Now Reading
[Video] Kereta ‘Dibasahi’ Ombak Tinggi Di Terengganu Raih Perhatian Ramai

[Video] Kereta ‘Dibasahi’ Ombak Tinggi Di Terengganu Raih Perhatian Ramai

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial berkata mereka turut mengalami nasib yang sama apabila kereta dibasahi air laut ekoran ombak tinggi sewaktu melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Monsun Timur Laut yang sedang melanda dijangkakan berterusan hingga ke Mac 2025 berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Musim tengkujuh ini turut menyebabkan tiupan angin kuat di bahagian Timur Laut Semenanjung Malaysia sehingga menghasilkan ombak yang besar.

Di Terengganu, beberapa insiden membabitkan ombak yang kuat telah dikongsikan oleh ramai pengguna media sosial.

Baca Artikel Berkaitan: “Monsun Timur Laut Dijangka Bermula Pada November Berdasarkan Faktor Klimatologi” – MET Malaysia

Ombak Melimpah Ke Atas Jambatan Angkat Kuala Terengganu

Satu rakaman video dashcam yang dimuat naik di TikTok (@farhandanial88) menunjukkan keadaan air laut bergelora sehingga menghasilkan ombak besar di sekitar Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Tidak disangka apabila ombak begitu tinggi sehingga melepasi jambatan tersebut dan ‘menyimbah’ kenderaan yang melalui jalan raya terbabit ketika itu.

Malah, air yang melimpah ke jalan raya itu turut terpercik ke laluan bertentangan jalan raya, menunjukkan betapa kuatnya ombak berkenaan.

Menurut Farhan, ombak tersebut turut membawa bersama sampah dan kayu daripada dalam laut ke atas jalan raya.

“Hati-hati ombak tengah mengganas sampai ke atas jalan. Terutama penunggang motosikal takut terpelanting kena simbah,” katanya.

@farhandanial88

Pengguna laluan Jambatan Angkat Terengganu hati2 ombak tengah mengganas sampai ke atas jalan Takut disiram air sekali sampah2 kayu2 habis..terutama penunggang2 motor takut terpelanting sekali kene simbah #monsoonseason #pantaitimur #jambatangangkatterengganu #seberangtakir #pantaiseberangtakirkualaterengganu #fyp #fyp

♬ original sound – farhandanial88 – farhandanial88

Orang Ramai Gesa Kereta Disimbah Air Laut Segera Dibasuh

Menjenguk ke ruangan komen, apabila ditanya oleh seorang individu, Farhan berkata kawasan tersebut tidak terhakis sebaliknya ombak melimpah ke atas jalan raya akibat angin yang kuat.

Selain itu, seorang pengguna TikTok berkata dia tidak akan menggunakan laluan tersebut apabila musim tengkujuh bagi mengelak keretanya daripada dibasahi air laut.

Insiden sedemikian bukanlah pertama kali terjadi apabila beberapa pengguna media sosial berkata mereka turut berdepan perkara sama sebelum ini.

Seorang individu berkata air laut telah masuk ke dalam keretanya apabila disimbah ombak saat tingkap sedang terbuka.

Orang ramai juga menasihati agar kereta yang terkena air laut segera dibasuh. Ini kerana air laut boleh menyebabkan kereta berkarat.

Besi Terkena Air Masin Cepat Berkarat

Berdasarkan laman web Sciencing, air masin akan menyebabkan besi menjadi berkarat lima kali lebih cepat berbanding air segar.

Air laut juga mengandungi bakteria yang memakan besi dan mengeluarkan bahan kumuhan dalam bentuk karat.

Di samping itu, angin laut yang masin dan lembab boleh menjadikan besi berkarat 10 kali lebih pantas berbanding angin kering. Ini boleh dilihat apabila banyak kenderaan contohnya di kepulauan seperti Langkawi kerap mengalami masalah cat.

Bagi mengelakkan karat, air masin perlu dihilangkan daripada besi sebelum dicuci dengan air segar. Besi tersebut kemudiannya perlu dikeringkan sepenuhnya.

Orang Ramai Kongsi Keadaan Ombak Besar Di Sekitar Terengganu

Keadaan ombak besar di sekitar Terengganu yang berlaku pada 11 Januari turut dikongsi oleh pengguna media sosial lain.

Sebelum ini, tular video menyaksikan keadaan ombak kuat sehingga menghakis tanah di tepi laut di Kampung Tanjung, Batu Rakit yang berdekatan dengan sebuah chalet.

Dalam satu perkongsian lain, ombak kuat turut melimpah ke atas jalan raya sehingga menyebabkan kenderaan tidak boleh melaluinya dan terpaksa berpatah balik.

Di Pantai Geliga Bukit, Kemaman pula seorang pengunjung yang sedang asyik merakam pemandangan tiba-tiba disimbah ombak yang tidak kelihatan pada mulanya.

Pengarah MetMalaysia Terengganu, Rosli Zakaria semalam (12 Januari) menasihati orang ramai agar tidak ke kawasan pantai tanpa sebarang keperluan susulan angin kuat yang direkodkan pada 11 Januari.

“Kelajuan angin yang direkodkan di Kuala Terengganu ketika ini ialah sekitar 25 kilometer sejam (km/jam).

“Memang tinggi berbanding hari-hari biasa iaitu 10-20 km/j pada musim Monsun Timur Laut malah pada malam Sabtu, kelajuan angin yang direkodkan ialah 40 km/j,” katanya.

@fathimafawwaaz

11.1.25 suamiku dilambung ombak. Alhamdulillah panjang umur lagi. Pantai Geliga bukit, belakang klinik kesihatan Kuala Kemaman. #ombakbesarkemaman #ombakbesar #kualakemaman

♬ original sound – 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐭𝐃𝐚𝐮𝐝 🍃 – 𝐈𝐳𝐳𝐚𝐭𝐃𝐚𝐮𝐝 🍃

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd