Aksi Susukan Anak Babi Raih Kecaman, Influencer Tampil Beri Penjelasan
Pempengaruh yang memiliki 774,000 pengikut di Instagram itu memberitahu pengalaman pertama kali menyusukan anak babi di Thailand situ sebagai kenangan yang indah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau anda selalu guna media sosial setiap hari, mesti anda akan kenal dengan influencer bernama Imran Bard yang popular dengan tagline ‘Gwenchana’.
Tagline itu bukan sahaja tular di Malaysia, malah pihak Taman Tema Everland di Korea Selatan juga menggunakan video Imran itu untuk mempromosikan taman tema mereka di TikTok.
Kalau anda tengok video-videonya di laman TikTok atau YouTube, memang confirm terbahak walaupun hanya sekadar aksi spontan.
Baca Artikel Berkaitan: Video Viral ‘Gwenchana’ Imran Bard Popular Di Korea, Siap Masuk TikTok Taman Tema Everland
Baca Artikel Berkaitan: Atlet US Iras Imran Bard, Komen IG Dibanjiri Nama Penuh Influencer Dari Malaysia
Pempengaruh Tular Susukan Anak Babi Di Thailand
Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram (@imranbard), influencer berkenaan menunjukkan beberapa kenangannya ketika melancong ke Thailand baru-baru ini.
Salah satu gambar yang turut dikongsikan adalah ketika dia berpeluang untuk pergi ke kandang haiwan dan menyusukan anak babi.
Berdasarkan gambar itu, Imran dilihat menyusukan haiwan berkenaan menggunakan botol susu di mana binatang terbabit kekal di dalam kandangnya.
Malah, Imran juga dilihat tidak bersentuhan dengan anak khinzir berkenaan.
Ramai Kecam Aksi Imran Bard Susukan Anak Babi
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen selepas melihat Imran menyusukan anak babi di Thailand.
Sesetengah pengguna media sosial menganggap perbuatan yang dilakukan oleh influencer itu perlu dielakkan kerana boleh mengundang fitnah serta kecaman dari orang ramai di media sosial.
“Islam mengharamkan perbuatan fitnah namun dalam masa yang sama seseorang itu wajib mengelakkan diri daripada membuka ruang untuk difitnah,” kata pengguna Instagram.
Pada masa yang sama, ada juga netizen yang menganggap aksi yang dilakukan oleh pempengaruh itu tidak salah kerana tidak bersentuhan dengan haiwan terbabit.
“Gila lah gambar anak babi comel tu pun boleh triggered eh kelakar manusia ni,” ujar netizen.

Imran Bard Tampil Beri Penjelasan Isu Susukan Anak Babi
Memetik laporan Kosmo, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 24, peka dengan isu melibatkan dirinya yang dilihat menyusukan anak babi ketika bercuti di Thailand.
Influencer berkenaan menyifatkan pengalaman pertama kalinya itu sebagai kenangan yang indah dan menganggap ia bukanlah satu kesalahan selagi tidak bersentuhan.
“Saya rasa tidak mengapa asalkan kita tidak memegangnya. Saya ‘post’ sebab ini pertama kali saya dapat suapkan babi susu. Jadi ini pengalaman indah buat saya, mungkin bukan untuk orang lain,” katanya.
Turut terpalit dengan isu kononnya membuka ruang fitnah, ini penjelasan Imran.
“Saya tak buka ruang fitnah. Kalau saya tak ‘post’ pun, babi ada di mana-mana,” ujarnya membalas komen yang ditulis oleh seorang pengikutnya di Instagram.
Profil Imran Bard
Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin dilahirkan pada tanggal 18 Oktober 2001 dan kini berusia 24 tahun.
Influencer ini yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik mula aktif di TikTok sejak Julai 2021 sebelum menjadi popular sehingga meraih pelbagai tawaran.

Imran Bard yang berketinggian sekitar 180 meter pernah menjadi salah seorang model yang memperagakan koleksi pakaian dari pereka fesyen terkenal iaitu Hatta Dolmat.
Bukan itu sahaja, Imran Bard juga tersenarai dalam kategori Digital Influencer Tergempak dalam majlis Gempak Most Wanted Awards 2022.
Baca Artikel Berkaitan: “Lelaki Pun Kena Lipat Kain” – Netizen Puji Didikan Mak Imran Bard Ajar Anak Teruna Buat Kerja Rumah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.