Now Reading
“Macam Pasar Malam” – Tuan Rumah Sediakan 25 Menu Makanan Di Kenduri Kahwin Raih Perhatian

“Macam Pasar Malam” – Tuan Rumah Sediakan 25 Menu Makanan Di Kenduri Kahwin Raih Perhatian

Antara juadah makanan yang tersedia di kenduri kahwin tersebut adalah laksa, putu mayam, apam balik, ayam goreng, nasi kerabu dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan pengantin pasti mempunyai majlis perkahwinan idaman mereka. Ada yang suka mengekalkan tradisi serta adat, namun ada juga yang menganjurkan majlis yang lain daripada lain.

Seperti sebelum ini, tular perkongsian majlis persandingan pengantin Melayu yang dirai dengan penuh meriah oleh pelbagai kaum. Lebih mencuri perhatian apabila persembahan tarian singa juga dilihat menceriakan suasana hari tersebut.

Bukan itu sahaja, pasangan mempelai ini juga disambut dengan pukulan gendang dari beberapa individu berbangsa India selepas disarungkan bunga Malai pada bahagian leher. Memang ‘happening’!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenduri Kahwin Pengantin Melayu Meriah Dengan Pelbagai Bangsa, Siap Ada Gendang & Tarian Singa

25 Menu Tersedia Di Majlis Kenduri Kahwin

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@mimiyuxx) apabila seorang wanita dikenali sebagai Mimi berkongsi suasana sebuah kenduri perkahwinan dipercayai di Baling, Kedah.

Kebiasaannya, tuan rumah akan menyediakan lebih kurang 10 jenis makanan buat para jemputan. Namun lain pula di majlis tersebut yang mana 25 menu makanan tersedia untuk setiap tetamu.

Makanan berat, snek, manisan dan pelbagai lagi jenis hidangan ditawar kepada para tetamu yang hadir ke hari istimewa para mempelai itu.

Antaranya adalah rojak, laksam, cucur jawa, nasi ayam madu, kebab, putu buluh, cucur udang, ayam goreng, laksa, soto nasi, bihun sup, cakoi, apam balik, nasi kerabu, apam lenggang, keropok lekor, putu mayam, roti jala, pau, cendol, pulut panggang dan banyak lagi.

Sumber: TikTok (@mimiyuxx)

Susunan booth gerai makanan juga kelihatan seperti di pasar malam. Dalam klip yang sama, kelihatan para tetamu dilihat berjalan-jalan sepanjang lorong khemah sambil memilih makanan untuk dijamah.

“Pasar malam ❌ Kenduri kahwin ✅. Terima kasih tuan kenduri. Saya tetamu yang happy,” kata Mimi di ruangan kapsyen.

@mimiyuxx Pasar malam ❌ Kenduri kahwin ✅ . Tq tuan kenduri. Saya tetamu yang happy 🤩 . #kendurikahwin ♬ original sound – Velubaje36

Ramai Teringin Untuk Anjurkan Kenduri Kahwin Konsep Pasar Malam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berasa teruja melihat kenduri kahwin berkonsepkan pasar malam itu.

“Weh bestnya macam open house 😭 (rumah terbuka),” kata seorang pengguna TikTok.

Malah ramai juga individu berseloroh dengan berkata jenis makanan yang banyak itu akan membuatkan para tetamu ingin meluangkan masa lama di majlis berkenaan.

“Jangan makcik-makcik tak bangun sudahlah. Tak cukup kerusi meja untuk yang lain. Ini paling risau kalau kenduri makanan meriah,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga meluahkan hasrat untuk menganjurkan majlis yang lebih kurang sama seperti ini.

“Semoga diperluaskan rezeki dan disihatkan tubuh badan. Saya nanti nak buat macam ni untuk satu-satunya anak saya bila dia dah berkahwin nanti,” kata seorang individu.

Sumber: TikTok (@mimiyuxx)

Baca Artikel Berkaitan: Majlis Kahwin Unik, Pasangan Pengantin Ini Anjur Majlis Sanding Secara Pandu Lalu

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd