampir Dilibas Dengan Kayu Balak Dari Ombak Besar

Menerusi video tular, kelihatan kayu balak tersebut dibawa ke darat disebabkan ombak besar yang melanda di Pantai Geliga Bukit, Kemaman, Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Untuk makluman semua, musim tengkujuh sudah pun bermula pada 5 November 2024 dan dijangka berterusan di hingga Mac ini. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), lima hingga tujuh episod hujan lebat dijangka berlaku sepanjang tempoh itu.

Antara negeri yang dilaporkan terkesan termasuk Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak, Sabah dan Terengganu. Sebelum ini, tular di media sosial menyaksikan kenderaan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu disimbah ombak besar.

Air yang melimpah ke jalan raya itu turut terpercik ke laluan bertentangan jalan raya, menunjukkan betapa kuatnya ombak berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta ‘Dibasahi’ Ombak Tinggi Di Terengganu Raih Perhatian Ramai

Lelaki Hampir Dilibas Kayu Balak Ketika Ombak Besar

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila wanita dikenali sebagai Fathima (@fathimafawwaz) berkongsi situasi cemas yang berlaku di Pantai Geliga Bukit, Kemaman, Terengganu.

Menerusi video perkongsian, kelihatan para pengunjung sedang menikmati pemandangan di pantai tersebut. Segelintir daripada mereka termasuk suami kepada Fathimah juga dilihat sedang merakam fenomena ombak besar itu.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah ombak pada ketika itu sangat kuat hingga boleh mengundang bahaya. Tidak lama kemudian, gelora air laut berkenaan semakin mengganas yang mana suami Fathima dipukul ombak.

Lebih mengejutkan apabila ombak besar tersebut juga membawa kayu balak yang besar ke darat. Walau bagaimanapun, balak terbabit dihalang kayu lain yang tercacak pada pasir sekaligus menyelamatkan suami Fathima daripada dilibas.

“Tengah syok rakam ombak. Tak sangka langsung ada ombak datang. Sekali naik kayu balak. Alhamdulillah semua selamat.

“Masih panjang umur. Tapi tulah tak tahu nak ketawa ke apa. Bini yang tengok ni tak tahan gelak dalam masa sama syukur, masih ada suami,” kata Fathima.

Pengunjung Selamat Dipukul Ombak

Dalam satu hantaran lain, Fathima juga ada memaklumkan terdapat tiga orang remaja dan tiga kanak-kanak lelaki turut berada di tempat kejadian. Bagaimanapun, kesemua individu di sana berada dalam keadaan selamat.

@fathimafawwaaz video original, #suamikudilambungombak #pantaigeligakualakemaman . maaflah sound tu dari games yang anak tengah main. @fmi fazlin #monsuntimurlaut #ombakbesar #kualakemaman #geligapantai #fyp #originalsound ♬ original sound – fmi fazlin

Baca Artikel Berkaitan: “Laut Pulangkan Semula” – Longgokan Sampah Akibat Ombak Besar Di Pulau Pinang Buat Ramai Kecewa

Ramai Bimbang Lihat Pengunjung Pantai Hampiri Ombak Besar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa bimbang melihat pengunjung yang dipukul ombak besar.

“Tolong jangan duduk tepi pantai bila ombak besar. Dia boleh tarik balik masuk ke dalam laut. Ini bukan gurauan ya,” kata seorang pengguna TikTok.

Malah, ramai juga berasa syukur kayu balak besar itu tidak meragut nyawa.

“Baru perasan ombak besar tu bawa balak. Mujur tak kena orang asbab kayu pacak tu. Dengan izin Allah selamat semua,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, segelintir individu turut berkongsi kisah mereka berdepan kejadian ombak besar sebelum ini.

“Sebab itu bomba marahkan saya hari itu rakam ombak. Terlampau rapat macam suami akak tu. Alhamdulillah Allah masih sayang suami akak,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fathimafawwaz)

Ombak Besar Ragut Nyawa Remaja Di Indonesia

Meskipun pemandangan ombak kelihatan cantik jika geloranya kuat, namun fenomena alam semula jadi itu mampu mengundang bahaya kepada keselamatan individu.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan maut selepas dihanyut ombak kuat ketika bergambar sekitar tepi tebing di Pantai Semeti, Lombok, Indonesia pada 19 Disember 2024.

Berdasarkan laporan Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Merlin pada awalnya ingin bergambar di atas tebing batu sekitar pantai terbabit sebelum dipukul ombak besar. Dia bagaimanapun terjatuh selepas berpaut pada batu.

Oleh disebabkan insiden sebegini, penting bagi setiap individu cakna tentang isu keselamatan semasa berada di pantai.

Kebiasaannya, bendera merah akan dipacak sekitar pantai ketika cuaca sedang buruk. Bendera merah ini bukan hiasan semata-mata dan pengunjung pantai perlu cakna tujuan ia diletakkan.

Sumber: Facebook Info Kemalangan & Bencana Malaysia

Untuk info, bendera merah bermaksud kawasan sekitar pantai pada waktu itu berada dalam zon bahaya akibat angin kencang, laut bergelora atau ombak besar yang mungkin mengundang risiko lemas.

Selain itu, ia juga bertindak sebagai tanda larangan buat masyarakat setempat agar tidak bermandi-manda di laut pada waktu berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: “Mak Bapak Tolong Jaga Anak” – Kanak-kanak Mandi Laut Walau Ombak Kuat Buat Ramai Bimbang


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd